Showing posts with label 3R. Show all posts
Showing posts with label 3R. Show all posts

Friday, September 26, 2008

3R di SMKPJ3

3R di SMK Permas Jaya 3

Alhamdulillah, selesai sudah program 3R di SMKPJ3 semalam (25 Ramadhan)
Program berlangsung di Surau sekolah, bermula jam 5 petang dengan pengisian Semarak Ramadhan dari Pak Long sehingga jam 6.45. Semasa ni sekitar 40 orang pelajar hadir yang kebanyakannya ialah ahli usrah KRJ.

Kemudian kami berbuka di anjung surau. Pehh…dah lama tak makan nasi talam…Selepas maghrib, tazkirah dari Pak Lang. Kemudian Pak Lang menyambung lagi tazkirah setelah memimpin solat Isya, solat terawih dan hajat yang diselang selikan dengan zikir dan doa. Semasa ni lebih 150 pelajar dan ibubapa hadir.

Program selesai jam 10.30 dengan jamuan ringan. Kami makan bersama pengetua dan guru-guru. Turut hadir ialah Pak Im, Mak Lang, Kak Insyirah dan Abang Faizal (KRI)

Menurut Cikgu Idayati ( AJK KRJ) yang menelefon tadi ramai yang memuji dan kiranya program sekolah paling berjaya dari segi kehadiran. Pihak sekolah juga ingin menjemput KRJ lagi tahun ni.

KRJ juga akan menjemput mereka dalam 2 program hujung tahun ni. Insyaallah
…Sekian.

Bersyukurlah kepada 3 perkara 1. Ni’mat Islam dan Iman 2. Ni’mat punyai ibu dan ayah 3. Ni’mat punyai kawan-kawan ( …sedutan kata2 akhir Pak Long semalam )

3 perkara perlu diingat: Dosa, Ni’mat yang dikurniakan kepada mu dan Kesalahanmu kepada orang lain dan . 3 perkara perlu dilupakan: Amal baikmu, Ujian yang menimpa dan Kebaikanmu kepada orang lain (…dipetik dari tazkirah Pak Lang semalam)

-Pak Im-




Sunday, September 21, 2008

3R10 di STF

Alhamdulillah.. program 3R10 sempena 10 malam terakhir Ramadhan telah berjaya dilaksanakan julungkalinya di Sekolah Tun Fatimah (STF). Program yang dijalankan pada 20 September 2008 (Sabtu malam Ahad) yang juga malam ke-21 Ramadhan ini dihadiri hampir 300 orang pelajar (tingkatan 1 hingga 5). Memandangkan surau sekolah tidaklah terlalu besar, menyebabkan para pelajar memenuhi segenap ruang surau tersebut. Saat program dimulakan dengan games, bersesak-sesak mereka dibuatnya.

Satu perkara yang tidak mengecewakan setiapkali berprogram dengan pelajar-pelajar STF ini adalah sifat mereka yang cukup responsif. Seronok mereka mendengar celoteh Kak Hasnor yang mengendalikan slot tersebut. Suasana ceria itu bertambah gamat tatkala ditayangkan video Upin dan Ipin, tak kering gusi dibuatnya.




Turut hadir ialah Kak Faridah, Kak Muss dan Kak Yati. Jazakillah yang tak terhingga kepada semua AJK yang meluangkan masa untuk hadir, terutamanya Kak Hasnor yang komited mengendalikan slot. Menariknya, aktiviti para pelajar tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan mereka akan mengadakan Qiamullail beramai-ramai keesokan paginya di gelanggang tenis (berbumbungkan langit) seawal 4.00 pagi. Semoga program kali ini menjadi ibadah yang diterima Allah demi mendapat rahmat dan ampunan Allah di malam ke-21 Ramadhan al-mubarak.
"Ya Allah, pertemukan kami dengan malam Lailatul-Qadar"

Monday, September 08, 2008

Semarak Ramadhan di SMT JB

Sabtu 6 September- Alhamdulillah, Program Semarak Ramadhan ( Remaja Raikan Ramadhan - 3R) di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMT JB) baru selesai tadi. Program bermula di surau sekolah selepas solat Asar berjemaah dimulakan dengan icebreaking dan kuiz pembuka minda oleh Pak Long. Kemudiannya ceramah utama oleh Pak Anjang. Seronok nampaknya mereka mendengar ceramah Pak Anjang .Pak Long dan Pak Anjang merupakan bekas pelajar SMTJB.

Program dihadiri oleh kira-kira 250 orang pelajar asrama. Selepas berbuka dan solat maghrib adalah sesi sembang-sembang ahli usrah dan naqib/ah masing-masing. Program ringkas ini tamat selepas solat terawih. Tahniah dan terimakasih semuanya.

Sedang menunggu foto dari jurufoto...

Tuesday, August 19, 2008

Explores Semarak Ramadhan Masjid BBU


“3R Remaja Raikan Ramadhan”

Program : Explores Semarak Ramadhan Masjid BBU
Tarikh: 17 Ogos 2008-08-31
Masa: 2.30 – 5.30 ptg.
Tempat: Masjid Bandar Baru Uda
Peserta: Remaja sekitar BBU (26 Lelaki, 54 Perempuan)

*************************************************************************
Mula-mula ingatkan takde peserta, tapi MasyaAllah, ramai juga yang datang!
Peserta kebanyakannya bersekolah di SMK BBU dan sekitar. Ada juga yang dari jauh. Kebanyakkan memang belum pernah mengikuti program KBM. Jzkk kepada penganjur dan pengendali (Pak Im-Pengarah KRJ JB, Abang Asim Ainullotfi, Kak Fidah, Kak Yati , Kak Hidayat dan Cikgu Salwa (selaku HELWA Masjid BBU), adik2 PEWARIS (Anas AR, Ghazi, Faaris, Amir dan Hanif ) kerana menjayakan 3R di Masjid BBU.
==========================================================

Berita Bergambar


Slot pertama dimulakan oleh Pak Im dengan beberapa
soalan pembuka minda kepada peserta.


Kemudian, Abang Asim menyampaikan pengisian tentang
Keindahan Bersama Ramadhan.

Tersipu-sipu adik baju merah nie kena jawap soalan cepu emas kami.


Tak ketinggalan, Abang Asim bersama-sama peserta BERDOA.


Slot diteruskan dengan game TREASURE AL-QUDS yang dikendalikan oleh Kak Fidah ..Fuh, mencabar juga soalannya!


Games dilaksanakan secara berkumpulan. Adik perempuan berjaya mengondol tempat pertama-ketiga. Adik lelaki berjaya juga mendapat tempat keempat.


Sebahagian peserta-peserta lelaki bergambar bersama dengan
pengendali, fasilitator dan penganjur selepas tamat program.


Sebahagian peserta-peserta perempuan bergambar bersama dengan
pengendali, fasilitator dan penganjur selepas tamat program.


Program diakhiri dengan jamuan minum petang.

Makan apa pun sedap...kalau dah memang lapar.


Sambil makan sempat juga Abang Asim bertaaruf dgn adik2 BBU.


Sekian, dari Lensa Ummu Fathiyah
Wassalam


Wednesday, October 10, 2007

3R SMT Johor Bahru...

salam..
jom kita tengok plak laporan prgm Remaja Raikan ramadhan di SMT Teknik Johor bahru, Alhamdulillah seramai 200 peserta yang hadir, prgm di adakan bermula 5.00pm ( sabtu ) hingga 11.00am ( ahad )...jom kita tengok apa yg ada..

" macam biasa..kita buka prgm dengan Demi matari "...


Puas jgak abg bai ngajor adik2 Form 5 yg baru ptama kali buat Demi matahari..
dan kalau nak tahu..Demi matahari kali ni di susuli dgn sedikit tazkirah multimedia
dari abg bai + pak lang...sehingga kami merasakan betapa agungnya ciptaan Allah swt..


seronoknya adik2 kasih & sayang form 5 yg dah setahun tak buat 3S..

Selepas tawarih ( bak kata upin & ipin ), kami split kan adik2 form 4 dgn form5, form ada tadarus dan tazkirah 3R bersama pak long...form 5 plak kami buat special In-Team utk diorang,..eh! kelihatan pak uteh bersama pak andan pun ada jugak...



rajin nya adik2 ni tadarus..


Di dalam dewan plak..pak lang sedang memotivasikan adik2 ini ttg peri pentingnya sahabat dalam kejayaan kita dunia & akhirat....( sambil buka lagu teman sejati )


pagi ahad plak..kami buat Explore de Quran,..tahniah pak im & pak de atas kejaayn mereka mengendalikan slot dgn baik..u'all mmg best ar....tabik spring!!!!


abg ammar salleh @ abg chick-ky juga sempat dtg prgm 3R ni...pukul 2pg beb dia sampai..thanks ammar...

bai : dan tak lupa juga buat kak muss, kak yati, kak ida & kak ani atas kesudian bersama adik2 kasih & sayang SMT JB...

Monday, October 01, 2007

3R di Masjid Taman Universiti...

assalamualikum wrt...
Masam-masam manis..

alhamdulillah pada 29 Sept & 30 Sept yang lalu KRJ JB telah di berim peluang oleh Allah swt utk melaksanakan sebuah prgm " remaja raikan ramadhan " di masjid taman U...antara crew KRJ yang terlibat ialah Abg Luqman, Abg Fared, kak yati, kak ida dan Abg Bee..

so prgm start pada 29 Sept jam 5.30pm, bermula dgn Pendaftaran dan sedikit ice breaking oleh abg Bee...kemudia buka nasi ayam madu, kemudia solat fardhu 7 rakaa'at ( maghrib + isya' ), kemudian terawih 8 rakaat...

Palestina : remaja & Quran



selepas terawih, abg bee bagi talk pasal palestina plak, tapi talk dia ala2 KRJ nya style ar, dan pastinya di akhiri dgn doa utk saudara2 di sana...kemudian ada tadarus alquran plak dalam SGD ( Small group discusion ). Kemudian kami pun tido...dan malam tu menyaksiakan pertambahan peserta yag baru pulang dari PERANG BADAR di kempas...( budak2 sekolah hidayah ler ).. termasuk pak im & tenteranya serta abg Chick...

Night Wake-Up
alhamdulillah, tepat 4.30am kami pun start Qiamulail yg dipimpin oleh Imam Bee, kemudian sahur beramai2....dengar citer nasik utk adik2 kaseh tak cukup...ha! abg fared jawab! jawab!..hihi..dan pagi tu lepas subuh dapat dilihat adik2 ni main bola pagi2 buta...ha! yang ni buka slot KRJ yer...masa ni kami bagi diorang masa utk khidmat diri & berehat...

Sepagi Bersama Matahari : Xplore de quran

kemudian pagi tu kami mulakan dgn Sepagi Bersama Matahari... apalagi animasi Demi matahari pun di ajar oleh abg Bee kepada peserta...dan ada peserta yg malu2 nak buat..geram jugak mas tu..hihi...kemudian syoknya ramadhan oleh pak im...dan di akhiri dgn Explorace de Quran oleh abg luqman...kelihatan juga abg Pak De hadir membantu kami...


alhamdulillah segalanya berakhir sebelum masuk zohor,...

saya Cintakan Ramadhan
kemudian selepas zohor, ada slot terakhir yang kami berikan nama nya " saya cintakan ramadhan ", kali ni abg bee sekali lagi mulakan dgn beberapa video, kemudian terus masuk dalam SGD masing2...

alhamdulillah adik2 ni setuju utk ikut prgm peneusan yang akan dibuat secara berkala, itupun setelah mndapat permision dari ibu & ayah mereka...


tepat jam 3.45pm..prgm pun tamat...

jazakallah kepada semua yg terlibat...
satu soalan..siapakah abg bee??? hihi

bai : sedikit mision PPR KRJ Jb..macam nak berjaya...

Monday, September 24, 2007

Program 3R di Taman Megah Ria

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah, Sabtu, 22 hb Sept 07 sekali lagi team PPR KRJJB melaksanakan pgm 3R buat kali yang ke 3 di Taman Megah Ria.Program telah di jalankan di Surau bermula jam 10.00 pagi hingga tarawih. KRJ telah di wakili oleh Pak Lang ( selaku tuan rumah ), Abg Bai, Abg Chik, Abg Kamil @ Sem, Abang Lokman & Abg Fauzan ( dari Kuantan Pahang), Kak Fida & Kak Ida. Bila hari semakin meninggi kelihatan pula Pak Long dan Abg Jamil. Bila menjelang petang kelihatan juga Pak De, Abg Faizal dan Pak Im. Tak lupa Umaira dari YPJ.

Program telah di hadiri pelajar tigkatan 1 hingga tingkatan 3. Dan yang bestnye untuk adik P, peserta seramai 11 orang semuanya adik tingkatan 3. Program di mulakan dengan Demi Matahari oleh Pak Lang & Abg Bai. Bukan sahaja nyanyian dan pergerakan malah... Demi Matahari dengan di kupas dengan lebih dalam melalui tanyangan multimedia dan penerangan tentang terjemahan surah As-Syam. Maka pada saat ini jugaklah baruku ketahui kenapa tidak kelihatan ayam berkeliaran di Tmn Megah Ria..rupanya ayam tmn Megah Ria berada di langit...

Seterusnya santapan rohani dari Abg Sem @ Kamil pasal solat Dhuha. Lepas Zohor adik-adik di pecahkan dalam kumpulan bersama fasi untuk lebih mengenali & sembang-sembang pasal solat & puasa. Selepas itu Abg Lokman pula beraksi dengan Explore De Qurannye...berpeluh -peluh adik-adik ni buat menjawab soalan2 EDQ walaupun surau itu nyaman kerana aircond tidak penat2 memberi perkhidmatannye dengan baik. Kemudian pecah lagi duduk dalam kumpulan untuk terus sembang pasal study. Kemudian program diakhiri dengan doa. Aktiviti bebas di lakukan sementara menunggu waktu berbuka...

Sunday, September 23, 2007

KBM Kembali (3R) di MRSM Pontian...






MRSM Pontian, Jumaat 21 September- Alhamdulillah, Program KBM Kembali ( Remaja Raikan Ramadhan) berjaya di jalankan di MRSM Pontian dengan dihadiri oleh adik-adik tingkatan 3. KRJ diwakili oleh PakLong, Abu Nuha, Pak Im, Abg Bai, Abang Chik, Kak Mus dan Kak Ani.


Kami sampai seawal jam 6.30 petang. Kemudian sempat berbual-bual dan berbuka puasa bersama-sama pelajar sebelum solat maghrib, Isya dan terawih.

Yang perasannya, tingkatan 1 & 2, dengan aksi curiganya, tingkatan 3 dengan salam dan penuh ceria,Yang tingkatan 4 buat tak tau, Yang tingkatan 5 dengan salam dan senyumnya...


Program hanya bermula pada pukul 9.30 di dewan seminar...pak Long dengan slot keceriaannya, pengalaman dulu2 dan TIPS menghadapi peperiksaan, Pak Im dengan penyampaian Syoknya Ramadhan!, Pak Long dengan pengalaman dulu2 dan TIPS menghadapi peperiksaan, Abang Bai dengan kisah2 remaja di dunia Islam.


Sebelum berakhir pada jam 11.30 malam...kami sempat meraikan 4 orang adik2 sayang dan 6 orang adik kasih sempena hari lahir mereka yang ke 15. Tahniah semuanya... Terimakasih yang menyumbang bagi pihak KRJ dan terimakasih pihak MRSM Pontian yang mengizinkan kami.


Program bersambung keesokan harinya dengan qiamullail bersama Abang Bai dan abang Chik , Kak Muss dan Kak Ani...Sebelum pulang, adik-adik juga telah memberikan hasil kutipan mereka untuk 'Fast To Fund' tajaan JIM Pusat.


Program 3R KRJJ bersambung lagi ...kali ni di Masjid AnNur Taman Megah Ria pada pukul 9.30 pagi hingga solat terwih hari sabtu tu...nantikan reportnya dari Abang Bai . Khabarnya sedang demam, maklum lah non-stop berprogram sejak hari khamis di SMK Desa Cemerlang. Moga cepat sembuh Abang Bai...

Saturday, September 22, 2007

KBM Kembali 2 ( Mini 3R ) di SMK Desa Cemerlang

SMK Desa Cemerlang, Johor Bahru-Alhamdulillah, semalam 20hb Program mini 3R berjaya di jalankan di SMK Desa Cemerlang. KRJ yang di wakili oleh Abang Bai, Pak Imam, Ammar Salleh , Pak Long , KAk Fida dan Kak Ida telah bersama 85 orang adik-adik kasih dan sayang .

Program yang dari awalnya telah di asingkan antara KASIH & SAYANG dengan tujuan untuk memberi santunan yang lebih kepada mereka .
Walaupun masa kami bersama adik KASIH banyak di curi untuk menyelesaikan masalah teknikal seperti cari PA System dan extension wayar ...namun dengan masa yang cukup singkat itu kami dapat buat 2 perkara...3R dan juga terus berbicara pasal perubahan. 8 orang adik KASIH telah berkongsi perubahan diri.....dan lebih 3 org yang sebut nama kawanye secara spesifik yang banyak bantu untuk diri mereka terus berubah..yang selalu ingatkan apabila terlupa

Alhamdulillah selepas Asar , Pak Long menyampaikan 5 persiapan sebelum exam. Dan majlis di tutup dengan kata-kata MAMA ( kaunselor sekolah) yang antara isi penting untuk KRJ yang ana nak kongsikan ialah : -

1. Pengetua sangat berpuashati dengan kehadiran follow up kali ke 2 ni..lebih ramai banding yang dulu.


2. Pengetua & Penolong kanan cakap lagi yang pihak sekolah sangat berpuashati dengan perubahan yang masih di kekalkan oleh peserta KBM.

3. InsyaAllah kalau jadi minggu depan 26hb nak jemput KRJ untuk Iftar bersama guru dan pelajar Islam terutama yang henak ambil exam sebagai tanda sokongan pihak sekolah.

4. MAMA dah book KBM tahun depan adalah pada 2&3 Februari 2008.


Selepas itu kami semua pun balik kerumah masing-masing dengan alamat yang betul...ada yang berbuka dengan keluarga di rumah...ada yang dengan kawan-kawan di rumah ..ada yang sorang-sorang atas jalan raya dan ada jugak yang sorang-sorang di pejabat JIM...hmm... teka siapa la tu?

..TAHNIAH TEAM KRJ JOHOR...

-laporan oleh Kak Fidah-

Akhirnya, dipaparkan sebahagian dari SMS seorang adik kasih...

...Terime kasih sekali lg kerwnw tlh dpt mengubah diri ini spaya menjadi seorg hamba Allah yg solehah segala nsiht & dorongn serta kenangn manis x mungkin akn dapat saya lupekan. Kenang daku dlm doamu dan doakan kjayan saya dlm SPM ye..KAU BAGAIKAN UDARA YG MMBNTU AKU UTK TRUS HIDUP DI ATAS DUNIA TANPAMU KU LEMAH SUNGGUH.AKU X BERDAYA KERNA KAU PENYELAMAT DUNIA...selamat malam & selamt mnjalani ibadah puase :-)

SURE - SUkan REmaja 2009!!!