Wednesday, February 21, 2007

X-REK Kuantan...Selamat berjuang peserta KRJ Johor

Alhamdulillah peserta dan pengiring telah selamat pergi kembali dari X-REK 2007 di Kuantan hujung minggu lepas...( 17 dan 18 Februari ) Moga mereka dapat memberi maklumbalas pengalaman mereka di sana. Rasanya nama peserta pun ada yang kena dikemaskini. Maklumat pun akan dikemaskini dalam blog seadanya.

Peserta perempuan:
1. Nurul Hafizah bt. Mohammad
2. Nur Hamizah Amalina bt. Muhammad
3. Nawal Saudah bt. Shamsudin
4. Sakeenah bt. Salleh
5. Hajar Fatimah bt. Norizan
6. Nadiah bt. Mokri
7. Mawaddah Salleh( pengiring)

Peserta lelaki:
1. Zubayr Afiq b. Zakaria
2. Mohd Anas b. Noor Azlan
3. Amir Syafiq b. Alias
4. Mohd Irfan b. Md. Nor
5. Irfan b. Shahrin
6. Muhammad Hafizuddin (pengiring)

Thursday, February 15, 2007

Al Kisah... ( gARa-GaRA tIKeT )

Kak Fidah wrote

Alkisah
Malam esok jugak adik-adik kita akan ke Kuantan
Satu bas KRJ sewa nak anto 15 org.

Alkisah
Selamat jalan kepada peserta Xrek
Kekalkan tradisi KRJ Johor Soleh Wa Musleh + buat yang terbaik

Alkisah
Selamat bermuzakarah utk si otai
Balik nanti kongsi ngan kami.

Alkisah
Peluang dah depan mata..tumpang aje lah Bai
Paling tidak dapat riuhkan si otai depan belakang kiri kanan.

Alkisah
Ubai memang pandai nyanyi dan ubah lirik
Termasuk gak 'Umayr dan Ihsan

Alkisah
Akak dah dengar depa nyanyi
Sampai sekarang tak leh lupa beb



Pak Im wrote

alkisah lagi..
ada sorang otai tu dah janji nak beli tiket
untuk 12 peserta x-rek
hari sabtu dia x ingat
hari ahad dia pegi kampung jawa
hari isnin baru sempat
pusing satu stesen bas larkin...nasib baik dia sempat
satu tiket pun tak dapat
tiket habis bang
tiket habis dek
call balik kat tuan pengarah
sms KF tolong carikan
nasib baik tuan pengarah tu hebat
patutla...jawatan pun tak kalah
akhirnya 12 peserta tak melopong
macam abang bai kat kolumpo
call pak cik hisham walat
dapat bas berkerusi 24
alhamdulillah, 12 peserta terhebat
akan menakluki x-rek
maklumlah diaorang ni memang hebat
selamatlah nadia anak pak lang dan sahabat
selamatlah
selamat ber'X-REK semua...

Pak Long wrote:

Alkisah
Malam esok Jumaat malam Sabtu
Ada dua orang otai akan ke KL

Alkisah
Mereka akan bermalam dulu di Seremban
sebelum ke UIA pada keesokkan harinya

Alkisah
Si Otai2 ini akan menghadiri Muzakarah disana
Cuma sehari sahaja, hingga petang Sabtu.
Kemudian akan terus balik ke JB

Alkisah
Sape pulak si otai2 tu?
Si otai2 tu adalah paklong dan ayah yob.

Alkisah
Sebab tak nak membuatkan si Bai tu
terus merasa malang dan rasa kecewa.
" Hah! nak numpang paklong balik JB tak petang
Sabtu tu ? "

Muhammad wrote

alkisah ke-2

suatu petang hari ahad, seorang lelaki pulang dari perak dengan sahabat menaiki kereta wira sahabat yang tinggal di bangi, berdekatan dgn stesen bas kajang. terus menuju ke sana, dengan harapan ade tiket bas balik ke johor pada petang tersebut.sampai dalam pukul 5.15ptg, terus menggeledah stesen bas. rupe2nye tiket bas sudah habis. amat malanglah lelaki itu (sekali jugak)lalu lelaki itu mengambil keptusan tido di rumah kawan tersebut dan terus membeli tiket balik ke johor untuk esok harinye. petang 3.30ptg.alkisah..lelaki itu adalah muhammad. nasib baik ade geng, x de la segan sangatitulah kehidupan seorang pengembara, selalu je ade cabaran mendatang. (mase tu nak balik dari mukhayyam kat perak)



----- Original Message -----
From:
B+a+i+e+L

alkisah...
suatu petang di hari selasa...
seorang lelaki telah menunggang motorsikal.. .
menuju ke stesen bas kajang.

alkisah.
lelaki tersebut mahu membeli tiket..
untuk balik ke johor bahru
hujung minggu ini...

alkisah...
lelaki itu amatlah malang sekali...( sekali jer..!!! )
kerana semua tiket telah pun habis....
maka kecewalah si lelaki malang tersebut...
alkisah...nasib baik hampir semua prgm hujung mggu ni..
telah pun dibatalkan oleh pihak penganjur...
maka kurang la sedikit keresahan di jiwa...

alkisah..
lelaki malang itu adalah saya..
sapa lagi kalau bukan penghantar emel ini...

Tuesday, February 13, 2007

Sepetang di Kampung Jawa , Mukim Lenga

Kampung Jawa, Mukim Lenga, Muar - 11 Februari

Program JIM bersama penduduk Kg Jawa, Mukim Lenga Muar telah berlangsung penuh ceria di perkarangan masjid kampung tersebut. Rombongan JIM telah diketuai oleh YDPJIM Johor, Hj Ainollotfi yang ditemani isteri, Dr Murniati. Turut serta antaranya ialah YDP JIM Muar ( Cikgu Abdullah), YDP JIM JB ( Hj Aminuddin), Pengarah DERU ( En Salleh Kassim) dan Pengarah KRJ Johor ( En Daniel Sharudin) . Bersama-sama mereka ialah para aktivis KRJ, guru-guru tadika Iman JB, KARISMA UTM, aktivis JIM Muar, 6 orang pelajar Intisor dan 3 orang penduduk Kg Sejagung, Batu Pahat.

Rombongan dari Johor Bahru telah tiba seawal pukul 12.45 tengahari. Setelah makan tengahari, solat zohor dan berehat mereka telah bersama-sama penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan luar dan dalam masjid. Kerja-kerja tersebut antaranya ialah, mengecat pagar, mengelap seluruh dinding dalam masjid yang berlapuk dan mengangkat dan menyusun batu bata.


Dalam masa yang sama pelajar UTM , guru-guru tadika Iman dan KRJ turut menyumbang tenaga menceriakan para remaja dan kanak-kanak yang datang. Sementara itu, khidmat kesihatan oleh Dr Abdul Rahman Husin melengkapkan lagi program pada petang itu. Kerja-kerja gotong royong telah berlangsung sehingga maghrib dengan berhenti solat Asar dan jamuan teh dan kuih-muih.





Selepas solat maghrib pula YDP JIM Muar telah berucap ringkas diikuti oleh tazkirah pendek beserta tayangan multimedia dari Pengarah KRJ Johor. Kemudian Pengarah DERU JIMJ telah menyampaikan cenderahati kepada pihak masjid.

Program berakhir setelah jamuan makan dan pertunjukan VCD selepas solat isya. Semoga program JIM bersama masyarakat ini dapat merealisasikan moto JIM ' Bersama Islam membina Masyarakat '
Terima kasih warga Kampung Jawa...Moga ketemu maneh ngesok luso. Terima kasih Haji Rahman...kerana telah bersusah payah memastikan makan dan minum kami beres sepanjang hari.
-Pak Im-
Yok mareng kampong Jowo maneh...
Jom pegi Kampung Jawa Lagi

Friday, February 09, 2007

Tempahan Program KRJJ Johor sehingga April 2007



TEMPAHAN PROGRAM KRJ Johor 2007


Februari
11 hb SMK Kelapa Sawit. Program Maal Hijrah jam 3.00 ptg ( Hanuar )
17 & 18 hb KARISMA bersama KRJ ..ditangguhkan

Mac
3 & 4 hb Kendiri SMK Sri Lalang, Kluang
10 &11 hb KARISMA bersama KRJ
17 & 18 hb Kendiri Masjid Taman U & FKE UTM
24 & 25 hb KEMWI ( Kelab Rakan Industri )

April
7 & 8 hb
Kendiri SDAHA Pontian
21 & 22 hb Kendiri SMK Desa Skudai

Gambar para fasilitator semasa XPeRT 2006 Disember Lepas

Tuesday, February 06, 2007

Pak Lang dah balik dari Mekah...!


Alhamdulillah, Pak Lang dan Mak Lang telah selamat pulang ke tanahair pada Sabtu seminggu lepas. Selamat kembali ke tanah air dari KRJJ dan semoga bertambah keberkatan dan selamat kembali aktif bersama KRJ.

SURE - SUkan REmaja 2009!!!