Showing posts with label Folo-up. Show all posts
Showing posts with label Folo-up. Show all posts

Tuesday, June 23, 2009

KBM2 di SM Teknik Johor Bahru


Alhamdulillah, KBM 2 telah berjaya dijalankan di SM Teknik JB, salah satu sekolah yang sentiasa menjadi perhatian team KRJ Johor. Kenangan di sekolah ini memang cukup indah malah kami terasa sudah menjadi sebahagian dari keluarga mereka apa tidaknya bila adik-adik di sana berpeluang berusrah bersama kakak-kakak dan abang-abang KRJ.

KBM2adalah modul baru sebagai salah satu modul penerusan buat adik-adik yang telah mengikuti KBM yang pertama. InsyaAllah, tak lama lagi merebak la KBM 2 ke negeri-negeri lain….tungguuuuu….. Seronok ke tidak KBM 2 ni hanya Tuhan yang tahu..

Antara gambar-gambar menarik...



Slot Nikmat Oh Nikmat






Slot Explore de Quran









Slot Pak Anjang...







Tahniah kepada pengendali, fasilitator dan semua peserta yang mengambil bahagian.









Saturday, September 22, 2007

KBM Kembali 2 ( Mini 3R ) di SMK Desa Cemerlang

SMK Desa Cemerlang, Johor Bahru-Alhamdulillah, semalam 20hb Program mini 3R berjaya di jalankan di SMK Desa Cemerlang. KRJ yang di wakili oleh Abang Bai, Pak Imam, Ammar Salleh , Pak Long , KAk Fida dan Kak Ida telah bersama 85 orang adik-adik kasih dan sayang .

Program yang dari awalnya telah di asingkan antara KASIH & SAYANG dengan tujuan untuk memberi santunan yang lebih kepada mereka .
Walaupun masa kami bersama adik KASIH banyak di curi untuk menyelesaikan masalah teknikal seperti cari PA System dan extension wayar ...namun dengan masa yang cukup singkat itu kami dapat buat 2 perkara...3R dan juga terus berbicara pasal perubahan. 8 orang adik KASIH telah berkongsi perubahan diri.....dan lebih 3 org yang sebut nama kawanye secara spesifik yang banyak bantu untuk diri mereka terus berubah..yang selalu ingatkan apabila terlupa

Alhamdulillah selepas Asar , Pak Long menyampaikan 5 persiapan sebelum exam. Dan majlis di tutup dengan kata-kata MAMA ( kaunselor sekolah) yang antara isi penting untuk KRJ yang ana nak kongsikan ialah : -

1. Pengetua sangat berpuashati dengan kehadiran follow up kali ke 2 ni..lebih ramai banding yang dulu.


2. Pengetua & Penolong kanan cakap lagi yang pihak sekolah sangat berpuashati dengan perubahan yang masih di kekalkan oleh peserta KBM.

3. InsyaAllah kalau jadi minggu depan 26hb nak jemput KRJ untuk Iftar bersama guru dan pelajar Islam terutama yang henak ambil exam sebagai tanda sokongan pihak sekolah.

4. MAMA dah book KBM tahun depan adalah pada 2&3 Februari 2008.


Selepas itu kami semua pun balik kerumah masing-masing dengan alamat yang betul...ada yang berbuka dengan keluarga di rumah...ada yang dengan kawan-kawan di rumah ..ada yang sorang-sorang atas jalan raya dan ada jugak yang sorang-sorang di pejabat JIM...hmm... teka siapa la tu?

..TAHNIAH TEAM KRJ JOHOR...

-laporan oleh Kak Fidah-

Akhirnya, dipaparkan sebahagian dari SMS seorang adik kasih...

...Terime kasih sekali lg kerwnw tlh dpt mengubah diri ini spaya menjadi seorg hamba Allah yg solehah segala nsiht & dorongn serta kenangn manis x mungkin akn dapat saya lupekan. Kenang daku dlm doamu dan doakan kjayan saya dlm SPM ye..KAU BAGAIKAN UDARA YG MMBNTU AKU UTK TRUS HIDUP DI ATAS DUNIA TANPAMU KU LEMAH SUNGGUH.AKU X BERDAYA KERNA KAU PENYELAMAT DUNIA...selamat malam & selamt mnjalani ibadah puase :-)

Saturday, September 15, 2007

KBM Kembali di SMT Jasin

Semalam 1 Ramadhan ( 13 September 2007) Krew KRJ telah berkesempatan utk terbang ke Jasin, utk bertemu dengan para penumpang yang telah 13 hari ditinggalkan tanpa khabar berita, kecuali menerima beberapa sms dari dua tiga orang bekas penumpang.

Krew KRJ kali ini dianggotai oleh semua otai2, tanpa pewaris2 yang biasanya ada menemani.
PakLong, PakLang, Pak Uteh, PakAnjang, Pak Im, Pak Imam,PakCik Ismail KRI, Kak Mus dan Kak Anie adalah mereka yang telah terbang seawal 6.30 pg dari JB. Setelah singgah mengambil krew di beberapa lokasi, pesawat KRJ telah selamat sampai pada jam 9.15 pagi
di dewan besar SMTJ, kecuali Pak Imam dan Pak Cik Ismail agak terlewat sedikit sebab mereka sekadar menunggang kancil Pak Imam ... mereka sampai sekitar jam 11pg,
dengan berbekal VCD dan DVD program KBM (tak leh bawa bekal lain, sebab depa puasa)

Kehadiran kami telah disambut dengan tepukan meriah oleh anak2 kasih dan sayang yang sememangnya telah menanti kami didewan, begitu juga dengan beberapa sahabat dari JIM
Melaka ( cuma abang Long yang lewat sampai, apa hal lah orang Cheng datang lambat ni ! )


Tepat 9.25am, Tn Pengetua membuka bicara & seterusnya menyerahkan program kepada KRJ, apa lagi... bila dah dapat mic, paklong pun mulalah dengan celoteh sikit2. Sikit ajer. Bermula dengan dengan demi matahari, satu tekad ( tapi sorry... tak de chicky dance, tapi bebudak tu tetap happy) dan seterusnya dengan sikit2 modul KMKY.(pada akhir program PakLang buat nakal sikit, dia alunkan lagu chicky dance juga, teruja beb bebudak tu)

Disusuli Pak Lang dengan tayangan video, imbas kembali inteam dan seterusnya luahan rasa anak2 kasih dan sayang. Jika diperhalusi daripada apa yang mereka luahkan dalam
tulisan mereka, sebenarnya anak2 kasih dan sayang ini amat menantikan kehadiran KRJ kesekolah mereka. (dah diputuskan tulisan mereka dalam kertas A4 tu mesti
diserahkan kepada pihak sekolah selepas ini, pihak sekolah perlu tahu, tindakan seterusnya amat perlu dari mereka )


Seterusnya PakAnjang telah menyampaikan tip2 utk mengekalkan perubahan agar ianya terus berkekalan. Pada akhir pertemuan tengahari itu, KRJ telah memberi peluang kepada orang Melaka untuk memperkenalkan diri... depa memang hebat beb,baru beri peluang ta'aruf, tetapi lagaknya gayanya macam beri ceramah, tak percaya tanya Pak Lang. InsyaAllah pengendalian dari orang Melaka sememangnya akan lebih mantap pada masa akan datang... kita nantikan.

Oh ye, KRJ juga mengambil peluang utk celebrate besday beberapa orang anak2 kasih dan sayang,15 org kesemuanya, ada yang terharu bila kita celebrate kat depan kawan2
mereka, kira OKlah tengahari tu... cuma tak de kek jer. Selepas inilah PakLang memaklumkan anak2 di SMTJ ini adalah.... "anggota KBM Melaka, Angkatan Pertama "Ooooo happy depa beb... dapat gelaran tu. Kat Johor pun tak de apa2 gelaran lagi.

Selepas tamat program ,KRJJ telah mengadakan sediktiperbincangan dengan orang Melaka di surau SMTJ. Alhamdulillah, perbincangan yang amat baik yang dijangka akan memberi kesan kepada KBM utk berkembang diMelaka. Kalau ada rezeki, insyaAllah KRJJ akan datang membantu, kalau kena masa dan waktunya.

Tepat jam 3 petang, krew KRJJ pun memohon mengundur diri, maklumlah petang tu , ramai yang ada temujanji utk pergi berbuka puasa kat mana2. PakLong, Pak Uteh dan Pak Anjang dah janji dengan anak2 utk berbuka kat rumah atuk2 depa. PakLang berbuka kat Darul Hanan, PG (abang Bai and the gang mesti menanti2 kehadiran Pak Lang) Pak Im berbuka dengan anak2 kat rumah ajer kot, sempat ke beli jajan petang semalam? Pak Imam dan PakCik Ismail balik mesti nak tidur, sebab depa tak tidur dari malam sebelumnya (kerja malam). Orang bujang,... Kak Anie dan Kak Mus udah tentu berbuka dengan kawan2 serumah. Yang penting, kita telah sempat dan selamat berbuka petang semalam.

Pape pun, semuga permusafiran kami selama setengah hari itu diberkati Allah hendaknya... terutama diawal Ramadhan ini. Dan terimakasih kepada yang telah bersama ke Jasin dan juga
JZKK kepada semua orang Melaka. Abang Long ! Senyum sikit.

PakLong

Sunday, September 09, 2007

KBM Kembali - SMK Sri Rahmat

Sekolah Menengah Sri Rahmat, Johor Bahru - 7hb September 2007

Alhamdulillah syukur KRJ Johor telah mengadakan pgm follow-up di SMK Sri Rahmat bermula jam 5.30 hingga waktu Maghrib. Seramai kira 80 org pelajar telah hadir. Antara pengisian program adalah :

1) Semarak Ramadhan oleh Abu Nuha
2) Tazkirah Ringkas oleh Pak Anjang

3) Perubahan diri & doa penutup oleh Abang Bai

Laporan ringkas oleh Abu Nuha

Friday, September 07, 2007

KBM Kembali - SMT JB


Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, 5 Sept – Alhamdulillah, Satu Program Follow-Up’@ Semarak Ramadhan telang berlangsung di surau sekolah berkenaan. Program dimulakan selepas sembahyang Maghrib dengan penyampaian bermultimedia ’Semarak Ramadhan’ oleh Pak Long dengan dihadiri oleh semua pelajar asrama. Selepas Isya pula Program Follow-Up khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 telah dikendalikan oleh Abang Bai, Kak Fidah dan Pak Im. Antara pengisiannya ialah ’inteam 02’, perkongsian pengalaman menuju perubahan dan tayangan CD proram KBM tempohari.

Penggerak KRJ lain yang turut hadir ialah Pak Anjang, Pak Imam, Kak Muss, Kak Ani Kak Yati dan Kak Ida. Terimakasih diucapkan kepada semua...Moga adik2 SMTJB dapat merasakan kesinambungan KBM dari program ini.

SURE - SUkan REmaja 2009!!!