Friday, February 19, 2010

Bayi luar nikah mesti diberi peluang untuk hidup

artikel ini adalah daripada:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayiluarnikahmestidiberipeluanguntukhidup/Article/index_html

KUALA LUMPUR: Setiap bayi yang dikandung melalui hubungan perzinaan berhak disambut kelahirannya oleh pasukan perubatan terlatih di premis kesihatan serba lengkap yang mampu mengendalikan sebarang kecemasan. Malah setiap ibu yang hamil berhak mendapatkan jagaan sempurna bagi memastikan kesihatannya dalam keadaan baik sepanjang masa.

Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, berkata statistik antara 2000 sehingga 2006 menunjukkan sebanyak 580 bayi dibuang dengan majoriti 92 peratus baru lahir manakala lapan peratus lagi masih janin menyebabkan pendekatan lebih serius perlu diambil dan tidak dilihat daripada sudut gejala sosial dan seksual semata-mata. “Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007, satu kajian di Lembah Klang mendapati seorang bayi dibuang setiap 10 hari dan lebih membimbangkan, ia tidak lagi berlaku di bandar besar malah di desa dan luar bandar. “Setiap bayi baru lahir yang ditemui mati dikira kematian neonatal (bayi berusia tidak lebih empat minggu) yang menandakan keadaan kesihatan tidak sempurna, malah awal Julai lalu dilaporkan penemuan mayat reput seorang wanita di bilik asrama sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) bersama bayi dilahirkannya secara sendirian yang sepatutnya dielakkan sekiranya jagaan kesihatan serta perubatan diberikan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam. Sehubungan itu, menurutnya, pendekatan lebih menyeluruh dengan menekankan aspek pencegahan dan rawatan perlu diambil bermula pada tahap individu diperkayakan kemahiran membuat keputusan bijak serta bertanggungjawab berkaitan aspek seksualiti mesti mempunyai daya tahan, disiplin serta integriti mengendalikan emosi serta keinginan nafsu syahwat.

“Usaha mesti dipertingkatkan supaya institusi keluarga dan masyarakat kembali membangunkan sistem nilai dan disiplin yang mampu mengawal tingkah laku malah pihak berwajib mesti mengekang sebarang aktiviti pergaulan bebas,” katanya.

Beliau berkata, strategi mendidik dan menyeru masyarakat kembali mengamalkan ajaran agama yang menekankan gaya hidup murni mesti dilipat gandakan dan menjadi keutamaan di setiap peringkat dari pucuk pimpinan negara sehinggalah kepada rakyat jelata .

Dr Harlina berkata, setiap janin dan bayi, sekalipun yang terhasil daripada perzinaan mestilah diberikan peluang serta hak hidup berpandukan sirah Rasulullah S.a.w, di mana seorang wanita Al-Ghamidiyah mengaku hamil selepas berzina dan meminta dilaksanakan hukuman hudud ke atasnya.

Thursday, February 18, 2010

Syabas!!

Ada yang masih bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina??
Mungkin ada yang sudah bersekolah semalam...SYABAS!! kerana anda hadir ke sekolah.
Ilmu adalah pelita hidup, tanpa ilmu gelaplah hidup:)
(gambar diambil dari SMK BBU)

Friday, February 12, 2010

Jangan sambut Valentines Day

Assalamualaikum..

I Perayaan Valentine’s day langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. Rasulullah SAW melarang umat Islam meniru budaya orang bukan Islam kerana dibimbangi akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda bermaksud:
”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (Riwayat Abu Dawud).



baca seterusnya di http://jomjadibijak.blogspot.com/



II Ini usaha bijak amal maaruf nahi mungkar di Pulau Pinang dan KL..jom sertai





KELAB BELIA JIM (KBJ) KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA) KELAB REMAJA JIM (KRJ)
akan berganding bahu menggerakkan. ..
TASK FORCE"JOM CEGAH ZINA"
Suatu usaha amar makruf nahi mungkar bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Tarikh: 14 Februari 2010 (Ahad) Tempat berkumpul: Masjid Jamek, Kuala Lumpur


Masa berkumpul: 6.00 petang
(Boleh menginap di Masjid Jamek selepas Task Force berakhir dengan kebenaran JAWI)
Kita perlukan sekurang-kurangnya 100 sukarelawan.

Perlukan 55 sukarelawan lagi!!
Jika berminat untuk terlibat, hantarkan nama penuh, umur, no. telefon dan alamat email ke abu_itqan@yahoo.com atau hafizbai@gmail.com
Kepada mereka yang telah mendaftar, mula berkumpul di Masjid Jamek Kuala Lumpur jam 6.00 petang Ahad 14 Februari 2010 dan terus hubungi Saudara Wan Am di talian 012-6615745 apabila telah tiba di masjid tersebut.

III Ini pula satu kempen di internet...jom sebarkan





Saturday, February 06, 2010

Halaqah Ilmu telah bermula di MRSM Pontian

Pontian, 5 Febuari - Alhamdulillah, 2 program telah dilaksanakan serentak di MRSM Pontian malam tadi.

Program pertama ialah majlis ilmu oleh saudara Salleh Kassim kepada pelajar-pelajar di surau. Pengisian bertajuk Jom Jadi Insan Cemerlang bermula pada jam 9.30 malam dan tamat kira-kira jam 11.00 malam.

Program kedua ialah halaqah ilmu untuk pemimpin pelajar. Sebanyak 14 kumpulan halaqah telah dibentuk melibatkan kira-kira 150 orang pelajar. Halaqah bertujuan membimbing ahli-ahlinya mengamalkan Islam dan merapatkan ukhuwah.

Terimakasih dan tahniah kepada semua nuqaba' dan penggerak KRJ yang menjayakannya. Program ke dua akan menyusul pada 26 Febuari 2010



Foto-foto lain boleh didapati dari facebook KRJ Johor




SURE - SUkan REmaja 2009!!!