Friday, April 24, 2009

Seronok macam...

seronok mcm main kat fun fair
best mcm mandi kat sunway lagoon
sedih mcm terjatuh kat tingkat 18..

-komen sorang peserta KBM TIJB baru2 ni, huhu...

Wednesday, April 22, 2009

28 April: Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan

Adalah dimaklumkan bahawa ada satu program yang bermanafaat untuk dihadiri oleh pelajar pasca SPM dan yang sedang cuti belajar. Baik bagi yang berminat dalam bidang kesihatan dan bertugas dalam badansukarela spt MERCY dll.

Nama Program : Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan
Tarikh : 28 April 2009 (selasa)
Waktu : 8.30 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Persada Convention Centre, Johor Bahru
Tema Hari Kesihatan 2009
Pastikan Hospital dan Fasiliti Kesihatan
Selamat dan Mampu Menyelamatkan Nyawa Semasa Krisis
Antara Aturcara :
Forum bertajuk "Mampukah Hospital & Fasiliti Kesihatan Selamat danMampu Menyelamatkan Nyawa Semasa Krisis".
Waktu : 8.30 - 11.00 pagi
Pengerusi Forum : Y Bhg Dato' dr. Azmi Shapie, Pengarah PerkembanganPerubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ahli Forum : 1. Y Bhg Datuk Dr. Jemilah bt Mahmood, Presiden MERCY Malaysia,
2. Y Bhg Dato' Prof Dr. Abu Hassan Asari bin Abdullah, Pakar Perunding Kanan traumatologi dan Penasihat Kebangsaan Perkhidmatan Kecemasan.

PAMERAN :8.30 - 5.00 ptg
Ada 20 booth pameran, kementerian, agensi kerajaan, syarikat dan NGO yang berkaitan dengan bidang kesihatan.
JIM diberikan satu booth pameran untuk mempamerkan pengalaman dalam DERU dan juga Program/Modul ABJZ.

.
BAYARAN MASUK : Percuma
PAKAIAN : KEMAS

Pelajar sekolah dan remaja sangat digalakkan hadir pada forum dan
pameran. Ada booth yg memberikan pemeriksaan kesihatan percuma ( oleh Permaniaga Sdn Bhd). Harap bakal para bakal doktor, jururawat dan aktivis kerja sukarela spt dalam banjir, kebakaran tsunami, tanah runtuh dan sebagainya akan hadir. Bagus untuk menarik minat dan pendedahan kepada pelajar sekolah dan remaja. Ibu-bapa pun dijemput hadir.
Perasmi Program : Menteri Kesihatan (pukul 11.00 - 12.00 tgh).
Sekian harap maklum

KBM SMTJB: Apa yang penting? Cangxxx...


dengan nama Allah yang memberikan kesempatan waktu dan tenaga buat kami... mari2 kawan dengar ini cerita...

hari itu ialah 17 april 09 buat kesekian kalinya, KBM datang lagi di SMT JB. pejam celik, pejam celik. dah 4 tahun umur KBM kat sekolah yang satu ni. banyak muka-muka baru fasi kali ni dan otai2 juga terus setia berjuang bersama2. dan malam ber'TOT' terus dilazimi. mengingatkan pada yang lupa. menambah pada yang kurang. meluruskan pada yang membengkok.

pagi itu bersamaan 18 april 09 silau2. matahari memunculkan diri dipagi hari. terang gembira bersama. gerombolan adik2 kasih sayang menyerang cikgu2 di meja pendaftaran. alhamdulillah, selamat semua terbang tanpa tertinggal dengan pesawat boeing pertama kalinya digunakan tahun ni. tak leh nak bawak yang kecik. penumpang ramainye. ramainye...dengan 256 orang penumpang adik2 tingkatan 4 dan ramainye jugak lah pramugara pramugari. toing2.. tak ingat nama. ramai... .

KMKY meriah, kecah, dengan gelak dan ketawa.bergegar boeing kita pagi tu. pesta pantun oleh fasi2 menggeletek hati sanubari. ada ikan haruan haus, ada muka pacat pucat, ada kambing. sekali ingat rasa macam kat zoo la..tak ketinggalan 3S yang evergreen digunakan sebagai hammer memecahkan iceberg2 yang besar gamaknya antara adik2 kasih dan sayang. slot army yell di teknik jb menyebabkan gegaran taufan ceria yang dahsyat berpunca dari kesungguhan 14 kumpulan adik2 kasih dan 8 kumpulan adik2 sayang yang bergabung tenaga. dahsyat sungguh. kasihan perut yang kesakitan dan pipi yang kelenguhan menjadi mangsa gegaran taufan tersebut. sampai meninggalkan fenomena apa yang penting? cang..

tiba masa INTEAM di tengah2 hari, menjanjikan sesuatu yang lain dari KBM2 biasa. memandangkan adik2 kasih dan sayang yang baru dua bulan bertapa di gua teknik jb, maka kita gunakan hammer game masyuk yang lagi besar bertukang di dalamnya. bila main teka2 ada yang silap nama mak, silap saiz kasut.. aii. bila cakap benda pelik, sekali macam2 yang pelik keluar da.. bila main tutup2 mata, adegan raba2 bikin kecoh da.. semangat adik2 ni meraba demi mencari pin tersemat. raba2 salah orang, ada yang nak nangis. raba2 betul orang, jerit peluk meriahnya. tengah hari ke petang jadi makin hangat. sehangat kasih sayang adik2 kasih dan sayang yang mula bersemi dan mekar.

senja pun menjelang tiba, dan maghrib mengambil tempatnya. usai solat maghrib dan ma'thurat, abu nuha pun membuka langkah silat tazkirah tentang palestin. bergema surau teknik jb dengan suara semangat abu nuha dan adik2 kasih sayang. lepas tu, MAM la pulak. alhamdulillah slot MAM, MAM2, berjalan lancar, licin dengan minyak pelincir doa yang tak putus dan dengan izin DIA yang memperkenankan segala doa.

hari itu ialah 19 april 09 esoknya,slot pagi dan hijrah menyaksikan pak im, abang yeop, angah im, abang amin bergabung tenaga demi adik2 tercinta. teriknya matahari menyambut doa2 dan air mata keinsafan adik2 kasih dan sayang tanda memberi kabar gembira, ramai ibu ayah yang menanti. MKMS meriah dengan semangat ibu2 dan ayah2 menyambut anak masing2. ramai nak berkongsi cerita dan pengalaman. sharing is caring. sharing is.. kongsi. hehe. alhamdulillah selamat akhirnya, pesawat boeing kita mendarat. ya Allah limpahkan lah kasih sayang MU pada adik2 kami, pada anak2 kami.

alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah. jom tahmid! alhamdulillah Allah kerana kesempatan waktu ini. alhamdulillah Allah kerana membukakan jalan untuk kami. alhamdulillah Allah kerana memberikan kekuatan pada kami. alhamdulillah Allah kerana mempertautkan hati2 kami dan adik2 ini. alhamdulillah Allah untuk nikmat dan kasih sayang ini, kami bisa memberi..
utrujah: uu. da lama tak tulis report...seposen dari ana. apa yang penting? caaaangggggkul!






Friday, April 17, 2009

Hari Keluarga JIM Johor Bahru

InsyaAllah JIM Johor Bahru akan mengadakan Majlis Hari Keluarga untuk tahun 2009. Berikut adalah maklumat terkini. Datang jangan tak datang. Ada beberapa program menarik disediakan untuk semua peringkat umur. Perincian program adalah seperti berikut:
Tarikh : 19 April, 2009
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi – 1.00 tgh
Tempat : Hutan Bandar
Peserta : Terbuka kepada semua ahli JIM dan rakan-rakan JIM
Yuran : Percuma
Anjuran : JIM Johor Bahru dan Wanita JIM Johor Bahru
Aktviti : Senamrobic, Games untuk orang dewasa dan kanak-kanak
Slot Khas : Akan Disampaikan oleh Dr. Hishammudin Alham
Makanan : Makanan Tengah Hari Disediakan
Setiap Keluarga Diminta menyediakan Minuman Pagi Secara Potluck
Perhubungan
Rafidah Mahat rafidahmahat_jb@yahoo.com (013-709-7052)
Kamal Khalil kamalkhalil2008@gmail.com (0197123004)

Tuesday, April 14, 2009

ERAT '09...EKSPRESI REMAJA AMBANG IPT

Assalamualaikum wbt.
Khas buat lepasan SPM, STPM dan STAM 2008; program ini khas untuk anda
!

EKSPRESI REMAJA AMBANG IPT
-- ERAT '09 --

Forum: Persimpangan Cinta dan Cita-Cita Ayuh Kenal Yuk! Latihan Dinamika Kumpulan Presentasi: Eksplorasi Menara Ilmu Ceritera Sukses: Resipi Kejayaan Mahasiswa Muslim Tafakur Alam Rimba! Cergas Cetus Cerdas Malam Nurani Intepretasi Seni R&R Kerjaya dan IPT Forum: Langkah Menuju Jaya Ceritera Sukses: Misi Agung Mahasiswa Muslim dan banyak lagi!

Tarikh: 24 April -- 26 April 2009 (Jumaat -- Ahad)
Lokasi: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
dan Rebutia D'Perkasa CampAnjuran: Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Yuran: RM 30 sahaja!

Di antara testimoni peserta:
"Bagi saya program ini menyeronokkan kerana telah berjaya membuka hati saya kepada kepentingan hidup secara Islam dan nikmat Islam yang cukup cantik dan tersusun." -- Mohd Harith Kamaludin, Kolej Mara Seremban

"Program ini menyeronokkan... Boleh dilihat pada pengisian program ini penuh dengan ilmu. Selain itu, jemputan penceramah luar juga menunjukkan program tersebut tidak diabaikan dan mendapat sambutan ramai. Aktiviti yang dijalankan juga dapat menarik remaja." -- Ihsan Alwi, Kolej Matrikulasi Pahang

"Saya sudah mencubanya, anda bila lagi?" -- Harith Md Nasir, UTM Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut, sila klik;
www.eksplorasimenarailmu.blogspot.com

KBM SMT Johor Bahru...fasi diperlukan

Fasilitator masih diperlukan hujung minggu ini pada 18 dan 19 April untuk program KBM SMT Johor Bahru...sila daftar nama kepada Pak Im sebelum 15 April...

Saturday, April 11, 2009

KBM SMT Tanjung Puteri (SMTTP)

4-5 April , KBM buat julung kalinya telah berlangsung di Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri secara penuh. (Tahun sebelumnya KBM mini sahaja). Penumpang seramai 83L, 51P telah pun menaiki pesawat Keindahan Bersama Mu selama 29 jam tanpa henti.

Berikut sedikit data-data berkaitan program:
1. Jumlah penumpang = 134 penumpang... 83 L, 51P
2. Jumlah pilot, co pilot = 8 (Pak Im, Pak Tam, Pak Uteh, Kak. Fida, Kak.Yatie, KaK. Gee, Amin Mokri, Pak Imam)
3. Jumlah pramugara: 7 org (Anas Razak, Abd Rahman Roslan, Jamil, Hasif Hishamuddin, Faaris Mohd Khir, Irfan Shahrin, Aziz)...hmmm, ramai jugak pramugara tambahan ( Munir, Zubair, Safwan, Sahibul, Farhan, Arshad )
4. Jumlah pramugari: 5 org fc tetap kumpulan (Asma' Aminudin, Ruqaiyyah Nuruliman Ainullotfi, Nadia Mokri, Aisyah Ab Rahman, Siti Rohani Mahat)
5. Kehadiran ibu bapa = ~ 20 orang
6. Kutipan Tabung Palestin = RM 47.30

Sedikit gambar-gambar kenangan






Kak Iman dengan kumpulannya Salah satu aksi army yell yg best daripada adik-adik saying. Allahuakbar!

Seorang adik sayang tak dapat menahan sedih mendapat berita ayahnya kemalangan daripada kakaknya.

Tak dapat menahan sebak. Sambung menagis di luar dewan. Cuba ditenangkan oleh sahabat dan Pak Tam.( ...terkini , ayah adik ni (Saad) dah keluar dah hospital hari Isnin tu...alhamdulillah)


Pak Cik nie datang daripada Kluang selepas menerima panggilan daripada anak perempuannya. Katanya tak sempat sarapan, mereka dah keluar rumah. Sentuhan Pak Uteh, tak sampai hati agaknya pak cik ini melihat anak2 sayang yang ibu bapanya tidak hadir…lalu diajak duduk bersama.


Buat kali pertama Pengarah KRJJ (Kelab Remaja JIM Johor) menyerahkan poster kempen 5R kepada kaunselor sekolah, Pn. Rohaina untuk ditampal di kawasan sekolah.

Pilot, co-pilot, pramugara dan pramugari penerbangan KBM SMTTP bergambar selepas sesi muhasabah di akhir program. Senyum 3!

Gambar-gambar lain, klik sini



Jumpa lagi ye adik-adik SMTTP !

Thursday, April 02, 2009

Karnival Pengajian Tinggi Negara di Plaza Angsana

Adalah dimaklumkan bahawa Karnival Pengajian Tinggi Negara bagi Zon 8 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 4-5 April 2009 (SABTU dan AHAD)
Masa: 9 pagi - 6 petang
Tempat: Plaza Angsana, Johor Bahru

Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui program-program yang ditawarkan oleh lebih kurang 60 buah IPTA dan IPTS serta agensi-agensi kerajaan yang akan menyertai pameran di Karnival berkenaan. Selain dari kesemua 20 buah Universiti awam di Malaysia, IPTA lain seperti Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian, Kolej Matrikulasi, MARA Politech akan turut serta. Sejumlah IPTS juga akan turut serta. Selain dari itu, agensi kerajaan seperti JPA, PLKN, Kementerian Pelajaran, Kementerian Sumber Manusia, MQA, Bahagian Kemasukan IPT (UPU), Jabatan Pelajaran Negeri dll juga sertai pameran. Antara yang menarik juga adalah Bahagian Ko-Korikulum dan Seni (Kementerian Pelajaran Malaysia) juga bersedia memberikan penerangan bagaimana markah 10% untuk ko-kurikulum dikira untuk merit lepasan SPM dan STPM/Matrikulasi.Banyak aktiviti sampingan seperti cabutan bertuah dan pertandingan kuiz yang memberikan hadiah menarik akan dilangsungkan.

Walaupun tempoh permohonan IPT melalui UPU bagi lepasan SPM dan STPM telah berlalu, tetapi program ini masih bermanafaat bagi anak-anak di peringkat sekolah menengah terutama yang berada di Tingkatan 5 (SPM tahun ini) dan 6 (STPM/STAM) atau Matrikulasi.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga mengambil kesempatan menganjurkan Hari Informasi di mana beberapa makmal di fakulti kejuruteraan (Awam, Mekanikal, Elektrikal dan Kimia & Sumber Asli) akan dibuka pada hari Sabtu 4hb April (9 pagi - 1 ptg) bagi pengunjung yang dijemput. Sekolah-sekolah yang berminat untuk menghantar rombongan lawatan ke UTM, bolehlah berhubung terus dengan saya (tel 0197760676) sebelum 12tgh Jumaat 3hb April. Syarat utama ialah, rombongan pelawat mesti datang menggunakan bas sendiri.

Wassalam
Dr. Nordin Yahaya

Program weekend ni (4 & 5 April 2009)

Selamat berjuang utk 4 team KBM Johor weekend ni…ada 3 KBM remaja masing-masing di Muar, Batu Pahat (SMK Tun Ismail) dan JB (SMT Tg Puteri)…ada KBM Belia di Ulu Tiram… JIM Muar akan mengendalikan KBM (full vesion) pertama kalinya.

Sementara tu ada 2 program ABJZ ( Taman U - Mak Cik Sumilah & Mak Lang dan Tg Adang- Abu Nuha & Pak Long )…juga ada program untuk nuqaba’ SMT Bukit Piatu- KBI (Keindahan bersama Islam) bersama KRJ Melaka (Abang Yeop, Pak Lang, Kak IM akan pergi).

Rasanya pembahagian pengendali dah selesai sekarang. Ada juga program yang masih kekurangan fasilitator / pembantu teknikal. Kepada anak-anak muda yang masih ingin bersama mana-mana program, dipersilakan dengan menghubungi PIC program berkeaan.

Kepada penggerak2 KBJ/KRJ...pastikan jangan ketinggalan. Moga Allah memberkati usaha semuanya.

Kepada lepasan SPM 2008 yang tak kemana-mana, ada Karnival Pusat Pengajian Tinggi di Angsana Sabtu dan Ahad jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang

SURE - SUkan REmaja 2009!!!