Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Saturday, March 27, 2010

Halaqah 26/3: Cemerlang Dengan Wawasan

Bismillah...

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.(Al Baqarah: 201)

Melalui ayat di atas, Allah menerangkan matlamat dan wawasan (yang diperlukan oleh seorang individu untuk berjaya) dalam bentuk doa. Doa ini disebut berulang-ulang kali hampir setiap hari oleh umat Islam di dalam dan di luar sembahyang.

Alhamdulillah, pada sesi halaqah malam tadi (26 Mac) bersama kepimpinan pelajar di MRSM Pontian... para pengendali telah mengupas ayat di atas bersama kumpulan masing-masing.

Di atas ialah kumpulan Cikgu Khalid
Adik Adib berkongsi wawasannya bersama rakan-rakan dalam kumpulan yang lain... halaqah diakhiri dengan doa. Tahniah buat semua peserta halaqah...moga adik-adik MRSM Pontian terus cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya dunia dan akhirat (GPK Keputusan SPM 2009 baru-baru ini ialah 1.98)

Sementara itu di surau maktab, Abang Asim Abdullah Ainullotfi telah memulakan kuliah umumnya lebih awal sekitar jam 9.00 malam bertajuk Membina Remaja Cemerlang.


Tahniah dan terimakasih buat semua pengendali yang hadir. Belum berkempatan ambil gambar kumpulan halaqah pelajar perempuan lagi.

Ingin dikongsi satu kata-kata motivasi...Umat Islam menganggap dunia sebagai ladang bercucuk tanam dan akhirat sebagai tempat menuai hasilnya. Mereka hanya dianggap berjaya apabila tanaman mereka di dunia dapat dituai diakhirat.

Sila rujuk Buku Dr Danial: Tip-tip Cemerlang daripada Al-Quran untuk kupasan lanjut tajuk halaqah

Jumpa lagi dalam Halaqah akan datang

Sunday, January 24, 2010

KRJ dan JJB di MRSM Pontian

Jumaat, 22 Januari - Alhamdulillah program Jom Jadi Bijak telah berjalan dengan lancar, bermula pada pukul 8.30 malam di Dewan Besar MRSM Pontian. Program dimulakan dengan pengenalan Kelab Remaja JIM dan fasilitator oleh saudara Abdul Halim Ali. Seterusnya ceramah Jom Jadi Bijak oleh pengerusi JJB, Tuan Hj Aminuddin Alias. Semua pelajar MRSM berjumlah sekitar 550 orang hadir sampai tak cukup button.

Ceramah berhenti rehat pada jam 10.15 dan penyampaian cenderahati oleh Tuan Pengetua dan disambung sehingga jam 12.00 malam. Tahniah kepada semua pelajar MRSM yang telah menjadi duta Jom Jadi Bijak.
Terimakasih kepada tim Jom Jadi Bijak semua fasilitator KRJ yang hadir.

Insyaallah, fasilitator KRJ akan datang setiap 2 minggu ke MRSM Pontian untuk berhalaqah dengan para nuqaba di sana.

Sedikit gambar untuk dikongsi








Friday, October 16, 2009

Penangguhan Sukan Remaja(SURE) Zon Selatan

Dimaklumkan SURE Zon Selatan terpaksa ditangguhankan kepada tarikh 14 atau 15 November 2009 atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Urusetia SURE Zon Selatan memohon berbanyak-banyak kemaafan atas penangguhan ini.
Nantikan maklumat selanjutnya

Tuesday, September 08, 2009

Iftar KRJ Johor 2009

Assalamualaikum,

IFTAR KRJ MEMANGKIN UKHUWWAH OTAI DAN PEWARIS

Oleh Mohammad Zakri Tarmidi

6 Sep 2009, Johor Bahru – Kelab Remaja JIM Johor (KRJ Johor) telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Ahli Jawatan Kuasa, pengendali, dan juga fasilitator di Pejabat JIM Johor hari ini.

Majlis ini dihadiri kira-kira 60 orang dikalangan AJK, pengendali dan juga fasilitator KRJ, yang mana ia merupakan majlis yang istimewa, kerana bekas-bekas fasilitator yang menyambung pelajaran di luar Negara juga hadir bersama. Ada diantaranya yang kini menyambung pelajaran di Mesir, Jordan, dan lain-lain lagi.

Majlis yang dimulakan dengan sesi pengenalan oleh Pak Im, disambung dengan sesi taaruf ringkas antara ahli yang hadir pada hari tersebut. Selepas berbuka dan solat maghrib, tetamu disajikan dengan Nasi Ayam Pantas. Dan selepas solat tarawih, sesi saling bertukar-tukar hadiah dan sesi menyambut hari lahir mereka yang lahir pada bulan September.

Diharapkan dengan majlis seperti ini, ukhuwwah yang telah terjalin, akan menjadi lebih erat, dan tautan ukhuwwah menjadi lebih mantap dimasa-masa akan datang.


f

Tuesday, August 04, 2009

ABJZ di SMK Benut

Kem Jati Diri SMK Benut (dari blog SMK Benut-http://smkbenut.blogspot.com/)


1 Ogos 2009 – Seramai 80 orang pelajar telah menyertai Kem Jati Diri anjuran Unit Hal Ehwal Murid dengan Kerjasama Panitia Agama Islam serta Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diadakan selama dua hari satu malam.

Objektif program ini diadakan untuk membina jati diri dan meningkatkan kecemerlangan sahsiah pelajar terutama dalam pembelajaran dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik.
Kem Jati Diri ini telah dikelolakan sepenuhnya oleh Kelab Remaja Jemaah Islah Malaysia yang diketuai oleh Tuan Haji Aminuddin Bin Alias. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya ceramah motivasi, aktiviti kumpulan, explorace, dan banyak lagi.

Diharap kepada peserta yang mengikuti program ini dapat menimba ilmu dan seterusnya mengaplikasikannya dalam diri mereka. Insyaallah.

Friday, July 24, 2009

SM Teknik Perdagangan JB Asked To Close Due To Influenza Outbreak


JOHOR BAHARU, July 23 (Bernama) -- Sekolah Menengah (SM) Teknik Perdagangan Johor Baharu has been ordered to close for a week by the State Health Department after 59 of its students were found to show inluenza-like illness.The order to close is effective tomorrow and the school can only reopen on Thursday.

It is understood the students concerned, who are staying at the school's hostel, were given treatment at a nearby hospital. State executive councillor for health, Dr. Robia Kosai said preliminary investigations showed it was not an Influenza A (H1N1) situation but nevertheless, the order to close was taken as a precautionary measure."The students involved have been asked to undergo home quarantine and the situation is being closely monitored," she said.
State Education director Sufaat Tumin confirmed the school was asked to close.



Mari kita doakan seluruh warga SM Teknik Perdagangan sihat dan selamat. KBM Kembali yang dijadual esok (25 julai) ditangguhkan.

Wednesday, July 22, 2009

Pondok pintar - Jarak dari rumah ke sekolah hampir 30 km

sedikit perkongsia dari Sabah...
Pondok pintar - Jarak dari rumah ke sekolah hampir 30 km
Oleh Hassan Omar hassanomar@bharian.com.my


Murid-murid tak melepaskan peluang menumpang lori, malah perlu meniti jambatan gantung untuk pulang ke rumah di Kampung Ungga.

Kemiskinan, jauh bukan halangan untuk ke sekolah demi memastikan anak mereka mampu membaca, menulis dan mengira PENCARIAN ilmu tidak wajar terhenti dalam apa keadaan sekali pun. Sesukar mana laluannya, jejak ilmu perlu dituruti dan didakap erat sebagai penyuluh lakaran landasan kehidupan yang jauh lebih cemerlang seiring pergerakan masa. Ingatan itu kemas tertanam dalam pemikiran masyarakat di kawasan terpencil pedalaman Sabah. Takdir menetapkan mereka jauh di ceruk negeri, dibaluti pelbagai kekurangan hidup jika pembangunan fizikal dijadikan ukuran, namun tanpa sedikit pun mengabaikan kepentingan misi memburu ilmu.


Menjejak penduduk di Mukim Ulu Tomani, Kemabong dekat Tenom, kira-kira 215 kilometer (km) dari Kota Kinabalu mendapati golongan ibu bapa di daerah terpencil itu jelas gigih berusaha memastikan anak mereka tidak tersisih daripada mendapat pendidikan walaupun hakikatnya perjalanan sehala ke sekolah kira-kira 25 hingga 30 km. Nyata, jarak bukan penghalang asalkan anak mereka berupaya membaca, menulis dan mengira.



Ketiadaan jalan raya memaksa mereka mencari alternatif bagi memastikan anak mereka dapat ke sekolah lima hari seminggu. Kemiskinan hidup kerana tidak memiliki ilmu bukan untuk diwarisi, sebaliknya dinoktahkan dengan memastikan anak mereka dapat gambaran awal ke jalan lebih bermakna.



Keadaan sebahagian daripada 14 sulap di kawasan berhampiran SK Kemabong yang dibina penduduk dari 11 kampung.

Tidak berpendidikan bukan bermakna tidak berakal. Ibu bapa rata-ratanya dari etnik Murut yang sekadar mengusahakan kebun kecil atau menoreh getah, pintar mencari jalan dengan membina pondok atau ‘sulap’ dalam bahasa Kadazandusun berhampiran sekolah. Kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kemabong mempunyai 14 sulap dibina penduduk dari Kampung Rundum, Semambu, Kepulu, Ketubu, Kerolok, Patiang Tengah, Ahuron, Abingkoi, Sungi, Salang dan Angkarut, semuanya bermatlamat mahukan anak mereka tiba di sekolah sebelum loceng berbunyi. Papan dan kayu yang diperoleh dari hutan berhampiran sekolah dijadikan bahan utama membina sulap. Berbekalkan kemahiran bertukang, mereka mendirikan sulap berukuran kira-kira 3.5 x 5 meter sebagai tempat berteduh. Dengan tiang setinggi kira-kira 1.5 meter, mereka melengkapkan struktur sulap dengan lantai yang kebanyakannya diperbuat daripada buluh dan berdinding papan.


Murid SK Kemabong terpaksa menuntut ilmu di dalam bilik darjah yang sudah usang.
Beratapkan rumbia atau zink, mereka berlindung daripada terik matahari dan hujan semata-mata untuk membolehkan si anak ke sekolah, menimba seberapa banyak ilmu tanpa perlu memikirkan soal kemiskinan keluarga.

Senario dua atau tiga keluarga berhimpit menumpang teduh dalam sebuah sulap adalah perkara biasa kerana yang penting, setiap pagi anak mereka dapat ke sekolah yang jaraknya kira-kira 100 meter. Lazimnya, keluarga berkenaan mempunyai kaitan persaudaraan dekat seperti ibu dengan anak saudara, sepupu atau adik-beradik.

Kudrat anak-anak yang muda usianya itu tidak seberapa untuk mengatur langkah di laluan kerikil dan bersalut debu berterbangan di sepanjang jalan tidak berturap sepanjang 25 hingga 30 km untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah. Kalau pun anak-anak itu mula berjalan ketika matahari terbit sekitar jam 6 pagi, hampir pasti tiba di sekolah ketika matahari hampir terbenam.

Dijulang semangat membara mahu mengubah nasib zuriat mereka itulah, ibu bapa sanggup meninggalkan rumah di kampung untuk bersama anak-anak di sulap. Jika kebun getah, jagung, ubi atau pisang memerlukan perhatian, saudara mara terdekat yang memikul tanggungjawab berkongsi hidup di sulap.

Sumber kewangan terhad turut membataskan kepulangan anak-anak ini ke kampung halaman. Tambang RM15 seorang untuk menaiki kenderaan pacuan empat bukanlah sesuatu yang murah bagi mereka, justeru hanya cuti persekolahan membawa anak pulang ke kampung dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda milik penduduk yang mengenakan bayaran RM15 seorang. Oleh itu, anak-anak mereka hanya akan pulang ke kampung pada cuti penggal persekolahan.

Bagi memastikan kebun dan rumah di kampung tidak terbiar, ibu bapa bergilir-gilir menghuni di sulap. Sepanjang ketiadaan mereka, saudara terdekat atau jiran membantu memastikan kebun dan kediaman mereka mereka tidak terbiar begitu saja.

Ibu bapa yang menetap di kampung dalam jarak di antara dua hingga lima kilometer dari SK Kemabong tidak mempunyai banyak pilihan, selain membiarkan anak mereka menempuh laluan tidak berturap berulang-alik ke sekolah, khususnya dari Kampung Ungga, Kaang dan Malutut.


Berbeza dengan kehidupan di bandar atau pekan yang lebih teratur sistem pengangkutan serta prasarananya, anak-anak di pedalaman ini tidak kenal apa itu bas sekolah. Sebaliknya, si kecil semuda tujuh tahun yang baru memasuki Tahun Satu perlahan-lahan menempuh laluan berbukit dan menyeberangi anak sungai dengan meniti titian gantung lima hari seminggu.

Kulit yang dibakar terik matahari dan diselaputi debu ketika pulang dari sekolah tidak sedikit pun mematahkan kejituan semangat dan kekentalan di hati mereka untuk menimba ilmu. Namun, sesekali ketika jalan berbukit itu dilalui kenderaan terutama lori, anak-anak kecil itu tidak melepaskan peluang menenggek di belakang lori menjadi penumpang, manakala pemandu lori pula tidak keberatan memanjangkan sifat perikemanusiaan untuk memberi peluang si kecil menikmati sedikit kelegaan daripada menapak sepanjang jalan.

Ceria wajah anak-anak ini yang tidak putus-putus bergurau senda sesama mereka sepanjang jalan sewajarnya menerbitkan keinsafan di hati mereka yang jauh lebih selesa kehidupannya. Pengorbanan ibu bapa meninggalkan kampung halaman untuk menyekolahkan anak dan ketulusan si kecil berlagu riang sepanjang jalan ke gedung ilmu, adalah bukti kesungguhan tertinggi untuk memperbaiki hidup. Tidak keterlaluan jika dirumuskan bahawa golongan serba kekurangan tetapi bersemangat waja ini jauh lebih bijak menelusuri rencam kehidupan dan menghargai kepentingan ilmu berbanding mereka yang memiliki segala-galanya.


Info SK Kemabong

Terletak 20 kilometer dari pekan Tenom, Sabah
503 murid mendapat pendidikan di sekolah ini
Sulap (pondok) dibina kira-kira 100 meter dari sekolah
14 sulap didirikan di sekitar kawasan sekolah yang dihuni keluarga murid

Pelajar datang dari 11 kampung berhampiran iaitu, Rundum, Semambu, Kepulu, Ketubu, Kerolok, Patiang Tengah, Ahuron, Abingkoi, Sugi, Salang dan Angkarut.
Sekolah ini dibina pada 1970

Wednesday, July 15, 2009

Doakan anak Pak Uteh..

Muhammad Syafiq, 13 thn, anak ketiga Pak Uteh, kini dimasukkan ke bilik HDU katil 4 tgkt 4 Hospital Sultanah Aminah petang hari Rabu 15-Julai. Dia diberi alat bantuan pernafasan dan dirihatkan dengan ubatan. Keadaannya, kurang memuaskan, berbanding semalam di rumah - menurut cerita dari Pak Uteh. Wallahua'lam

Sama-samalah berdoa akan diberikan kesembuhan untuk adik Syafiq dan kesabaran kepada Pak Uteh sekeluarga. Allah-lah Maha Penyembuh lagi Maha Mengetahui isihati hambaNya.

اللهم اذهب البأس رب الناس اشف وانت الشلفي لا شفأ الا شفأك شفأ لا يغادر سقما اللهم امين

Monday, June 29, 2009

Polis jamin siasat kes buli pelajar


Dari Utusan Online


KUANTAN 28 Jun - Polis memberi jaminan akan menyiasat kes buli di sebuah sekolah menengah agama di Rompin Khamis lalu jika pihaknya menerima laporan mangsa.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Johari Jahaya berkata, setakat ini, polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

"Jika ada pihak yang masih tidak berpuas hati dan membuat laporan, kita akan menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan, selain Mohd. Ashraf Abdul Aziz, 15, yang dibuli sehingga pengsan, seorang lagi pelajar yang enggan dikenali mendakwa dia dan tiga lagi rakannya turut menjadi mangsa.


Menurut pelajar itu, kejadian tersebut berlaku di surau sekolah berkenaan pada 25 Jun lalu.
Bagaimanapun, pelajar tingkatan tiga itu mendakwa dia tidak membuat laporan polis selepas satu sesi perbincangan diadakan oleh pihak sekolah dengan semua ibu-bapa mangsa.
Menurut Johari, pihaknya dimaklumkan kes itu dianggap selesai setelah satu perjumpaan antara mereka yang terlibat diadakan baru-baru ini.


"Bagaimanapun, pagi esok, polis bersama pihak sekolah, ibu-bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara tersebut.


"Saya berharap dengan kerjasama semua pihak, gejala buli seperti ini tidak akan berulang," ujarnya.

Sunday, March 01, 2009

ABJZ 28 Februari...Tahniah Semuanya


Tahniah dan Jazakumullah semua yang bertuah menjayakan ABJZ di Pusat Islam Iskandar semalam... dari penyambut tetamu sampailah dipentas kebelakang...pak im nampak antum semua yang menjayakannya ..dari penyambut tetamu sampailah jauh diatas pentas...tahniah, tahniah
bak kata pakcik hisham walat...


Perkara yang paling ana suka dan teruja sekali ialah ….hampir 100% mereka yang berada di barisan hadapan penganjuran hari ini adalah dari GEN Y. Pakcik bagi “A” kat antum. Memang hebat dan cemerlang. Seingat ana…kecuali Abu Nuha…yang lain semuanya GEN Y. Tahniah kepada Abidah Dr Ali yang cemerlang dan natural sebagai MC , Umayr Ainullotfi menguasai audien tanpa kekok, Zakri Tarmidi Tamsir dan Hazwani (isteri) ….hero dan heroin yang memeranjatkan kami dengan lakonan pentomen yang berkesan. Anak2 R2J3 dan KRJ yang membantu pentomen dan petugas belakang tabir. Malah JIM Media juga dikendalikan oleh GEN Y iaitu Luqman Makki dan Salman Dr Hishamuddin.... Pada ana ini merupakan contoh gerak kerja gabungan diantara Gen X dan Gen Y. Mungkin akan datang..peranan Abu Nuha pun boleh diambil oleh GEN Y. Ana yakin GEN Y boleh!
Meh tengok gambor-gambor...
peserta lelakipetugas diluar dewanpeserta perempuanpetugas di booth KRJ...Lepas perasmian dengar nasyid Saff -One......diikuti dengan happy chicky...sembang pagi bersama Ummi Roses
Pantomem pun ada......Bacaan sajak......Talkshow lagi,...pergh, bestt betul
...diakhiri dengan ikrar...MANTOP!

gambar-gambar semasa bacaan ikrar

Tuesday, February 17, 2009

ABJZ di BP...

Program ABJZ (Anda Bijak Jauhi Zina) telah diadakan di UTHM, Batu Pahat pada 14 Februari lepas. Program adalah kerjasama JIM Johor dengan UTHM, pejabat daerah BP dan JAIJ. Seramai kira-kira 500 peserta hadir. Pengisian program ialah penyampaian oleh Ummi Roses, talkshow, pantomem sajak dan nasyid dari Kumpulan Najahan. Ulasan dan gambar akan menyusul kemudian.


Program berikutnya akan diadakan pada 28 Februari di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru. Dipersilakan adik-adik hadir ke sana. ..Hubungi AJK KRJ untuk maklumat lanjut. Jangan lupa yeh...




Thursday, September 04, 2008

Alfatihah...

Warga KRJ Johor mengucapkan takziah kepada Abang Zakri, Ahnaf dan Ghazi atas kembalinya ke rahmatuLlah ayahanda tercinta Prof Madya Mohd Tarmidi bin Tamsir, pada 2 September lalu.
Semoga ALlah mengampunkannya, mencucurkan rahmat-Nya ke atas ruh almarhum dan memasukkannya ke dalam golongan hamba-hamba-Nya yang diredhainya.
Berita penuh di Portal JIM Johor

Monday, July 28, 2008

Berita Ringkas KRJ Johor Sepanjang Julai (selain KBM)

29 Julai -Program follow-up di SMK Desa Cemerlang (KBM Kembali). Seramai kira-kira 40 orang pelajar yang hadir dalam program tersebut yang terdiri dari 5 orang pelajar tingkatan 5 dan selebihnya pelajar tingkatan 3.

Alhamdulillah, di akhir program satu kejutan telah diberikan kepada adik-adik yg hari lahir mereka jatuh pada bulan Julai. Walupun sepatutnya terdapat 4 org adik perempuan 4 org adik lelaki yang sepatutnya diraikan tapi hanya seorang adik lelaki dan perempuan yang hadir. So kira rezeki mereka la kan..Kejutan tersebut dibuat sehinggakan mereka yang diraikan mengalirkan air mata kegembiraan.

Program ini telah dikendalikan oleh Pak Long dan turut dibantu oleh Pak Imam, Kak Anie, Kak Nad dan Kak Ainnur. Ia telah bermula jam 2.30 ptg dan berakhir pd jam 5.00 ptg.


26 Julai - Mak Chu Rozita (KRJ Batu Pahat) telah telah selamat melahirkan seorang anak perempuan (anak ke 6). Tahniah Pak Chu dan Mak Chu. Moga menjadi anak yang soleh..

25 Julai -Usrah di SM Teknik JB, untuk pelajar tingkatan 5. Kali ke 9 alhamdulillah... kali ni lain sikit...pelajar-pelajar lelaki dijamu dengan 10kg rambutan selepas habis usrah. Biasanya group Pak Im je dapat makan.. Sori ye adik-adik perempuan...mereka habis awal kerana kakak2 ada meeting untuk KBM MRSM Pontian keesokan harinya

17 Julai -KBM Kembali di sekolah Menengah Teknik, Johor Bahru. Kira-kira 80 % pelajar Tingkatan 4 graduan KBM bulan lepas hadir. KRJ telah menyampaikan sijil dan luahan /resolusi kelas pada majlis tersebut. Seramai 23 orang pelajar telah meraikan ulangtahun ke-16. Meriah, Meriah...

16 Julai- Pagi ini KRJ Johor menerimat fax dari Pengetua SMKA Bandar Penawar , Kota Tinggi. Antara kandungan surat tersebut ialah perlantikan KRJ Johor sebagai Pengendali Bengkel Kepimpinan Pelajar dan aktiviti sesi 2008 seperti berikut:-

1. bengkel usrah sebulan sekali
2. kuliah subuh sebulan sekali
3. tamrin (trainning ) 2 bulan sekali
4. Qiam sebulan sekali

Tahniah lagi KRJ Johor...

12 Julai - Telah berlangsungnya usrah dan qiam di SMKA Bandar Penawar.. melibatkan penyertaan dari pelajar tingkatan 4 dan 5.. seramai 90 orang pelajar, 25 lelaki dan 65 perempuan. Semangat nampaknya pengendali dan peserta setelah 2 minggu program KBI (Keindahan Bersama Islam)...

Ceriakan Johor dengan Usrah!

Sunday, June 15, 2008

Takziah Abang Usher

Takziah buat Abang Usher (Ashaari), 20 tahun yang kemalangan ketika bermotosikal pada petang Khamis, 12 Jun baru-baru ini di Jalan JB-Kota Tinggi. Usher yang ditemui pada KBM di Sekolah Menengah Teknik JB semalam telah beransur pulih. Beliau mengalami luka yang agak teruk di bahagian dagu dan tangan sebelah kiri telah diberi cuti sakit selama 4 hari. Menurut beliau, motorsikalnya teruk mengalami kerosakan akibat kecuaian seorang pemandu kereta yang ingin memotong kenderaan lain tanpa melihat beliau yang sedang menunggang.

Usher merupakan salah seorang fasilitator KRJ lepasan SMT Taman Daya dan sedang bekerja di Plaza Pelangi Johor Bahru. Seorang yang sangat komited dalam program KBM ..walaupun sering bekerja shift tanpa mengira waktu, beliau sentiasa singgah di program-program KBM bertemu kawan-kawan fasilitator atau menjadi fasilitator walaupun ditengah-tengah kesibukannya.

Moga abang Usher cepat sembuh dan terus bersama KRJ. Mohon doa dari semua.

Terkini 23 Jun *** Alhamdulillah Usher dah semakin pulih. Baru jupa dia pagi tadi di Taman Molek, dia baru lepas ambil report dibalai polis. Dapat cuti 8 hari dan dah mula kerja walaupun agak payah dan masih berdengkot-dengkot. (Pak Im)

Monday, June 02, 2008

Rehlah@Family Day KRJ

oleh Kak Muss
Alhamdulillah selesai sudah rehlah@ Family Day pewaris bersama otai-otai (AJK & Penggerak KRJ) di Pusat Rekreasi Taman Impian Emas pada 1 Jun semalam. Walaupun simple dan santai tapi cukup bermakna! Rehlah tu memang besst... dapat jumpa pewaris KRJ yang ramai dalam satu masa, bermua'yasyah, berhujan bersama, main game bersama, berBBQ yg tak bersama (=p).... Walaupun tanpa air paip untuk berwudhu' dapat juga solat asar berjemaah akhirnya.... paling best dapat jumpa Aisyah Aliya yang comel dan montel tu (baby Pak Ngah + Kak Husna)....waaa rindunyer nak jumpa dia lagi!

Rehlah kali ni dihadiri Pak Ngah, Pak Im, Pak Tam, Pak Long, Kak Fida, Kak Husna, Kak Yati, Kak Fifi KRI....juga dimeriahkan lagi dengan telatah si kecil Tiah, Muaz, Aliya dan anak2 Pak Im & PakLong.Seramai lebih 30 orang pewaris juga hadir termasuk Bob dan the geng dari Taman Daya.
Semoga rehlah akan datang dapat kumpulkan lebih ramai otai dan pewaris, dari junior hingga senior...& famili KRJ seluruhnya


Jazakallahu khairan kathira kepada adik-adik yang bertungkus-lumus merancang dan melaksanakan rehlah ni...berkat usaha semua, akhirnya terlaksana juga rehlah ni dengan jayanya .

Monday, April 21, 2008

Muadz Xifu di SMK Kota Kulai!



Kelmarin pada hari Sabtu 19 April bertempat di SMK Kota Kulai bergemalah suara Abang Muadz Xifu dihadapan kira-kira 250+ orang pelajar sekolah tersebut. Tak puas rasanya mendengarkan lagu-lagu berkonsepkan hadis yang baru pertama kali didengar bagi sesetengah pendengar. Sebelum itu pelajar tersebut telah disajikan dengan 2 ceramah menarik dari Dr Farahwahida (UTM) dan Dr Wan Fadilah (Klinik Tampoi) berkisar kepada tajuk Remaja dan Cinta dan Remaja dan Seks.
Program adalah sebahagian dari Sambutan Maulidur Rasul anjuran Wanita JIM JB dan Masjid Taman Puteri Kulai. Wakil KRJ yang turut hadir ialah Pak Uteh, Pak Im, Abu Nuha dan Kak Abidah.
Sebelum beredar sempat saya berpesan kepad Muadz " datang lagi Muadz...lepas ni besar2an punya!", "OK InsyaAllah , sambutnya sampil menunjukkan isyarat bagus(jempol)"

Disertakan dibawah Lirik Kasih sejarak 2 Jari iaitu salah satu lagu yang didendangkan

Inni mimma akhaafu alaikum mim ba'di
Ma yuftahu alaikum min zahratid duniawa
zinatihaawa zinatihaa
(sabda nabi yg bermaksud):

Kurasakan gelisah terhadapmu
pabila ku tiada,
terbukalah..
perhiasan dunia kelak kau terpedaya...
Ana wa kaafilul yatim,
il jannati haakadza..

Aku dan penjaga yatim piatu..
Di syurga,
ditempatkan bersama..
Kaulah teman sejati..
Ini janjiku padamu (ummat)
Ana wa anta seumpama..
Dua jari ini..
Ana wa anta seumpama
Dua jari ini..

Lirik: Xifu Naser
Hadis (arabic text): Sohih Bukhari

.

Friday, April 04, 2008

JoM mAiN FuTsaL!..

BoRiNg? Tak Tahu nak buat apa Ahad Ni? MasyaAllah.. .

Dijemput semua adik-adik yang tinggal disekitar JB dan Skudai untuk bermain FuTsaL seperti berikut..

Masa : Setiap Ahad jam 9.00 - 11.00 pagi bermula 6 April 2008
Tempat: Gelanggang Futsal Taman Pulai Utama , Skudai
Pakaian: Macam Pak Long ye...(gambar sebelah)
Bayaran: FREE...


JoM RaMai-raMai ..JoM Sihat... Jom Bersama remaja lain.....
Ramai yang tak sabar nak turun Ahad Ni!

Friday, July 20, 2007

Kenduri 3 dalam 1 KRJJ

Alhamdulillah pada 18 Julai lepas bertempat di pejabat JIM, Taman Desa Skudai KRJJ telah mengadakan jamuan sempena 3 perkara berikut :

1) Jamuan kesyukuran sebagai tanda syukur kepada Allah SWT di atas pertolonganNya kepada semua program KRJJ

2) Jamuan perpisahan abang Munawar yang akan berangkat ke Mesir pada minggu depan untuk melanjutkan pelajaran.

3) Meraikan sepasang pengantin baru…..abang Zakri & kak Hazwani


Tahniah KRJJ, Moga terus maju melepasi sempadan negeri..., selamat jalan abang Munawwar dan selamat pengantin baru pada abang Zakri dan kak Wani...

...sorila datang lambat, rasa berat kaki sebab beratnya meninggalkan KRJ.....kenangan dari CEO KRJ Abu Nuha...antara tetamu yang hadir

Sunday, April 22, 2007

Ihtifal SMIH JB...Tahniah buat semua

Kompleks Nusa Mutiara, JB - 22 April 2007
Ihtifal Sekolah Menengah Islam Hidayah baru berlangsung sebentar tadi. Tahniah...buat semua penerima hadiah. Pelajar SMIH memang hebat...hebat akademiknya ( SPM 12 1A), hebat di padang bola (Johan Bola sepak B-15 MSSD), hebat di pentas debat, berjaya hingga ke menara gading di dalam dan luar negara...Moga terus cemerlang, dunia dan akhirat.
Berilmu, Memimpin, Beramal
website SMIH Johor Bahru
untuk Ihtifal tahun lepas 2006 (tahun lepas...)
Blog PIBG Hidayah JB

Thursday, March 08, 2007

Pengkebumian Ahli Syurga...Selamat tinggal Umar


Ahad 4 Mac, Melaka - Al-marhum adik AbduLlah Umar bin Mohd Ariffin Shah bin Giman telah selamat disemadikan pagi tadi di kampung neneknya di Jasin, Melaka. Jenazah telah disolatkan di Masjid Kg Kesang Luar kira-kira jam 10:00 pagi tadi, dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Kesang Tua. Kira-kira 60 orang ikhwah dan akhawat terutamanya dari Johor dan Melaka telah sempat bersama-sama memberikan perhormatan terakhir pagi tadi.
Sebelum itu, jenazah dibawa pulang dari Subang Jaya Medical Centre di mana al-marhum menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 4:50 petang semalam, dan sampai ke rumah neneknya Puan Sharifah (ibu kepada saudari Norazlin Nordin, isteri saudara Mohd Ariffin Shah Giman) kira-kira jam 10:20 malam.

Gambar Allahyarham Adik Umar(memegang bola) bersama abangnya,Mus'ab ketika mengikuti abinya bersama (gambar ihsan Pak Lurah KRI)
Umar sedang disemadikan

AbduLlah Umar adalah anak kedua ( bungsu) saudara Arifin, atau Pak De dikalangan warga KRJ. Moga Allah memberi kekuatan, kesabaran dan redha yang tidak berbelah bahagi bahawa semua ini telah diputuskan Allah even sebelum Umar dilahirkan. May this life changing experience will reveal its hikmah one day, insyaAllah.




SURE - SUkan REmaja 2009!!!