Tuesday, February 13, 2007

Sepetang di Kampung Jawa , Mukim Lenga

Kampung Jawa, Mukim Lenga, Muar - 11 Februari

Program JIM bersama penduduk Kg Jawa, Mukim Lenga Muar telah berlangsung penuh ceria di perkarangan masjid kampung tersebut. Rombongan JIM telah diketuai oleh YDPJIM Johor, Hj Ainollotfi yang ditemani isteri, Dr Murniati. Turut serta antaranya ialah YDP JIM Muar ( Cikgu Abdullah), YDP JIM JB ( Hj Aminuddin), Pengarah DERU ( En Salleh Kassim) dan Pengarah KRJ Johor ( En Daniel Sharudin) . Bersama-sama mereka ialah para aktivis KRJ, guru-guru tadika Iman JB, KARISMA UTM, aktivis JIM Muar, 6 orang pelajar Intisor dan 3 orang penduduk Kg Sejagung, Batu Pahat.

Rombongan dari Johor Bahru telah tiba seawal pukul 12.45 tengahari. Setelah makan tengahari, solat zohor dan berehat mereka telah bersama-sama penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan luar dan dalam masjid. Kerja-kerja tersebut antaranya ialah, mengecat pagar, mengelap seluruh dinding dalam masjid yang berlapuk dan mengangkat dan menyusun batu bata.


Dalam masa yang sama pelajar UTM , guru-guru tadika Iman dan KRJ turut menyumbang tenaga menceriakan para remaja dan kanak-kanak yang datang. Sementara itu, khidmat kesihatan oleh Dr Abdul Rahman Husin melengkapkan lagi program pada petang itu. Kerja-kerja gotong royong telah berlangsung sehingga maghrib dengan berhenti solat Asar dan jamuan teh dan kuih-muih.





Selepas solat maghrib pula YDP JIM Muar telah berucap ringkas diikuti oleh tazkirah pendek beserta tayangan multimedia dari Pengarah KRJ Johor. Kemudian Pengarah DERU JIMJ telah menyampaikan cenderahati kepada pihak masjid.

Program berakhir setelah jamuan makan dan pertunjukan VCD selepas solat isya. Semoga program JIM bersama masyarakat ini dapat merealisasikan moto JIM ' Bersama Islam membina Masyarakat '
Terima kasih warga Kampung Jawa...Moga ketemu maneh ngesok luso. Terima kasih Haji Rahman...kerana telah bersusah payah memastikan makan dan minum kami beres sepanjang hari.
-Pak Im-
Yok mareng kampong Jowo maneh...
Jom pegi Kampung Jawa Lagi

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!