Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, September 08, 2009

Iftar KRJ Johor 2009

Assalamualaikum,

IFTAR KRJ MEMANGKIN UKHUWWAH OTAI DAN PEWARIS

Oleh Mohammad Zakri Tarmidi

6 Sep 2009, Johor Bahru – Kelab Remaja JIM Johor (KRJ Johor) telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Ahli Jawatan Kuasa, pengendali, dan juga fasilitator di Pejabat JIM Johor hari ini.

Majlis ini dihadiri kira-kira 60 orang dikalangan AJK, pengendali dan juga fasilitator KRJ, yang mana ia merupakan majlis yang istimewa, kerana bekas-bekas fasilitator yang menyambung pelajaran di luar Negara juga hadir bersama. Ada diantaranya yang kini menyambung pelajaran di Mesir, Jordan, dan lain-lain lagi.

Majlis yang dimulakan dengan sesi pengenalan oleh Pak Im, disambung dengan sesi taaruf ringkas antara ahli yang hadir pada hari tersebut. Selepas berbuka dan solat maghrib, tetamu disajikan dengan Nasi Ayam Pantas. Dan selepas solat tarawih, sesi saling bertukar-tukar hadiah dan sesi menyambut hari lahir mereka yang lahir pada bulan September.

Diharapkan dengan majlis seperti ini, ukhuwwah yang telah terjalin, akan menjadi lebih erat, dan tautan ukhuwwah menjadi lebih mantap dimasa-masa akan datang.


f

Saturday, August 29, 2009

Jemputan Malam Badar

http://malambadar.hidayah.edu.my/

Saban tahun Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah Johor Bahru menganjurkan MALAM BADAR .Satu malam di mana warga Hidayah berkumpul berbuka puasa, solat berjamaah dan tarawih sekali dalam usaha merapatkan hubungan silaturrahim .Satu program bersempena memperingati Perang Badar yang suatu ketika dalam sejarah Islam merupakan nokhtah di mana KEBENARAN AQIDAH dijunjung, dipertahan dan diperjuangkan dalam bentuk pengorbanan jiwa dan raga para Ansar & Muhajirin di bawah pimpinan Rasullullah SAW Insiden taarbawi itu sudah lama berlalu, namun roh, semangat dah fikrahnya perlu dihidupkan di kalangan warga Hidayah dan seluruh masyarakat

Aturcara:

5 Sept. 2009 (Sabtu)
10.00 pagi

Para ibubapa bergotong royong memasak & mempersiapkan kawasan perhimpunan Malam Badar.

6.00 petang
Ketibaan para tetamu, guru-guru, ibu-bapa dan anak-anak Hidayah.
Tadarus al-Qur’an di Surau Hidayah.

7.20 malam
Iftar berjamaah.
Solat Maghrib berjamaah.
Jamuan makan.
Ceramah Badar (Penceramah: PM Ustaz Aminudin)
Kutipan Dana Hidayah
Solat Isya’, Tarawih & Hajat UPSR, PMR & SPM.
Penyampaian cenderahati & Bersurai.


Persiapan IFTAR:
Persiapan Iftar untuk semua warga HIDAYAH akan dijalankan secara gotong royong.
Bagi mereka yang ingin membantu membuat persiapan berbuka bolehlah datang pagi atau tengah hari. Sumbangan dialu-alukan:

Hubungi Hj. Zainal: 0127558523 & PM Zakaria Yusof: 0197732512

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa...

Kelab Remaja JIM Johor ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua adik-adik alumni KBM dan warga KRJ sekelian. Moga dapat menunaikannya dengan sempurna...


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
(Raihan)


Semoga studi untuk UPSR, PMR, SPM, STPM, IPT lebih bermakna di bulan puasa.


Selamat Beramal...

Thursday, August 20, 2009

Terbaru di pasaran...Jom Beli!

Harga senaskah RM12.00
dapatkan dari Pak Im atau di Iman ELC (Taman Sri Skudai) atau mana2 wakil KRJ/JIMedia

Monday, August 10, 2009

SEMARAK RAMADHAN MENJADI PENCETUS SEMANGAT PUASA

SEMARAK RAMADHAN MENJADI PENCETUS SEMANGAT PUASA

Oleh Mohammad Zakri Tarmidi

8 Ogos 2009, Johor Bahru – Kelab Remaja JIM sekali lagi telah melaksanakan program Semarak Ramadhan di Masjid Bandar Baru Uda, pagi ini. Program yang dikendalikan untuk remaja sekolah itu dilaksanakan untuk membantu para remaja ini untuk mempersiapkan diri sebelum bermulanya Ramadhan tahun ini.

Program yang dikendalikan oleh Kelab Remaja JIM ini dihadiri oleh 100 pelajar dari 4 buah sekolah berdekatan, iaitu Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Tun Fatimah, dan dua buah sekolah lagi.

Program ini merupakan pecahan daripada program Semarak Ramadhan Semarak Taqwa, yang dianjurkan oleh pihak Masjid Bandar Baru Uda. Program kemudiannya, terbahagi kepada empat, iaitu program untuk kanak-kanak bawah 4 tahun, program kanak-kanak 5-12 tahun, program untuk remaja, dan program untuk orang dewasa.

Remaja sekolah kemudiannya telah memulakan program seterusnya di Dewan Masjid, dengan pengisian oleh 'Umayr Sayfurrahman, Ammar Salleh, dan Mohammad Zakri. Seterusnya program diteruskan dengan aktiviti Tour De Masjid.

"Program ini perlu untuk membangkitkan suasana berlumba-lumba untuk menyambut Ramadhan" ujar pengarah program, saudara 'Umayr. Manakala bagi salah seorang fasilitator pula menyatakan "program ini bagus, padat dan bermanfaat"

Program tamat jam 12.30 tengahari, dengan harapan agar para remaja ini dapat mempersiapkan diri menjelangnya Ramadhan tahun ini.



Para ibubapa, dan peserta program berdoa bersama imam masjid, Ustaz Hasan

Para pelajar perempuan yang hadir pada hari tersebut




Pelajar lelaki yang hadir, dengan warna baju yang meriah


Umayr mengendalikan slot pengisian pagi


Salah satu check point dalam Tour de Masjid



Di ruang legar, program kanak-kanak berlangsung dengan lancar


Thursday, August 06, 2009

Thursday, July 23, 2009

Sya'aban...Sya'aban....telah menjelma

Assalamualaikum,

"Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berbuka dan baginda berbuka hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban."

[Hadis riwayat al- Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1969.]

alhamdulillah, kita telah selamat melangkah satu langkah lagi ke arah Ramadhan Kareem...dengan masuknya ke dalam bulan Sya'aban...dan tahun ini, ketibaan Sya'aban diserikan sedikit dengan gerhana matahari pada hari sebelumnya. satu gabungan yang istimewa? adakah ALLAH ingin menunjukkan sesuatu kepada hamba-hambaNYA? sesungguhnya, ALLAH yang lebih mengetahui..

apa yang perlu menjadi perhatian kita, adalah untuk menambah sedikit lagi amalan2 sunat kita, amalan puasa, solat sunat, sedekah, qiamullail, riadhah ke satu tingkat yang lebih tinggi sedikit. dengan harapan, pada saat kita melangkah ke bulan yang penuh berkah dan rahmah, bulan Ramadhan, kita akan bersedia sepenuhnya...

dan harapannya, agar tahun ini, menjadi Ramadhan yang terbaik buat diri kita...bukakanlah hati seluas-luasnya, tetapkan iman agar Ramadhan kali ini, akan disambut dengan kegirangan seorang hamba menerima hadiah dari TUHANnya....hadiah untuk melakukan ibadah dengan sebanyak-banyaknya, hadiah untuk mendekatkan diri lebih mudah berbanding masa-masa yang lain...insyaALLAH..

RAMADHAN...RAMADHAN...RAMADHAN....kami merinduimu....

ayuh ayuh dan ayuh...

wallahualam...

Saturday, July 18, 2009

Ya Allah…...pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan tahun ini.

Kini kita berada di penghujung bulan Rejab dan merupakan permulaan bagi banyak hari yang diberkati. Orang‐orang Mukmin akan menggunakan bulan Rejab dan Syaaban untuk menyiapkan diri sebagai pintu masuk kebulan Ramadhan. Mereka menyiapkan diri baik secara fizikal mahupun dari segi ruhiyah. Mereka mencuci jiwa mereka terlebih dahulu sebelum datang bulan suci Ramadhan agar apabila tiba, jiwa mereka siap sedia menyambut nur, barakah dan fadhilahnya dari Allah. Rasulullah s.a.w. selalu membacakan doa ini bila menjelang bulan Rejab:

"Ya Allah! Berkati kami pada bulan Rejab dan Syaaban,dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan"

Ini adalah doa pengharapan agar kita akan diberkati oleh Allah selama dalam bulan Rejab dan Syaaban, mulai hari ini. Ia juga adalah permintaan bagi kita untuk menemui dan bertemu bulan suci Ramadhan. Apakah ada mukmin yang tidak mahu merebut kesempatan keemasan ini?

Bulan Rejab dan Syaaban adalah masa terbaik untuk mula membuat persiapan jiwa dan mental
bagi berhadapan dengan bulan Ramadhan. Antara yang boleh dilakukan adalah:


Mula puasa Isnin dan Khamis.

Bersyukur kerana Allah melanjutkan usia dan dan berdoa agar Allah izinkan bertemu Ramadhan sekali lagi

Banyakkan membaca dan mendengar Al-Quran.

Cuba untuk mendapatkan khusyuk ketika solat.

Tilawah Al-Quran dan cuba mengkhatamkannya minima sekali sebelum Ramadhan.

Membaca atau mendengar ceramah dari kaset berkenaan Allah, Syurga dan nikmatnya, Zikrullah, Taubat dan sebagainya.

Berazam untuk meninggalkan beberapa tabiat buruk seperti merokok, mengumpat, mengeluarkan kata-kata kesat, membazir dan sebagainya.

Berfikir tentang kejadian makhluk Allah.

Muhasabah diri tentang pencapaian amalan di bulan Ramadhan tahun lepas.

Doa semoga Allah bantu supaya kita thabat dalam melakukan ketaatan


Mengajak suami/isteri serta anak-anak beramal dan mengingatkan mengenai kedatangan Ramadhan

Saturday, September 20, 2008

Mengejar Malam Lailatul Qadr



Malam Lailatul Qadar
Marilah kita bersama merujuk dan merenung kembali Surah Al Qadr.

Pertama nya banyakkan bersyukur kerana kita telah diberikan nikmat oleh Allah untuk bersama di dalam malam Lailatul Qadar, 10 malam yang terakhir Ramadhan ini. Allah memberikan nikmat ini untuk kita terus mempertingkatkan Iman dan Takwa kita kepada Allah, sebagaimana tujuan kita berpuasa

Lailatul Qadar bermaksud bernilai dan berkedudukan. Ini bersesuaian dengan peristiwa alam yang besar ; peristiwa Al Quran, wahyu dan Risalah. Sudah pasti tiada yang lebih besar dari ini.

Disebut dari Riwayat Ibnu Ishaq bahawa wahyu pertama yang tertera pada awal surah al Alaq itu diturunkan pada bulan Ramadhan, yakni ketika Rasulullah saw sedang bertahanuts di Gua Hira’

Malam ini terlalu agung sehingga melampaui batas kemampuan manusia yang dinyatakan ‘Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?’

Malam ini sungguh hebat dengan kelebihan bandingan seribu bulan. Malahan kata bilangan ini tidak bererti membatasinya. Ia hanya berfungsi untuk menunjukkan banyak, tidak terbatas hanya pada 100 bulan. Hebatnya!

Oleh itu marilah kita merayakan Festival tawaran Allah ini dengan memperbanyakkan amalan kita hanya kerana Iman dan Ikhlas, seperti sabda beliau diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim;
Barangsiapa melakukan shalat sunnah pada malam Lailatul Qadar kerana Iman dan Ikhlas, maka diampunilah dosanya yang telah lalu.

p/s : Surah rujukan lain – ad Dukhaan : 3-6 dan al Baqarah 185
Pak Ngah @Suhaimi


Sunday, September 14, 2008

Brothers - Ramadhan


RAMADHAN
(Lirik Nasyid Brothers)
Bertemu kembali dengan Ramadhan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula

Ramadhan yang mulia
Di Ramadhan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan Mu
Melangit tinggi

Ramadhan rahmat dari Ilahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadhan menyedarkan aku

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadhan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadhan
terakhir bagiku
Kuharap ianya 'kan
membela ku di akhir
nanti...

HARAPAN RAMADHAN


HARAPAN RAMADHAN
(Lirik Nasyid Raihan dari album Maafkan)

Ku Mengharapkan Ramadhan
Kali Ini Penuh Makna
Agar dapat Kulalui
Dengan Sempurna

Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa Ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula

Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang Diperintah Nya
Moga Dapat Ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti‐Henti

Tak Ingin Ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi
Segalanya Dengan Sabar

Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan
Kekuatan
Ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan

Selangkah Demi Selangkah...
DenganRahmatMu Oh Tuhanku...
Ku Tempuh Jua

Thursday, August 28, 2008

Ramadhan Semakin Hampir...Selamat Beramal

TIPS MENIKMATI KEINDAHAN RAMADHAN

⇒ TILAWAH AL QURAN: menghabiskan satu juzuk sehari untuktilawah dan tadabbur. Manafaatkan segenap masa, di waktu siangdan malam untuk bersama AlQuran.

⇒ TERAWIH: pilihlah masjid dengan keutamaan: dekat dengan rumah, bacaan imam yang tartil, kadar bacaan (lebih afdhal satu juzuk), ada tazkirah

⇒ I’TIKAF: saling membantu di kalangan ahli keluarga untuk memudahkan ibadat I’tikaf di masjid, rancang cuti rehat, kenal pasti masjid yang ‘mesra I’tikaf’ (disediakan makan sahur, mendapat sambutan dll).

⇒ INFAQ: sediakan peruntukan khas untuk sedekah kepada anak yatim, orang fakir miskin, muallaf, umat Islam yang berjihad seperti di Palestin dan Iraq dll

⇒ IFTAR: elakkan pembaziran, mengawal nafsu keinginan makanan pelbagai, pastikan makanan seimbang dan berkhasiat.

⇒ MAJLIS ILMU & TAZKIRAH: anjurkan majlis tazkirah selepas solat Subuh, Terawih, Zohor di surau pejabat, bersama ahli keluarga di rumah

⇒ ZIKIR DAN DOA: cuba beristiqomah bersama ahli keluarga untuk membaca zikir Al Ma’thurat, banyakkan berdoa pada waktu mustajab, perbanyakkan zikir sepanjang masa

SURE - SUkan REmaja 2009!!!