Saturday, March 27, 2010

Halaqah 26/3: Cemerlang Dengan Wawasan

Bismillah...

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.(Al Baqarah: 201)

Melalui ayat di atas, Allah menerangkan matlamat dan wawasan (yang diperlukan oleh seorang individu untuk berjaya) dalam bentuk doa. Doa ini disebut berulang-ulang kali hampir setiap hari oleh umat Islam di dalam dan di luar sembahyang.

Alhamdulillah, pada sesi halaqah malam tadi (26 Mac) bersama kepimpinan pelajar di MRSM Pontian... para pengendali telah mengupas ayat di atas bersama kumpulan masing-masing.

Di atas ialah kumpulan Cikgu Khalid
Adik Adib berkongsi wawasannya bersama rakan-rakan dalam kumpulan yang lain... halaqah diakhiri dengan doa. Tahniah buat semua peserta halaqah...moga adik-adik MRSM Pontian terus cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya dunia dan akhirat (GPK Keputusan SPM 2009 baru-baru ini ialah 1.98)

Sementara itu di surau maktab, Abang Asim Abdullah Ainullotfi telah memulakan kuliah umumnya lebih awal sekitar jam 9.00 malam bertajuk Membina Remaja Cemerlang.


Tahniah dan terimakasih buat semua pengendali yang hadir. Belum berkempatan ambil gambar kumpulan halaqah pelajar perempuan lagi.

Ingin dikongsi satu kata-kata motivasi...Umat Islam menganggap dunia sebagai ladang bercucuk tanam dan akhirat sebagai tempat menuai hasilnya. Mereka hanya dianggap berjaya apabila tanaman mereka di dunia dapat dituai diakhirat.

Sila rujuk Buku Dr Danial: Tip-tip Cemerlang daripada Al-Quran untuk kupasan lanjut tajuk halaqah

Jumpa lagi dalam Halaqah akan datang

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!