Friday, December 30, 2005

LAPORAN X-Rek 2005

oleh Insyirah Mokri

Bertempat di Sekolah Al-Amin, Gombak dan Alang Sedayu, Gombak pada tanggal 23 hingga 26 Disember 2005, telah diadakan Exspedisi Remaja Kental 2005. Sebanyak 2 pasukan yang telah dihantar bagi mewakili KRJJ yg terdiri dari 7 lelaki dan 6 perempuan dari kalangan adik2 tingkatan 3. Para pengiring pula terdiri dari kalangan pewaris KRJJ, satu kelainan pada XREK kali ni...

Pelbagai aktiviti yang disertai oleh mereka. Rutin harian mereka bangun pagi untuk qiamullail, solat subuh berjemaah, kuliah subuh, riadhah dan kemudian sarapan. Untk hari pertama para peserta mendengar ceramah mengenai cinta dan cita-cita oleh Dr HAR dan Ust Zul, kemudian barulah bermula tour mereka ke serata Kuala Lumpur dlm Explorace. macam pengalaman yg dilalui, dapat naik semua kemudahan LRT, berjumpa dgn org ramai yg pelbagai ragam, mmg sgt aktif semua peserta ni. Paling menarik sekali mereka ni berpeluang untuk dakwah kepada non-muslim dengan edaran pamplet dan bercakap dgn mereka. Agak lewat juga peserta2 ni tiba kedestinasinya di Alang Sedayu tapi kegembiraan dan keceriaan masih tergambar di wajah masing2 walaupun kepenatan.

Pada hari kedua para peserta dihidangkan dgn ceramah oleh Dr Hafizi tentang tokoh Hassan Al-Banna. Selesai ceramah kami beramai-ramai berXPDC ke Sg. Pisang. Biasalah masuk hutan, kena turun naik bukit, meredah sungai, merasa digigit pacat dsbnya. Paling seronok pastinya dapat mandi di air terjun, memang nikmat, subhanallah, keindahan Tuhan. Sesi petang peserta2 mendengar sesi perkongsian bersama abang2 yg telah ke Palestin dan beberapa video telah ditayangkan. Pada sesi malam, segala bakat dan kreativiti dicurahkan dalam Malam Inspirasi. Pelbagai gelagat dan ragam yg dapat dilihat, memang menarik.

Pada hari terakhir, sebelum penutup, para peserta sempat bermain games yang mengukuhkan lagi ukhwah mereka dan membina kerjasama dlm kumpulan. Sewaktu sesi penutup penyampaian hadiah dan sijil telah diadakan tetapi kali ini tiada peserta terbaik. Sesi penutup diakhiri dengan sesi bersalaman dan makan tengah hari yg cukup istimewa iaitu BBQ, hmm sedapnya....Petang itu Team Johor pulang dgn selamat dan diharapkan agar semua peserta beroleh sesuatu dari XREK 2005 ini.

Tuesday, December 20, 2005

Program KRJ Batu Pahat

oleh Masiri Kaamin
Assalamualaikum
Alhamdulillah, KRJ Batu Pahat dengan kerjasama Surau Al-Azim Taman Bkt Perdana telah berjaya melaksanakan program Kem Kembara Remaja pada 18 dan 19 haribulan yang lalu bertempat di surau tersebut. Seramai 36 peserta yang terdiri dari kariah taman tersebut telah hadir. Sebelah siang program tertumpu kepada membincangkan masalah sosial remaja dan penyelesaiannya dan sebelah petang jungle tracking ke Hutan Lipur Bkt Soga yang kebetulan begitu hampir dan surau. Sebelah malam diisi dengan slot Kembara Insan yang menekankan perjalanan kehidupan insan sejak dari alam janin hingga ke alam kekal.

Qiamullail turut diadakan pada malam tersebut. Slot 'Indahnya Hidup Ini' telah disampaikan pada hari Ahadnya. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YDP JIM BP dan Bendahari surau (juga ahli JIM).Sebagai program susulan, YDP JIM BP (Hj Roslan yang juga ahli kariah di situ)) telah mengadakan usrah pada remaja-remaja bermula pada malam tadi sebagai memenuhi janjinya semasa majlis penutup program tersebut.

Saturday, December 17, 2005

Selamat berjuang di X-REK 2005

Selamat berjuang diucapkan kepada peserta X-Rex KRJ 2005 yang mewakili KRJ Johor pada 23-26 Disember ini di Selangor. X-Rek adalah singkatan dari Ekspedisi Remaja Kental dan dianjurkan setahun sekali oleh KRJ Pusat & tuan rumah. Adik-adik yang bertuah itu adalah adalah:

Team 1

1. ABDULLAH BASYIR BIN THOLUDIN
2. AHMAD FAHMI BIN ABDULLAH ASUHAIMI
3. HASIF BIN HISHAMUDDIN
4. SITI HAJAR BT MOKRI
5. RUQAYYAH NURUL IMAN BT AINULLOTHFI
6. NABILAH RAIHAN NORZAM BT ABD HALIM

Team 2

1.MUHAMMAD HANIF HAZIQ BIN MOHAMMAD
2. ABDULLAH AZZAM BIN MOHD GHAZALI
3. DAENG AHMAD SAIFULLAH BIN AHMAD TARMIZI
4. NUHA IFFAH BT NORDIN
5. MARYAM ZAHIDAH BT MOHD NOOR
6. KHADIJAH BT SALIM

Pengiring

1. WAN ABDULLAH MUJAHID BIN HASANNUDIN
2. INSYIRAH BT MOKRI
3. SALWA BT MUSTAFA DIN
4. RAIHAN BT MOHD AZAINI

Semoga beroleh pengalaman yang berguna dari X-Rek tersebut. KRJ Johor Boleh!

Thursday, December 15, 2005

Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum semua

Ahlan wasahlan , Selamat Datang! dan terima kasih diucapkan kepada semua warga KRJ Johor. Semoga blog ini akan menjadi satu lagi wadah perhubungan kita di alam maya. Jangan lupa untuk menghantar sebarang sumbangan dan komen kalian. InsyaALlah Pak Im akan cuba dari masa kesemasa upgrade dan update supaya blog ni akan menjadi lebih terkini dan sensasi.

Diucapkan juga selamat bercuti kepada semua adik-adik dan sahabat pewaris dari IPT masing-masing. Isilah masa lapangmu dengan aktiviti yang berguna. Kepada semua teman seperjuangan , selamat berjuang...soleh wa musleh!


-Pak Im-

SURE - SUkan REmaja 2009!!!