Tuesday, May 29, 2007

Perjuangan Kasih !! Perjuangan Sayang...


Pengajian di Kolej Swasta mampu menyaingi pelajar IPTA...

Semoga perjuangan adik2 semua mendapat keredhaan...

Pelajar matrikulasi !!! tingkatkan usaha anda....


KEPADA MEREKA YANG BAKAL BERJUANG....

Dikesempatan yang ada ini, kami KRJ Johor ingin mengucapkan selamat berjuang kepada semua adik-adik kasih & sayang lepasan SPM/STPM 2006, khususnya kepada mereka yang.....bakal....dan telah...
  1. Melanjutkan pengajian di peringkat Diploma samada di IPTA mahupun IPTS.
  2. Melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi.
  3. Melanjutkan pengajian di Tingkatan 6.
  4. Melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda ( bagi lepasan STPM ).
  5. Melanjutkan pengajian ke luar negara.

Semoga perjuangan kalian mendapat keberkatan dan mampu memberi manfaatnya kepada kita semua, harapan kami...agar adik2 sekalian mampu menjadi insan " soleh wa Musleh " di mana dan pada ketika apa pun....

jika adik2 bercuti...rerajin lah contact kami yer KRJ johor..


bai : kalau ada rezeki...bulan julai ni dapatler sambung blajo....

Sunday, May 27, 2007

Renungan Pagi

Assalamu'alaykum warahmatullah semua warga KRj...

Aku senyum tatkala menulis secebis kata ini dalam ruangan siber pada pagi yang terang. Matahari melampiaskan cahayanya ke dalam bilikku. Menerangi dunia yang seakan baru terjaga dari tidurnya yang diselimuti malam gelita yang Allah sebutkan ianya sebagai pakaian buat kita [AnNaba':10].

Suasana pagi mencetus getaran keinginan untuk mengimbau kembali betapa besarnya ciptaan tuhan. Betapa hebat kekuasaan Ilahi. Tuhan yang empunya segala keagungan. Betapa suasana pagi sebegini memangkin kekuatan diri untuk cuba menghayati bait-bait petanda cintaNya dalam mengingatkan manusia bahawa Dialah ALLAH yang mentadbir 'alam melalui kehebatan ciptaanNya. Ciptaan yang tidak tertiru dek manusia yang serba kurangnya. Betapa suasana pagi mengajak minda berfikir, terawang-awang di celah awanan imaginasi. Memikirkan ayat-ayat suci dan menghubung dan mengait dengan kebesaran ilahi.


"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
" [Ali 'Imran:26-27]
Betapa esanya Allah dalam segala sesuatu. Betapa Dia telah menceritakan kekuasaanNya. KemampuanNya untuk memberikan kekuasaan kepada sesiapa sahaja yang Dia suka. Betapa Dia mampu memuliakan sesiapa sahaja atau menjadikan sesiapa sahaja hina.

Betapa Dia memperlihatkan bahawa kekuasaan itu di tanganNya. Yang tidak mampu manusia rebut seandainya tidak memperolehi izinNya. Tidak mampu manusia lakukan bila tiada redhaNya. Ternukil dalam alQur'an tentang raja yang tak mampu berbuat apa tatkala Ibrahim (AS) mengesakan Tuhannya tuhan yang menerbitkan matahari dari timur dan dicabarnya raja untuk menerbitkan matahari dari barat [AlBaqarah:258].

Betapa Dia Maha menguasai sesuatu yang tidak mampu manusia lakukan, mentadbir proses siangnya malam, dan malamnya siang. Indahnya pagi dan petang, akibat dari peredaran masa ketentuanNya. Natijah dari tadbiranNya memasukkan siang ke dalam malam, dan malam ke dalam siang. Hebatnya Dia tatkala menjadi waktu itu asas perancangan manusia. Seakan jalan yang terturap buat manusia berjalan di atasnya. Mempermudahkan manusia merancang destinasi hidupnya.

Betapa hebatnya Tuhan, Allahu Rabbunaa. Yang menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup. Seperti yang terkisah tentang Nabi Ibrahim (AS) dan lelaki soleh yang bertanyakan tentang caranya Allah menghidupkan yang mati. Lalu Allah tunjukkan dua contoh; contoh keldai yang tinggal tulang dihidupkan kembali di hadapan lelaki soleh itu, dan contoh burung yang dicincang hadir kembali di sisi Ibrahim (AS) tatkala dia memanggilnya [AlBaqarah:259-260].

Subhana lLahi walhamdulillah walaa ilaaha illa lLahu walLahu akbar! Walaa hawla walaa quwwata illaa bilLahi l'aliyyi l'azhiim.

Allahua'lam... Aku menulis sekadar cetusan rasa dan secebis kata. Maka Allahlah yang maha memberi hidayah. Dan Dialah yang menurunkan ketenangan dalam jiwa resah menginginkan cintaNya.

Sunday, May 20, 2007

Takziah buat Pak Lang sekeluarga

Rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan takziah atas pemergian bonda Pak Lang pada 15 Mei lalu. Warga KRJ mendo'akan semoga roh almarhumah dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para solihin...ALFATEHAH

Ya Allah...
Sekiranya ditakdirkan Engkau "memanggil" ibu kami
Engkau ambillah dia dalam keadaan yang teramat baik
Engkau ambilllah dia dalam keadaan dia tersenyum
Engkau ambillah dia dalam dia redha akan kami sebagai anaknya
Engkau ambillah dia dalam keadaan dia selamat di dunia
dan juga diakhirat.
Engkau ambillah dia dalam suasana yang dia melihat akan syurgaMu
Engkau ambillah dia dalam dia mengucapkan akan kalimah
"Laaillah ha illallah...Muhammad ar rasullullah" .

Ya Allah...
Dalam masa yang sama yang Allah,
itu jugalah yang kami pohonkan untuk ayah-ayah kami.

Ya Allah...
Muga Engkau terima akan permintaan akan hambaMu yang kerdil ini.

Ameen...Ameen. ..Ameen .... Ya Rabbal'alamin.
(PakLong 14 MEI 2007)

JoM Gi KeM BacK 2 NaTurE...


ToGeTher wE

BACK TO NATURE


wHeRe?

Tiram Indah Village

ULU TIRAM JOHOR


wHeN?

8 hingga 10 June 2007

Jumaat - Ahad

WiTh



Kem BACK TO NATURE direka untuk mengajak remaja kembali kepada fitrah diri mereka selaku hambaNya,anak,pelajar dan sahabat,menyedari bahawa remaja merupakan aset utama negara bagi mewarisi dan menerajui kepimpinan negara kelak diharapkan kem ini mampu melahirkan generasi remaja yang berkeperibadian unggul, tekad dan berani menghadapi cabaran, bersedia memikul amanah dan tanggungjawab selaras dengan syariat Islam, InsyaAlah
Kem Ini adalah khusus untuk Pelajar Tingkatan 1 hingga 5
Yuran Penyertaan adalah sebanyak RM20 sahaja


Sebarang pertanyaan sila hubungi

Abu Nuha: 012 7137702 Noorhairani: 019 7560980


Program KRJ di SMK Tengku Mahmod Iskandar ,Batu Pahat

Program KRJ di SMK Tengku Mahmod Iskandar
Tarikh: 12/5/07
Tempat: Masjid Punggor, Rejo Sari, Senggarang
Masa: 8.30 pagi - 5.00 ptg
Kehadiran: Pelajar Tingkatan 2 dan 3 seramai hampir 400 orang
Anjuran: SMKTMI, Masjid dan KRJ

Pengendali 4 orang, fasi 4 orang... satu cabaran untuk mengawal peserta yang seramai itu...tapi Alhamdulillah program berjalan lancar. Semasa sesi penutup, JIM BP memberi cenderahati kepada pengetua yang akan bersara pada 17/5 ini.

laporan oleh Rozita Othman (Mak Chu)

Wednesday, May 16, 2007

SELAMAT HARI GURU

" Kegigihan mu dalam mendidik kami tidak pernah luntur..."
" Dedikasimu sentiasa menjadi inspirasi kami ..."
" Kasih sayang mu bagaikan tiada sempadan...."

SELAMAT HARI GURU....

Sebagai Organisasi yang sentiasa mendampingi remaja2 peringkat sekolah, kami KRJ Johor merasakan terlalu hampir dengan Guru-guru. Terutama bagi Guru-guru yang telah memberi peluangdan menjemput kami utk berprogram bersama adik2 kasih & sayang sekolah mereka.

Dengan tulus ikhlas kami ingin mengucapkan :

" SELAMAT HARI GURU "

sempena dgn 16 Mei 2007 ini, juga terimalah sebuah sajak khas utk guru2 yang banyk berbakti...terimalah sajak yang bertajuk " Guru ku " dari kami KRJ Johor....


( Guru Ku )

BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

( oleh : BaieL )

Monday, May 14, 2007

Selamat Menempuh Peperiksaan

Kami warga KRJ Johor mengucapkan
Selamat Menempuh Peperiksaan Semester 1
kepada semua adik-adik.
Moga sukses hendaknya dan mendapat Keputusan Terbaik

Tuesday, May 01, 2007

Keindahan Bersamamu di SDAR Muar





oleh Hafiz Bai

Sedikit coretan pengalaman berkenaan prgm Keindahan Bersamamu di Sekolah Dato' Sri Amar Di Raja (SDAR ), Muar pada 21 dan 22 April yang lalu...peserta yang hadir lebih kurang 120 orang

Knowing Me Knowing You.
Kelewatan kami, rombongan dari JB menyebabkan KMKY telah di mulakan lambat sedikit dan agak lain sedikit, kerana pagi tu Manaf dari Muar telah mengendalikan pelajar2 dgn baik. Kemudian seperti biasa pengenalan fasilitator yang ada...fasi2 yang masih malu2 nak i..yang best nya.adik2 ni catat semua nama fasi2... bermula dgn 3S dan sebagainya.. .adik2 SEDAR ni mmg SUPPORTIVE.. .ana cukup gembira dan selesa bersama mereka...apa yang kita arahkan..semuanya mereka buat dgn baik...KMKY petang tu diterajui oleh 3 org kuat ....abg Bai + Pak Nah + dan abg Munawar.. kemudian.Army- Yell juga menyaksikan beberapa aksi lucu yang kreatif dan terbaru ..kemudian kami buat sedikit tambahan, yakni setiap army-yel di beri Bintang oleh 2 pemerhati iaitu Pak ngah & Mak ngah dan pembantu nya MUAZ...
IN-TEAM....
Oleh kerana...In- Team kali ni dikendalikan oleh seorang yang bertaraf amatur yang ...maka ianya dimulakan agak lewat sedikit iaiti pada jam 3.00pm...2 petang, Pak Ngah abil kesempatan untuk memberi sedikit TIPS2 yang tak asing lagi..iaitu tips SATU nya....Kemudian..IN- TEAM dijayakan oleh Abg Bai utk adik2 sayang, dan kak Fidah untuk adik kasih...mmg sengaja kitorang pisahkan. ....utk makluman lanjut berkenaan In-Team ini..boleh rujuk fasi2 yg lain atau pak ngah yang ada masa tu...

RIADAH org Muor..Petang itu..cikgu Norhan telah handle...tu yang ana suka adik2 ni..sentiasa happy an enjoy bersama KRJ...macam teknik juga ar...walaupun riadah ptg tu biasa2 jer..cuma wat streching biasa...namun adik2 ni tetap enjoy....
MAGHRIB & ISYA'
......Petang tu..semasa dinner, hujan turun dgn lebatnya, petir dan kilat memang benar2 mengamuk...ana sendiri pun mula tak senang duduk..so kami buat paln baru..solat maghrib & isya' di dwan....kemudian tazkirah maghrib diberikan oleh seorang akhi yang bakal ke mesir tak lama lagi...bakal jadi FAHRI ( ayat-ayat cinta ) tak lama lagi.......macam abg kandung nya salman...huhu. ..cuba teka sape dia?

MENITI MALAM vs SIMULASI
....Slot meniti malam...di kendalikan oleh otai yang tak asing lagi...pak lang the legend...alhamdulillah slot malam tu sgt berkesan..yelah adik2 ni memang support semua yang kita berikan... ana rasa pak lang tak menghadapi banyak masalah kot utk handle prgm tu....adik2 ni memang cepat terkesan...Kemudian, tiba di slot simulasi...kubur dan papan utk dipukul tiada...hehe, ...kami hampir menggunakan KON utk buat kubur..tapi tak jadi...maam lawak jer....so..kami tukar kan dgn letak mayat jer....malam tu...utk slot simul i kak fidah + abg bai + dan wak 'e ( nizwan dari maktab ) menerajui dgn baik...dan di bantu oleh malaikat2 palsu yang sentiasa bersemangat. ..... alhamdulillah segalanya berjalan dgn baik...

HIJRAH
...Hijrah pagi tu kita asingkan lagi...kak fidah & bala tenteranya di surau atas..abg bai + abu nuha dan bala tenteranya di surau bawah .....abu nuha telah memulakan dgn baik...adik2 sayang dapat berkenalan dgn HIJRAH dgn baik...kemudian abg bai plak kena handle lagi adik2 ni...abg bai minta adik2 menyanyi lagu SATU TEKAD , kemudian TEMAN SEJATI, kemudian sedikit talk ttg parents oleh abu nuha..masa ni lagu KITARO & Buat mu ibu di pasang....adik2 sayang dah mula mengalir air mata ( belum masuk dewan lagi...)... Kemudian adik2 di bawa ke dewan....

KUSAYANG IBU....KU SAYANG AYAH
.....Bila adik2 mula masuk ke dewan...naluri anak & ibu ayah mula terkesan... air mata seperti menjadi agenda utama slot itu....situasi berjalan sperti biasa...dan pak lang pun berjaya mengendalikan slot dgn baik..( 10 tahun lagi baru ana bole jadi mcm paklang kot...huhu ) beberapa aksi drama menarik ialah..." apabila seorang cikgu mula memberi kata2.... kemudian pak lang meminta anak2 murid cikgu ini utk datang ke depan memberi sokongan dan sebagainya.. . kemudian lagu suratan takdir pun di mainkan...maka berlakulah drama KRJ yang sangat ayu..... "Kemudian program di akhiri dgn upacara salam & peluk...

ROMBONGAN PULANG
...kemudian...kami pun mula melangkah pulang dgn seribu kenangan...abg bai tersenyum sepanjang perjalanan.. .... pak lang kelihatan mengantok masa di lebuh raya...terpaksa singgah di RnR machap... dgr citer akhwat,...pi pekena mee bandung... awat ta ajak kami kak fidah !!!

KaRisMa di Tiram Indah

28 & 29 April 2007, Tiram Indah Village, Johor Bahru

Program Kursus Kepimpinan Pengawas ( KaRisMa ) SMK Taman Daya 3 telah selamat diadakan di Tiram Indah Village baru2 ini

Antara nota menarik:
1. Program ini merupakan program kedua Pemimpin ( Modul Kepimpinan) bagi pihak KRJJ tahun ini. Pertama kali ialah pada 30 Mac & 1 April di SMA Kota Tinggi
2. Program disertai oleh 40 orang pengawas, termasuk 11 orang non-muslim (pertama kali KRJJ terlibat dengan non-muslim).
3. Adik-adik fasilitator berjaya mengendalikan sesi outdoor (tengahari dan petang) dengan baik dengan kekurangan masa dan tenaga. Tahniah...walaupun jelas keletihan selepas penyediaan clue pada paginya, mereka tetap bertenaga bila terpaksa masuk hutan buat kali kedua tengahari itu...berkat dari training syabab dan fatayat SMIH
4. Program outdoor (malam) ada peningkatan..terutama latihan ala tentera dan fasilitator semasa sesi burung hantu yang tak bagi peluang langsung kepada peserta membuat sebarang kecuaian

5. Kali pertama bagi KRJJ (KRI pun tak boleh lawan ni...) membenarkan peserta masuk ke kolam pada waktu malam...rasanya dah pukul 1 pagi masa tu..kena kawad lagi pulak selapasnya. Mujurla komandernya Pak Ngah waktu tu...

(bersambung)

Ada aPa dEnGan PaDdLe PoP...
















asyik-asyik pelangi siang dan malam
topik hangat bualan harian
pelangi tanda kebesaran ilahi
paddle pop tanda penyeri aktiviti

kat tiram indah punya la penat
masuk hutan bukan sekali
takpe...antum kan hebat
moga amal diterima Ilahi

'buli' pengawas sampai pecah suara
teman sejati dimain sampai 4 kali
program KaRisMa penguji minda
jazakallah semua.. moga dapat menyumbang lagi

akhir kata penutup bicara
tak main la PaDdlE pOp..
kami bukan budak-budak lagi

Bersama KRJ Perak di SMK Tok Perdana, Sitiawan

Program Keindahan Bersama Mu di SMK Tok Perdana, Sitiawan, Perak telah berjaya dilaksanakan semalam. Seramai 122 orang pelajar telah mengikuti program yang pertama kali diadakan disekolah ini.

Objektif program untuk memberi kesedaran kepada peserta akan pentingnya hubungan antara kawan, ibubapa, guru-guru dan tugas sebagai hamba Allah telah alhamdulillah tercapai.

antara luahan hati peserta:

Nurul Ashikin T5
Segala-galanya best. Saya suka tentang keinsafan dan perlu banyakkan lagi program tentang keinsafan supaya masyarakat kita mulia dan diberi keutamaan daripada agama lain dan dipandang tinggi. Saya akan pergi jika diadakan program KRJ ini. Walaupun sebelum program ini saya tak nak dating atau menyertai sebab ada hal lain yang perlu saya pergi. Tapi saya tidak rasa rugi meneyertai program ini.

Saripah Salwa T3
Program ini memberi kesedaran dan mengisafi diri saya yang selama ini telah melakukan dosa. Program ini memang banyak meninggalkan kesan positif dalam diri saya. Saya mudah mesra dengan rakan-rakan yang sebelum ini tidak mesra dengan saya dan saya gembira dengan semua fasilitator yang cool dan heppenning.

Maizatul Farha T5
Program ini telah memberi kesedaran untuk bersolat 5 waktu kepada saya. Saya berjanji akan bersolat 5 waktu sehari semalam. Kakak-kakak dan abang fasilitator sporting, best terutama Abang Bob yang suka buat lawak.

Mashita T5
Saya berterima kasih pada abang dan kakak fasi yang telah menyedarkan kami dari kesilapan yang kami buat. Dan kami menyedari dan kami menyedari dan tidak akan buat lagi kesilapan berikut. Program ini amatlah menyentuh perasaan saya sampai habis air mata saya.

Nurul Shakela T5
Program ini adalah yang terbaik in the wold yang pernah saya sertai. Kepada Pak Lang terima kasih kerana sudi datang dari Johor.

Lebih kurang 10 orang guru-guru sekolah menghantar anak2 mereka menyertai program ini. Tuan Pengetua dan guru2 berpuashati dan tempah untuk diadakan program tahun depan.

Jazakumullah pada semua yang terlibat pengendali dan fasilitator, Pak Lang dan anak dari Johor, kakak2 fasi dari PJ, akh Cikgu Azmi dan akh Ridzwani dari JIM PJ yang mengikuti program ini. Moga Allah akan terima amal kita.

Insyaalah program akan datang di SMK Datuk Abdul Rahman Yaakob, Bota, Perak pada 19-20.05.2007 untuk kali keempat di sekolah ini.

SURE - SUkan REmaja 2009!!!