Sunday, January 18, 2009

Usrah bermula di SM Teknik Johor Bahru


Jumaat 16 Januari
10.40 malam, pejabat asrama SMTP

Abu Nuha, pinjam kamera jap...dah 2 tahun usrah KRJ kat sekolah lama anta , tak pernah ambil gambar lagi, selalu terlupa...”
”OK..ada dalam beg laptop..”
”Belum habis lagi ke?...”
”Belum...dah call Anas tadi”

10.45 di SMTJB
Masih terang lagi...2 kumpulan masih rancak dengan perbincangan. Seronok dan bersemangat anak muda ni...baru semalam Pak Ngah pesan, ”...usrah remaja hanya 1 Jam = sejam = satu jam. Selalunya adik-adik perempuan boleh stay lebih lama sampai 2 jam..” Nampaknya adik-adik lelaki tak mahu kalah...

Ada 2 kumpulan lagi rupanya di beranda dan di tangga belakang
”...luasnya surau tu, kat sini jugak korang pilih...
...posing sikit, nak masuk blog ni...”

Kemudian saya mengingatkan semua naqib supaya menangguhkan perbincangan kerana pelajar akan minum malam pada jam 11 malam.

Tujuan saya berkunjung kali ini hanya ingin mengambil gambar dan meninjau naqib yang kebanyakannya baru dengan pelajar SMTJB. Moga Allah terus memberi kekuatan supaya dapat berkunjung setiap 2 minggu ke sini.

Usrah bermula selepas isya, disertai oleh pelajar asrama lelaki seramai 77 orang dan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Terimakasih dan tahniah diucapkan kepada semua naqib..Taha, Taufiq, Anas AR, Rahman R, Munzir M, Ammar AT dan Zaid MN.

Group pak cik Taha

Group taufiq

Group Zaid Mohd Nor


Sebahagian naqib di anjung surau







No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!