Monday, January 01, 2007

KRJ dan DERU JIMJohor

DERU ialah Unit Bantuan Bencana dan Kecemasan di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang diwujudkan berikutan banjir di Johor pada 19 Disember 2006. Bermula 20 Disember, petugas JIM DERU telah digerakkan untuk menolong mangsa banjir daerah-daerah yang terlibat. Antara bantuan yang diberikan berbentuk wang, makanan, barangan keperluan dan pakaian. DERU mengalu-alukan sumbangan dari mana-mana pihak yang sudi meringankan beban mangsa banjir di seluruh Johor.
Salam.

Di sini ana mewakili ratusan penduduk Kg Maju Jaya berasa berbsr hati , gembira, sukacita,dan terharu dengn bantuan, sumbangan, dorongan, motivasi, dan doa yang diberikan, dilontarkan dan diserahkan oleh ikhwah2, akhawat2, pakcik2,mak cik2, ustaz2, dan ustazh2 tempoh hari dan berterusan hingga ke saat ini.

Banyak cerita2 dan berita2 yang ana dgr berkaitan tentang bantuan yang diberikan oleh warga hidayah kepada mangsa2 banjir. Rata2 merasakn diri mereka sangat bertuah dan mereka tidak henti2 mengucapkn terima kasih yang tidak terhingga kepada antum semua(warga hidayah).

Akhir kalam.

Jazakumullahu khairan kathira.
- Tiada apa yang bisa kami hamburkan sebag aibalasan, kecuali mendoakan syurga untuk kalian..

Wassalam

M.Syahir Zainal, G7 (R2A)
Resident of Kg Maju Jaya.
INTEC,American degree foundation program student.

SURE - SUkan REmaja 2009!!!