Showing posts with label KBM 08. Show all posts
Showing posts with label KBM 08. Show all posts

Saturday, November 01, 2008

KBM di MRSM Batu Pahat

Tahniah kepada KRJ Batu Pahat yang telah mengendalikan KBM di MRSM Batu Pahat pada 25 dan 26 Oktober lepas. Peserta program adalah seramai 137 pelajar tingkatan 4. Barisan pengendali ialah Mak Chu, Pak Chu, Mak Uda, Pak Im (JB) Abang Nizwam dan Abang Fadli manakala videoman ialah Pak Uda.

Seramai 11 orang abang dan kakak fasilitator dari UTHM turut bersama di program yang julung-julung kali diadakan di MRSM Batu Pahat itu.

Thursday, September 04, 2008

KBM sesi 2008 berlabuh di MRSM Pontian

MRSM Pontian, 30 Ogos - Alhamdulillah setelah 22 kali mengendalikan KBM sepanjang 8 bulan, akhirnya KBM KRJ JB sessi 2008 telah melabuhkan tirainya di MRSM Pontian. KBM kali ini ialah untuk seramai 147 orang pelajar tingkatan 3. Pengendali utama ialah Abu Nuha, Abang Umayr, Kak Muss dan Pak Anjang dengan dibantu oleh 15 orang fasilitator. KBM kali ini merupakan kali 5 di MRSM Pontian, juga tahun ke-3 berturut-turut mendapat kepercayaan dari pihak maktab.

Jazakallahukhairan dan tahniah diucapkan kepada semua AJK dan pengendali, fasilitator dan co –fasi sepanjang sesi 2008 dan tak lupa kepada yang mendoakan. Sepanjang tahun ini, kami sudah mengunakan khidmat seramai 15 orang pengendali dan lebih 100 orang fasilitator. Moga pengalaman bersama tim KBM-KRJ sedikit sebanyak mematangkan kalian di jalan daawah bersama remaja, belia atau mahasiswa/i di IPT masing-masing.

Alhamdulillah, KBM telah mencetuskan beberapa program follow-up lain seperti PPR (Pusat Perdana Remaja), 3R (Remaja Raikan Ramadhan), B2N, KBI dan lain-lain. InsyaAllah fokus sehingga awal tahun depan akan lebih kepada program pembangunan ahli usrah KRJ. Kami sedang merancang 2 program utama hujung tahun ni dan KRJ Johor juga akan menjadi tuan rumah program Nasional (X-Pert) pada hujung bulan November


Moga usaha kerdil ini di rahmati dan berkati Ilahi. Mohon terus mendoakan, menyokong, membantu dan seribu kemaafan dari semua .


Salam Kemerdekaan dan Salam Ramadhan


Kearah Remaja Soleh wa Musleh

Friday, August 08, 2008

Pesawat KRJ di SMT (ERT) Azizah selamat mendarat


Johor Bahru 3 Ogos - Alhamdulillah, pesawat KRJ 020808 pada Program KBM di Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah telah selamat mendarat pada jam 1.30 tengahari tadi. Kali ini penumpangnya ialah seramai 90 orang pelajar perempuan dan 7 orang pelajar lelaki tingkatan 5.

Barisan pengendali ialah Prof Dr Razman Salim (Pak Tam), Pak Im, Kak Insyirah, Abang Long Melaka dan Abang K. Barisan fasilitator diketuai oleh Kak Ainnur Hamid , yang sebilangan besarnya ialah pelajar-pelajar SDARY dan SMK Sri Rahmat, guru-guru Iman ELC dan pelajar-pelajar UiTM Segamat. KRJ disokong penuh oleh unit mediasi (Kak Ani, Kak Yati, Pak Imam, Anas AR) dan unit MAM2 ( Abang Din, Abang Asyraf, Abang Ammar S ). Kami juga turut dibantu oleh 3 orang pemerhati tetap program yang merupakan alumni SMT (ERT) Azizah.
Majlis penutup telah dikendalikan oleh Pak Tam dan dihadiri oleh seramai 100 orang ibubapa, PK HEM, kounselor pelajar Puan Junaidah dan beberapa orang guru. Pak Tam, selaku Pengarah KRJ Johor turut mempromosikan Semarak Ramadhan JIM pada majlis tersebut.

Thursday, July 31, 2008

KBM MRSM Pontian

Laporan KBM MRSM Pontian
Oleh Kak Ika

Pada 19 dan 20 Julai 2008 yang lepas, team- team KRJ beraksi lagi!! Meneruskan perjuangan di MRSM pontian. Kali ini team KRJ yang diketuai oleh Pak Uteh dan dibantu krew-krew yang terdiri daripada 7 fasi lelaki yang hensem dan sporting dan 12 orang fasi perempuan yang comel dan sopan-santun belaka. Jumlah peserta MRSM pontian yang mengikuti penerbangan bersama krew-krew KRJ pula adalah seramai 132 orang; iaitu 84 orang pelajar perempuan dipanggil Kasih dan 48 orang pelajar lelaki yang dipanggil Sayang.


Pada hari pertama slot dimulakan dengan “ Knowing Me Knowing You” yang bertempat di Bilik Seminar. Penerbangan yang memperkenalkan Pak uteh sebagai ketua pilot dan Kak Ani (Kak Laptop) sebagai Co-Pilot serta memperkenalkan para Pramugara (Abu Nuha, Abang Kay, Abang Amin, Abang Ammar, Abang Anas A, Abang Anas R, Abang Asyraf, Abang Afiff) dan Pramugari (Kak Yatie bersama Assistant kecilnya Fathiya, Kak Ani, Kak Ainnur, Kak ‘Abidah, Kak Umi, Kak Della, Kak Nad, Kak Najlaa, Kak Zulaikha, Kak Ha dan Kak Ika). Suasana menjadi semakin ceria dengan aksi-aksi spontan oleh Abang Amin dan Abang Ammar ditambah dengan aksi Army-Yell daripada para peserta. Kreatif dan Menarik!! Gud job guys.


Slot seterusnya ialah slot In-Team yang dikendalikan oleh Abu Nuha. Suasana bilik seminar menjadi syahdu seketika. Mata sudah mula berkaca-kaca. Akhirnya air mata gugur jua. Dalam suasana yang penuh syahdu adik-adik kasih dan sayang saling mendoakan kejayaan antara satu sama lain. Sebak dan sayu!! Itulah yang dapat digambarkan apabila ramai yang tampil ke hadapan untuk memohon maaf dan saling memberi sokongan untuk kejayaan bersama. Segala masalah akhirnya terurai. Semoga ukhwah pelajar tingkatan lima MRSM pontian semakin kukuh dan mereka mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Amin…. Ukhwah fillah Abadan abada. insyaAllah. Teruskan perjuangan adik-adik!

Program diteruskan pada sebelah malamnya, Slot Meniti Angin Malam yang dikendalikan oleh Pak Uteh dan Abang Anas A dan dibantu oleh semua krew yang lain. Slot yang paling mencabar dan menguji emosi! Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Tiada masalah dilaporkan.


Hari kedua, Slot Hijrah. Adik-adik kasih dan sayang dikumpulkan di Surau Nur Hidayah di bawah kelolaan Pak Im, Abang Amin, Abang Ammar dan Kak ‘Abidah. mereka diberi galakan dan dorongan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah. Mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.


Sesungguhnya mereka (belia-belia ) yang beriman kepada Tuhan mereka, lalu kami ( ALLAH ) tambahkan kepada mereka petunjuk, ( Al-Khafi 18:13)

Lebih kurang 90 ibu bapa telah hadir untuk sama-sama menjayakan slot Meniti Kasih Menuai Sayang yang dikelola oleh Pak Uteh di bilik seminar. Kemuncak program ini adalah apabila adik-adik kasih dan sayang diserahkan kepada ibubapa yang hadir. Kesedihan menyelubungi bilik seminar. Air mata tidak mampu dibendung lagi. Sebak dan mengharukan!!

Semoga Keindahan Bersama Mu di MRSM Pontian berjaya menjadi titik tolak penghijrahan dan kecemerlangan adik-adik di sana.

Thursday, July 24, 2008

Laporan KBM di SMK Dato' Bentara Luar, Batu Pahat

oleh Pak Chu

Batu Pahat; 19-20 Julai 2008. KBM di SMKDBL telah berjaya dilaksanakan. KBM kali ini adalah yang terakhir dalam kalender KRJ BP. Penyertaan pelajar seramai 122 orang (48 lelaki dan 74 perempuan) telah berprogram bersama dan kehadiran ibu bapa sekitar 60 orang di akhir slot.

Kami mendapat maklum balas yang baik dari pelajar melalui komen mereka dan juga dari ibu bapa semasa sesi perkongsian MKMS. Pihak sekolah juga turut menunjukkan respons yang baik dan berjanji untuk menempah awal KBM pada tahun hadapan. Majlis penutup dilakukan oleh Pengetua dan bagi pihak JIM di wakili oleh TYDP, Prof Ir Mohd Zainal.


Sedikit perkongsian dari seorang ibu semasa sesi MKMS:
27 tahun lepas ibu ini pernah mengikut program seumpama ini (tetapi tidak ada penekanan agama kerana peserta semua agama) di Cameron Highland dengan bayaran RM500, tiga tahun lepas ibu ini menghubungi semula syarikat yang mengendalikan program ini tetapi bayarannya adalah RM4000. Dia bersyukur kerana walau pun dalam masa singkat mengikuti KBM dia dapat refresh balik hubungannya dengan ibunya yang masih ada. Dan bersyukur anaknya dapat hadir dalam program ini dan mengucapkan terima kasih kepada KRJ

Tuesday, July 22, 2008

Laporan KBM SMK Convent


Oleh Kak Muss
Alhamdulillah...petang ni baru saja selamat sampai dari program KBM di SMK Convent Muar. Program yang berlangsung dari 19-20 Julai ini disertai oleh 139 orang pelajarperempuan. Kesemua 18 orang fasilitator didatangkan dari Kolej Matrikulasi Tangkak, manakala tenaga kerja dari JB pula seramai 6 orang, Kak Fida, Kak Muss, Sarah dan Shahida tiba pada Jumaat malam manakala Pak Anjang dan Pak Im tiba pada Sabtu petang.
Slot KMKY dikendalikan oleh pengendali dan fasilitator perempuan sepenuhnya. Sedikit mencabar bila terpaksa melawan bunyi hujan lebat, lebih-lebih lagi slot pada pagi Sabtu itu diadakan di dewan terbuka. Apa pun Alhamdulillah, yang penting para peserta dapat menghayati intipati rasional yang ingin disampaikan melalui slot tersebut.
Petangnya, slot In-Team dikendalikan pula oleh Kak Fida. Slot tersebut berjaya menyatukan kembali beberapa 'klik' yang telah lama bersengketa, malah saling bermaafan sesama mereka. Slot tersebut dimanfaatkan sepenuhnya dengan mereka turut memohon kemaafan kepada guru-guru yang hadir pada petang tersebut.
Aktiviti pada malam harinya pula dibantu oleh Pak Anjang, Pak Im dan ahli-ahli JIM Muar. Keesokan paginya, slot Hijah dan MKMS berjalan dengan baik, dan tamat lebih awal daripada biasa. Namun begitu, rata-rata peserta tetap memberikan respon yang cukup baik dan maklumbalas yang amat memberangsangkan.

Berbanyak terimakasih kepada ahli-ahli JIM Muar yang telah banyak membantu kami di sana, khususnya kak Sazira dan pak cik Anuar. ..juga kepada makcik Mahayati dan pakcik Ghazali yang meminjamkan Unser yang membawa kami bermusafir dengan selamat pergi dan balik. Juga kepada Shahida dan Sarah.Syukur dipanjatkan kepada-Nya lantaran dipermudahkan segala urusan. Semuanya adalah aturan Allah.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (al-Baqarah : 286)

Tuesday, July 15, 2008

KBM SMK Skudai Dalam Kenangan

Laporan KBM SMKS
oleh Kak Abyd

"Seronok, sedih, seram, menakutkan, dan semuanya..MACAM- MACAM ADA!", begitulah komen yang diterima KRJ dari peserta SMKS.

AlhamduliLlah, tanggal 12 dan 13 Julai menyaksikan krew KRJ beraksi dalam Keindahan BersamaMu (KBM) di SMK Skudai, Sri Skudai, Johor. Kali ini, krew KRJ yang terlibat secara langsung ialah Pak Tam, Pak Im, Pak Uteh, Pak Anjang, Abu Nuha, Kak Yatie, Kak Im (Kak Laptop), Abang Ammar, Abang Amin, Abang Anas A, Abang Anas R, Abang Mubin, Abang Ghazi, Abang Asyraf, Abang Danial, Kak Sarah Sahrel, Kak 'Abidah, Kak Syahidah, Kak Ainnur, Kak Sarah Qistina, Kak Farhah, Kak Wanie, Kak Anis dan Kak Seri. Bilangan peserta KBM SMKS kali ini adalah 203 (81 lelaki, 122 perempuan).

Kehadiran adik-adik dihangatkan dengan gelak ketawa dan gembira ceria dengan Slot Knowing Me Knowing You yang dikendalikan oleh gandingan pasangan kembar tak seiras (bak kata peserta) iaitu Abang Amin dan Abang Ammar. Gamat suasana dewan pada pagi itu dek keletah pengendali dan peserta. Adik-adik SMKS berjaya mempersembah Army Yell yang menarik dan memikat hati. Tahniah SMKS!

Seterusnya, Slot InTeam dikendalikan oleh otai yang tak asing lagi iaitu Pak Uteh. Ramai adik-adik kasih dan sayang yang menjadi cair dengan sentuhan hati dan lisan Pak Uteh.

Adik-adik Kasih dan Sayang kemudiannya direhatkan dengan aktiviti riadhah di padang sekolah dan dataran perhimpunan. Antara aktiviti yang dimainkan adalah 'Banjir, Ribut dan Musang', 'Kahwin, Cerai, Rujuk', dan lain-lain.

Selesai mengerjakan solat Maghrib dan 'Isya' berjemaah serta membaca al-Ma'thurat, adik-adik disajikan dengan slot Meniti Angin Malam. Meniti Angin Malam 1 dikelola penuh oleh Pak Uteh dengan bantuan Kak Laptop. Di sini, peserta dan krew diuji dengan beberapa insiden yang menginsafkan dan penuh dengan 'ibrah dan pengajaran.

Mari ladeni firman Allah SWT yang berikut.."...Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya) ; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib..." [2:2-3]

Dengan semangat adik-adik Kasih dan Sayang, alhamduliLlah, slot Meniti Angin Malam 2 tetap dijalankan tanpa berbelah bahagi. AlhamduliLlah, kali ini Allah lancarkan perjalanannya. Slot MAM2 dijayakan sepenuhnya oleh semua krew KRJ dengan tugas masing-masing. Kira-kira jam 2 pagi, barulah adik-adik Kasih dan Sayang masuk tidur dan berehat sambil menanti keesokan harinya.Pagi Ahad, adik-adik diceriakan dengan teka teki dan kisah lucu Abang Amin dan Pak Im.

Kemudian, slot Hijrah dan Kasih Sayang Ibu Ayah menyaksikan gandingan mantap Pak Im dan Abang Amin yang sekali lagi menyentuh hati adik-adik Kasih dan Sayang. Pada masa yang sama, seramai lebih 100 orang ibu bapa adik-adik Kasih dan Sayang turut mengikuti slot yang hampir sama yang dikendalikan oleh Pak Anjang di dewan tingkat 2.Jam 11.50 pagi, adik-adik Kasih dan Sayang dipertemukan dengan ibu bapa yang memenuhi dewan. Tangisan keinsafan dan kesyahduan mengisi ruang dan tempat. Banyak air mata yang gugur yang mudah-mudahan mampu menjernihkan hati semua ibu bapa, guru-guru, adik-adik dan tak lupa juga krew KRJ.

Jam 1 petang, Majlis Penutup KBM KRJ telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan HEM SMKS seterusnya membenarkan KBM melabuhkan tirainya.Memetik kata seorang bapa,

"Semoga tangisan yang menitis pada hari ini merupakan permulaan perubahan yang sebenar dalam diri anak-anak semua yang akan menjadikan anak-anak semua insan berguna.." Ameen, ya Rabbal 'Aalameen.

Maklumbalas peserta:

(+)"KBM merupakan aktiviti yang amat berguna bagi membantu pelajar menyedari kesalahan diri dan meminta keampunan daripada Allah, KBM berjaya membuat pelajar ingin mendekatkan diri kepada Allah dan memahami dan menghargai pengorbanan ibu bapa yang membesarkan kita.."

"Saya telah diajar untuk menghargai agama yang telah dikurniakan kepada saya sejak lahir. Saya harus bersyukur sebab tak perlu bersusah payah nak dapatkan agama Islam tapi saya tetap tak bersyukur dan melakukan larangan. Tetapi program ini dah menyedarkan saya. Congrats!"

"Fasi-fasi kat sini tegur dengan care berhemah, orang tak kecik hati tapi terasa!"

"Abang Amin & Ammar.. pasangan pengacara yang sempoi! Teruskan bakat abang-abang! ""Program ini patut diteruskan sebab meruntun jiwa"

"Kpd Pak Uteh & Pak Im, Both of you memang pandai bagi nasihat. Now I will change my attitude. Sedih tu kena nasihat malam-malam. ."

"Abang dan Kakak yang sangat sporting dan baik dan suka memberikan motivasi yang sangat best"

"Program ni sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah yang nak muhasabah diri!"

"First impression, fasi tak mesra. Tapi bila dah ikut program, fasi sangat best!!!"

"KRJ juru audio yang gempak!!! Lagu dan video yang dipilih memang kena dengan program and mood! Video prog memang best and cepat gile korang siapkan!!"

"Slot Meniti Angin Malam ke-2 best, sangat adventure!"

"Nak join KRJ la..Macamana nak jadi fasi? Saya nak berkhidmat untuk KRJ!!"

"Prog ni sepatutnya dijalankan dengan kerap di sekola-sekolah terutama sekolah-sekolah menengah sebab remaja-remaja sekarang banyak masalah sosial..."

"Prog ni membawa diri saya ingat kepada kematian dan insaf. Kadang2 saya rasa kematian tu dekat sangat dengan diri saya...."

"Prog ni memberi saya pengalaman baru dan telah membantu saya menghubungkan persahabatan saya dengan rakan saya yang telah tak bertegur sapa beberapa bulan lalu. Terima kasih sangat2!!"

"Buat KBM 3 hari 2 malam boleh tak???"

"Kakak dan Abang fasi yang sangat happening sampai kami ketawa tak kering gusi!"

"Abang-abang n akak-akak da bomb! Sangat kuat dan tenang time handle peserta yang kena .. walaupun kitorang dah jerit-jerit ...!"

"Masa singkat sangatla...Kena panjangkan lagi prog ni.."

"Penerbangan yang best sangat2!!""Crew KRJ best n sporting sangat! Kitorang penat tapi best"

"Kakak dan Abang memang ambil berat pada kitorang! Thank you! Love you all!"

"Majulah KRJ untuk Islam"

Tuesday, July 08, 2008

KBM DECEM...5 dan 6 Julai

Ahad 6 Julai - KBM di Sekolah Menengah Kebangsaan DECEM ( Desa Cemerlang ), Johor Bahru buat kali ke-2 telah tamat pada jam 1.30 petang . Majlis penutup diakhiri dengan ucapan oleh tuan pengetua. Peserta KBM kali ini ialah seramai 98 orang pelajar tingkatan 3 dan 5, termasuk 15 orang pelajar kaum India. Pada hari pertama turut serta ialah seramai 25orang peserta dari SMK Desa Jaya.
Antara Gambar menarik:

Fasilitator Perempuan

Slot hari Pertama


Slot Akhir

Slot Akhir

Fasilitator Lelaki
Sebelum majlis penutup, seramai 31 0rang ibubapa telah hadir pada slot MKMS (Menuai Kasih Menuai Sayang) yang bermula pada jam 11.45. Pada slot ini peserta di pertemukan dengan ibubapa masing-masing.
Coretan dari seorang Ibu
Terimakasih kerana mengadakan program sebegini. Saya bagi pihak ibubapa amat besyukur dapat membuka pintu hati anak-anak yang mengikuti program ini.
Tidak payah dengan ucapan, tapi sekadar linangan air mata adalah sebagai tanda keinsafan anak-anak yang berada di sini, walaupun mungkin selama ini banyak membuat kesilapan melukakan hati ibubapa
Dan saya rasa ibubapa juga mendapat pengajaran dari program ini. Mudah-mudahan usaha berterusan kita sama-sama lakukan agar anak-anak kita berjaya
Kita doakan semoga anak-anak yang akan mengambil Peperiksaan PMR dan SPM mendapat keputusan cemerlang...Amin




Tuesday, July 01, 2008

Laporan KBM di SMK Convent Batu Pahat

Tarikh: 28-29 Jun 2008
Peserta: 155 orang peserta perempuan (Tingkatan 3 dan 5)
kehairan Ibubapa: lebih kurang 80 orang
Fasi: 16 orang (dari UTHM, IPTHO, exKBM STI - tingkatan 6 dan yang dah masuk IPT)Pengendali: Abg Nizwan dan Abg Fadli , Pak Chu, Ustazah Pauziah, Ustazah Khadijah , Kasma, Makcik Pah , Dr Khalid

Ulasan
Alhamdulillah KBM berjalan lancar dan selamat mendarat dengan sempurna. Respons dari peserta, ibubapa dan pihak sekolah amat positif. Kali pertama Mak Chu tidak terlibat .... masuk hospital tengahari Sabtu setelah selesai menduduki peperiksaan bahasa inggeris kerana premature contraction. Secara peribadi Pak Chu dalam keadaan sedikit risau dan bimbang kerana isteri masuk hospital... terpaksa juga meneruskan program... pulak tu kali pertama kena kendalikan inteam kerana pengendali sebelum ni, abg Fauzi dan cikgu yati (Mak Uda) tidak dapat bersama kerana outstation. Memang betul nak kendalikan KBM ni kena selesaikan/lupakan masalah peribadi... isteri di hospital, first time ... gabra juga... Selesai inteam kena edit video (Pak Uda outstation - biasanya dia yang buat) ... dapat juga siapkan dua videoklip... ikutkan hati tak mahu nak buat video tapi memikirkan video tu sebag aitrademark KBM... buat juga... Selesai sahaja buat video terus bergegas balik ambil anak dan terus ke hospital...

Pukul 7 ptg baru sempat setengah jam berjumpa isteri dan lepas tu terus ke sekolah untuk program KBM seterusnya.. . Alhamdulillah MAM 1 dan MAM 2 berjalan lancar walaupun semasa MAM 1 dua pengendali baru agak kehilangan punca apabila ...***...tapi peserta tetap terkesan dengan slot ini . Sesi MKMS berjalan seperti dirancang... respons peserta dan ibubapa yang memuji program ini... begitu juga dengan ucapan pengetua (pengetua mengikuti MAM 1 dan MAM 2 sampai habis dan bersalaman dengan peserta). TYDP JIM Prof Zainal berucap memawakili JIM.

Pak Chu

Sunday, June 15, 2008

Sambutan Hari Bapa di KBM SMT JB

Ahad, 15 Jun. Alhamdulillah, detik bersejarah buat KRJ JB kali ini ialah apabila berjaya meraikan sambutan Hari Bapa di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Sambutan diadakan semasa slot Menuai Kasih Menuai Sayang (MKMS) bersama lebih 150 orang ibu bapa dan 254 orang peserta KBM Tingkatan 4 sekolah tersebut.

Suasana sayu dan hiba menyelubungi dewan SMT JB, tatkala peserta ditemukan dengan ibu bapa masing-masing, kemudian para bapa di kejutkan dengan Kad Selamat Hari Bapa yang disediakan oleh para peserta sendiri dan kek cokelat istimewa dari KRJ.


Program kali ini merupakan program KBM tahun kali ke-4 di SMTJB. Terimakasih kepada pihak sekolah kerana kerjasama padu yang diberikan. Juga sokongan dari ibubapa atas kehadiran mereka. Terimakasih kepada semua yang menyumbang terutama Pak Uteh dan Pak Long, Pak Im, Kak Muss dan Abang Amin (pengendali ), Tuan Pengarah KRJJ Prof Razman Salim, semua penggerak dan fasilitator.

Di kesempatan itu juga pihak KRJ ingin mengucapkan..." SELAMAT HARI BAPA " buat semua bapa istimewanya penggerak/0tai KRJ yang bergelar bapa iaitu Pak Tam, Pak Lang, Pak Long, Pak Uteh, Pak Im, Pak Chu, Pak De, Pak Ngah, Pak Anjang, Abu Nuha dan Pak Roslan.


Terimakasih yang tak terhingga kepada Pak Long kerana sudi menyediakan sarapan pagi Sabtu kami...


...Juga kepada krew termuda kami, Fathiyah dan Muaz yang sudi hadir

Thursday, June 12, 2008

Friday, May 09, 2008

Laporan KBM di TIGS, Batu Pahat

Batu Pahat: 03-04 Mei 2008. Alhamdulillah KBM di TIGS Batu Pahat telah selamat disempurnakan dengan peserta terdiri dari pelajar-pelajar perempuan yang tinggal di asrama tingkatan 3, 5 dan 6 seramai 105 orang. KBM kali ke 5 ini di terajui oleh 3 orang pengendali iaitu Mak Chu (slot KMKY dan MAM 1), Mak Uda (Cikgu Yati) ( slot INTEAM dan ceramah kepada parents) dan Pak We ( ? )peserta yang memberi nama tersebut (Dr Jiwa) ( slot MKMS) dan 7 orang fasi utama yang majoritinya dari UTHM. Sementara itu seramai lebih kurang 150 ibubapa telah hadir dalam sesi MKMS.

Di majlis penutup, TYDP JIM Batu Pahat, Prof Ir Mohd Zainal Mohd Yusuf telah berucap bagi mewakili JIM. Respons pengetua TIGS amat positif dan menerima baik penglibatan kali kedua KRJ di TIGS ini.

Akhirnya di perturunkan serangkap pantun yang telah dibacakan oleh pengerusi majlis semasa sesi penutup yang telah dikarang oleh peserta KBM

Pelbagai rasa telah diselami
Moga hati menjadi bersih
Terima kasih warga KRJ membimbing kami



Ikhlas dari kami adik-adik kasih

Pak Chu:
Di majlis penutup... dari kiri Dr Jiwa (YDP JIM BP), En Tumaisuri (pengerusi Pewaris), Prof Ir Mohd Zainal (TYDP JIM BP) dan Pn Hajjah Remy (Pengetua TIGS)

Wednesday, April 30, 2008

KBM SDARY JB...Cayalah Pak Uteh!




Tempat : SMK Dato Abdul Rahman Yassin, JB
Peserta; 140 orang (44 lelaki, 96 perempuan, termasuk 3 non-muslim)
Flight KRJ 260408 baru berlepas,
Sesi KMKY bersama Abang Yeop... ramainya pramugara kat sana tu


Sesi In Team bersama Pak Im dan Pak Uteh...peserta lelaki
Peserta perempuan bersama fasilitator di padang...masa ni peserta lelaki tengah main perang-perang...ganas jugak kan?Sesi MKMS bersama Pak Uteh...Pak Uteh pulun habis kali ni dengan pengendalian hampir semua slot...Cayalah Pak Uteh!

Monday, April 28, 2008

Perkongsian KBM di SMK Tunku Mahmood Iskandar, Senggarang, Batu Pahat

Batu Pahat, 19 - 20 April 2008. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya KBM ketiga untuk tahun ini diadakan di SMK Tunku Mahmood Iskandar telah selamat dilaksanakan . Peserta terdiri dari pelajar tingkatan 5 seramai lebih kurang 120 orang (60 lelaki dan 60 perempuan) dan kehadiran ibubapa pula lebih kurang 80 orang. Alhamdulillah setiap slot berjalan lancar . Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan KBM kali ini, semoga amal kita diterima Allah. Beberapa perkara yang boleh dikongsikan bersama pada KBM kali ini ialah

1. Dalam ucapan penutup, pengetua memaklumkan KBM kali kedua di sekolah ini adalah atas permintaan pihak PIBG sekolah setelah berjaya dilaksanakan kali pertama pada tahun 2006. Dan diakhir ucapan, pengetua menyatakan malam tadi dia beristiharah dan dia nampak pelajar2 ni berada disebelah kanan dia, so dia kata dia yakin program ni berjaya .

2. Sekali lagi KBM dapat memberi peluang mempromosi JIM melalui ucapan YDP JIM BP, Dr Jiwa Abdullah yang hadir semasa majlis penutupan.

3. Fasi-fasi adalah dari UTHM dan IPTHO. Turut menjadi fasi adalah dua orang pelajar perempuan tingkatan lima STI yang merupakan alumni KBM tahun ini yang telah mengikuti usrah yang dibawa oleh pelajar UTHM. Turut menjadi fasi adalah seorang pelajar Kolej Uniti yang telah mengikuti program KBM di Kolej Uniti dan KBM kali pertama di sekolah ini, yang secara sukarela membantu kebetulan balik ke kampung pada tarikh KBM berlangsung.

Gambar2 akan menyusul kemdian..

Laporan KBM di SK Kota Dalam, Ayer Hitam

Batu Pahat: 26-27 April 2008. Alhamdulillah KBM di SK Kota Dalam, Ayer Hitam telah selamat disempurnakan dengan peserta terdiri dari murid-murid tahun 6 (12 tahun) seramai 80 orang (48 Lelaki dan 32 Perempuan). KRJ BP buat pertama kalinya mengendalikan KBM bagi sekolah rendah telah di terajui oleh 3 orang pengendali (Pak Chu, Mak Chu dan Abang Nizwan) dan 8 orang fasi dari IPTHO (4 lelaki dan 4 perempuan). KBM bermula 2.30 petang dengan KMKY dan disebelah malamnya MAM 1 sahaja yang berakhir 11.00 malam. Slot MKMS pada pagi Ahad dihadiri seramai lebih kurang 70 orang ibubapa (antara jumlah yang ramai ibubapa yang hadir dalam program anjuran sekolah - kata guru sekolah).

Semasa majlis penutup, guru besar melahirkan rasa terharu dengan menyatakan program ini menyentuh hati dan semasa jamuan, beliau meminta agar KRJ dapat mengendalikan sekali untuk pelajar tahun lima pada bulan sebelas nanti.

Bagi pihak JIM, Sekali lagi YDP JIM BP, Dr Jiwa Abdullah telah berucap memperkenalkan JIM kepada ibu bapa yang hadir.

Wednesday, April 23, 2008

Ceritera dari SMK Bandar Maharani Muar

oleh UF

Keindahan Bersama Mu di SMK Bandar Maharani, Muar

Muar, 18-19 April 2008. Percubaan pertama!... Percubaan pertama bagi UF mengendalikan labtop untuk keseluruhan program dan sempat juga dibantu oleh Amin semasa Inteam dan Anie semasa MKMS. Percubaan pertama menggunakan printer KRJ yang baru dibeli...Alhamdulillah! sempat jugak siapkan sijil. Percubaan pertama Sara dan Pak Imam membaca skrip. Agaknya percubaan pertama juga kepada pembantu pelakon yang lain. Percubaan pertama Pak Tam mengendalikan slot MKMS. Percubaan pertama Pak Anjang mengendalikan Inteam, Hijrah, dan yang terakhir semasa pertemuan dengan ibu bapa. Apa yang saya boleh katakan.... Alhamdulillah. ..Alhamdulillah. ... Alhamdulillah. ... barisan pelapis pengendali KRJ Johor dikalangan otai-otai dan fasi-fasi dah semakin yakin dan mampu melakukan tugasan masing-masing. Makin! ramai yg dah boleh jadi "multi-purpose" pengendali.

Team KRJ buat kali kedua dalam tahun 2008 ke daerah Muar ini untuk mengendalikan penerbangan Keindahan Bersama Mu dengan sejumlah 139 orang penumpang yang terdiri daripada 59 Lelaki dan 80 Perempuan. Komposisinya adalah 46 orang“ Tingkatan 3, 24 orang Tingkatan 4 dan 69 orang“ Tingkatan 5. 89 orang daripada mereka adalah pelajar-pelajar yang tinggal di asrama sekolah. 5 orang daripada peserta merupakan peserta yang ditumpangkan oleh ibu salah seorang daripada mereka yang benar2 mahu anaknya dan kawan2 anaknya menyertai KBM.

7 orang krew-krew KRJ Johor yang terdiri daripada Pak Tam (Pengarah KRJJ) selaku pilot utama dengan dibantu oleh krew-krew yang lain termasuklah Abu Nuha, Pak Anjang, Pak Imam, Amin, Kak Yatie, Kak Ida dan Kak Anie. Tak lupa juga 4 orang pramugari dari Johor iaitu Fifi, Asma' Aminuddin, Syaimaa', Sara, Kak Wahyu (cikgu SMK PJ3). Dibantu juga oleh krew-krew dari JIM Muar seperti Cikgu Zalila, Puan Sazira dan suami Pak Cik Anuar... maaflah kalau ada yg tertinggal.

Pada sebelah malamnya, 12 orang paramugara-pramugari daripada Kolej Matrikulasi Tangkak telah turut serta dalam penerbangan. Antaranya Sakinah Mazlan, pasangan kembar Fareza dan Fareda, Syarifah. Amirah, Nur Syaima,Nazurah, Asim' Ainullotfi, Syed Ahmad, Muhammad @ Am, Mohd Afiq, Hazman, Mohd Fikri. Kali ini Pak Tam bawa terbang sama anaknya Ahmad Danial Maula. Seramai lebih kurang 38 ibu bapa telah hadir dan menyertai slot MKMS.

Teman yang bertahun lama bergelar teman,
Belum tentu mampu memahami dan mengubah kita,
Namun kadang teman yang baru kita kenal,
Telah merawat dan meniup satu semangat,
Yang selama ini kita mencari.
Thanks geng KRJ....
May Allah Bless You....

(peserta KBM BM)

Thursday, April 17, 2008

Biskut KBM dalam flight KRJ120408 SMK PJ3


Ahad 13 April, Permas Jaya, Johor Bahru - KBM SMK Permas Jaya 3 dah melabuhkan tirai pada jam 1.30 tengahari Ahad tadi di dewan sekolah. Turut hadir dalam majlis penutup bersama 97 pelajar ialah seramai 30 orang ibubapa dan Tuan Pengetua serta 2 orang guru kaunseling. Kali ini KBM juga dihadiri oleh seramai 10 orang non-muslim.


Syahdunya mendengar ucapan seorang kakak mewakili ibunya yang tak dapat hadir. Masih terngiang-ngiang ucapan ibu Azlan dan seorang bapa hingga ke hari ini...2 hari setelah KBM tersebut berlalu. Masih kedengaran tangis dan esakan yang kuat semasa Azlan meluru ke depan memaut ibunya.

Tapi KBM bukanlah sekadar drama airmata yang tak berkesudahan. "Kami tak pernah pun suruh adik-adik menangis...OK adik-adik boleh menangis sekarang...tak pernah pun kami cakap..." demikian kata-kata Kak Muss dalam slot KSIA yang terpaksa dipendekkan lantaran kesuntukan masa.

Kagumnya melihat para pengendali yang bertungkus lumus dan bersungguh-sungguh. ..Unit Mediasi yang pertama kali beraksi tanpa Pak Imam, Kak 'Abydah yang sentiasa bertenaga, Cikgu Ida...tak terkata... yang berjaya membawa KBM walaupun baru bertugas beberapa bulan di SMK PJ3.

Kepanasan dewan yang kipasnya sangat perlahan sudah tidak terasa, tapi pengajaran dan syura sebelum slot MAM sesungguhnya memberi pengajaran yang bermakna...

Bangganya melihat fasilitator yang semakin berani di pentas, makin bijak menguruskan masa,
hebat dalam perisikan, rela berkorban dengan datang sendiri bermotorsikal (ada yang sejauh Pulai Indah), kreatif...Ya, mereka memang M.E.S.R.A, berkat taklimat Pak Uteh sebelum memulakan program pagi Sabtu tu.

Terimakasih yang tak terhingga kepada pengendali: Yeop dan Yong (Hijrah, KMKY...rekod baru pasangan suami isteri dalam KBM...ada sesiapa nak pecahkan?), Pak Uteh ( In Team), Kak 'Abyd, Amin Mokri, Kak Asma,Azree UIA, Wareed dan Faiz (One Hour Slot), Pak Anjang (MAM) dan Kak Muss ( KSIA), juga Tuan Pengarah KRJJ, Prof. Pak Tam...tulisannya keluar di Berita Harian pagi tu.

Special Welcome to Azree yang baru sampai yang baru berpindah ke JB dari KlL, Wareed, Faiz dan Auf (trio x-Teknik JB) dan 'penganggur-pengangggur terhormat' R2J2.


Special mention to Usher yang terpaksa berkejar ke tempat kerja sebaik KBM tamat jam 2 petang tu dan Amin...KBM dulu, baru balik rumah. Juga tidak lupa kepada pihak sekolah yang mengamanahkan kami mengendalikan KBM pertama kali di sekolah tersebut.

Leganya kerana ramai yang membantu... Fasilitator lelaki: Anas, Faaris, Munzir, Abd Rahman, Izwareed, Faiz Dinie, Abdullah Amin, Azree, Auf , Usher, Jamil, Amir Azfar...Fasi perempuan: Hajar, Raudhah, Maryam Zahidah, Wan Khairnnisa , Amalina , Asma Amin, Syaima, Siti Sarah dan 'Abydah...terimakasih semuanya... Semoga amal kalian diberkati Ilahi dan semoga terus bersama KRJJ seterusnya.

.
Inilah dia biskut istimewa KBM, hidangan sarapan tea-break hari Sabtu. Memang sedap....

Monday, March 31, 2008

Perkongsian KBM di SMK Jalan Kolam Air, Batu Pahat

Batu Pahat,29 - 30 Mac 2008. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana dengan izinNya KBM di SMK Jalan Kolam Air berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Peserta terdiri dari pelajar tingkatan 3 seramai lebih kurang 115 orang dan kehadiran ibubapa yang hampir 100 orang serta penglibatan guru-guru sekolah yang ramai (kebetulan hari Sabtu adalah sekolah ganti) telah memeriahkan KBM kali ke empat di sekolah ini. Dengan tenaga pengendali yang agak terhad, Alhamdulillah setiap slot berjalan lancar memenuhi standard modul KBM. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan KBM kali ini, semoga amal kita diterima Allah. Beberapa perkara yang boleh dikongsikan bersama pada KBM kali ini ialah

1. Kehadiran wakil dari PPD, iaitu Ust Luqmanul Hakim dari Bahagian Pendidikan Islam dan Moral semasa majlis kemuncak pertemuan antara ibu ayah dan anak dan seterusnya merasmikan penutupan program. Dalam ucapan yang begitu positif ke atas program ini meminta agar program seumpama ini disebar ke seluruh Batu Pahat.

2. Respons pengetua sekolah yang baru yang amat positif di mana beliau sempat menjadi penonton slot Meniti Angin Malam dan dalam ucapannya meminta agar program ini menjadi acara tahunan sekolah

3. KBM di Batu Pahat bergerak atas nama KRJ (bukan atas nama syarikat) dan sekali lagi memberi peluang mempromosi JIM melalui ucapan YDP JIM BP, Dr Jiwa Abdullah yang hadir semasa majlis penutupan.

4. Penglibatan JIM daerah BP mengendalikan KBM mungkin boleh dipraktikkan bagi daerah-daerah lain yang mungkin mensasarkan remaja sebagai relung penglibatan dakwah mereka... di samping peluang berdakwah dapat juga mengumpul dana untuk memudahkan urusan dakwah yang pastinya memerlukan sumber kewangan

5. Guru-guru sekolah telah menilai KBM kali ini lebih berkesan berbanding tahun lepas... mungkin melihat dari sesi pertemuan ibu ayah dan anak, juga ada sedikit keistimewaan KBM kali ini kerana berjaya menyiapkan video klip Guruku yang dituju khas untuk guru-guru yang telah banyak berkorban kepada pelajar.

Tahniah KRJ Batu Pahat!

perkongsian oleh Pak Chu Masiri

Sunday, March 30, 2008

KBM APutraM SMKAJJ

Muar, Ahad 30 Mac 2008 Alhamdulillah. ..pesawat KRJ 290308 telah mendarat tengahari tadi. KBM kali ini bertempat di Asrama Pusat Putra SMK Jalan Joned, Muar (APutraM SMKJJ Muar ) . Peserta KBM kali ini adalah adalah sekitar 50 orang merupakan pelajar Tingkatan 1 hingga 5 asrama tersebut.

Terimakasih yang tak terhingga kepada pengendali KRJ dari JB (Abu Nuha, Pak Im dan Pak Imam) dan dari Melaka ( Abang Long Hanuar), fasilitator dari Pusat Matrikulasi Tangkak (Fikri, Afiq, Hasyim, Azman dan Syed )

Terimakasih juga kepada tuan rumah (Cikgu Manaf) dan pihak SMKJJ dan JIM Muar yang diketuai YDP Cikgu Abdullah yang telah bertungkus lumus memastikan program ini berjaya walaupun dengan masa yang sangat terhad.

Alhamdulillah. . bagi pihak pengendali, KBM ini merupakan yang paling mudah mengendalikannya dari segi disiplin peserta. Kedatangan ibubapa di masa sesi penutup pula amat baik...sekitar 80% ibu /bapa pelajar hadir..satu angka yang amat membanggakan.

Insyaallah KBM akan kembali ke Muar pada 19 dan 20 April di SMK Bandar Maharani.

Monday, March 24, 2008

KBM Masjid BBU - Terimakasih semua

Johor Bahru, Isnin 24 Mac- Alhamdulillah, KBM di Masjid Bandar Baru Uda (BBU) telah disempurnakan bertepatan dengan azan Asar semalam. Program adalah anjuran HELWA dengan kerjasama Masjid BBU dan dikendalikan oleh KRJ.

Seramai 80 peserta telah hadir, sebilangan besar dari SMK BBU manakala selebihnya dari SMK Tasek Utara, SMT Perdagangan dan SMT Azizah.

Terimakasih yang tak terhingga diucapkan kepada :

1. Pihak Penganjur iaitu HELWA dan Masjid BBU atas kepercayaan yang diberikan kepada KRJ untuk mengendalikan Program ini.
2. Sahabat2 pengendali utama: Pak Lang dan Abu Nuha
3. Sahabat2 seperjuangan KRJ: Pak Imam, Abang Din, Kak Muss, Kak Yati, Kak Fida, Cikgu Ida
4. Para fasilitator: Abidah Ali, Asma Aminuddin, Asma Hasanudin, Nadirah AR, Raudhah Osman , Anas AR (semua x-SMIH), Hajar Mokri, Anas Arshad (x-SMKA JB), Amir (TP), Bob, Ashaari (TD), Jamil (TMR)...juga 2 pemerhati lepasan SMKA JB, Hafizi dan Malek (bakal fasilitator )

Bagi KRJ, program ini merupakan pengalaman berharga kerana:

1. Latarbelakang peserta dari sekolah yang berbeza
2. Peserta lelaki /perempuan tak seimbang (lelaki 50+) perempuan, 26
3. Menggunakan pendekatan berlainan dari biasa
4. Masa Program agak panjang...lebih 3 jam dari biasa tetapi program Menuai Kasih Menuai sayang (MKMS) terpaksa dipercepatkan sebelum masuk waktu Asar

Semoga hidayah yang tersiram akan menjadi titik tolak perjuangan kepada semua peserta.

Pak Im

SURE - SUkan REmaja 2009!!!