Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Sunday, August 19, 2007

Road To Palestine...

Selepas tamat SPM , Abang Saif Jamaludin aktif menjadi fasilitor KRJJ pada tahun 2006. Kini beliau melanjutkan pelajaran di Kaherah, Mesir. ..sempena bulan kemerdekaan ini...KRJJ ingin berkongsi pengalaman abang Saif di sana yang beliau ikuti semasa bercuti baru-baru ini. Kami akan teruskan menghantar isu-isu Palestine selepas ini...insyaAllah. Selamat membaca dan menghayati dengan hati yang terbuka kerana dengan hatilah ianya ditulis.


Rafah

Setelah lebih kurang sejam setengah perjalanan.. ..kami semua kehairanan.. ...pada mula nya kami melalui satu tempat yg seakan2 gurun dan tiada tumbuhan tetapi sebaik sahaja kami memasuki kawasan Rafah Mesir (Rafah terbahagi kepada 2 - Rafah Palestin dan Rafah Mesir) keadaan menjadi sungguh subur... sepanjang perjalanan kami merupakan kawasan pertanian... dan seorang kawan membacakan ayat :

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (surah Al-isra- 1)


Penunjuk jalan yang bersama2 kami mengalirkan air mata, Inilah benarnya kuasa Allah. Kami seolah-olah dapat merasakan kehadiran kami sangat hampir dengan bumi al-Quds (Palestin).... yang sebelum ini kawasan kering kontang .Masuk sahaja kawasan Gaza Mesir tu macam2 pokok nampak. Kat sini la nampak pokok peach, pokok epal, pokok oren, pokok anggur dan macam2 lagi. .Lagipun dah masuk musim berbuah ..so pokok tadi kebyakkan lebat dengan buah2. Teknik yg digunakan masih tidak modern dan tiada baja kimia digunakan... Subhanallah?...maha suci Allah.. sepanjang perjalanan kami tak putus2 kami berzikir memuji kebesaran Allah?

Di Rafah Mesir juga hampir 90 peratus merupakan penduduk Palestin..kebanyakan dari mereka merupakan pelarian yg telah berpuluh2 tahun tinggal di sini ..... orang di kawasan sini sangat ramah... kami di beri peluang untuk melihat masjid2 di sini... kebanyakan masjid disini ..reka bentuk nya seperti masjid al-Aqsa....dapat di gambarkan petapa rindunya mereka dgn masjid al-Aqsa...dan kami juga dapat melihat banyak papan tanda yg mengatakan Al-Quds...kami akan pulang?..dan yg lain Al-Quds tetap kami ingati.....penduduk di sini amat yakin bahawa satu hari nanti mereka dapat pulang ke tanah air mereka.....

"20km to Rafah Palestin" sign board yg aku perasan...dah dekat niii.... aku keluarkan al-Quran aku dan letakkannya di sisi ku... kenderaan kami terus memecut laju mengikut arah yang diberikan opleh penunjuk jalan ....semoaga semuanya selamat.....



Sempadan

Ketua rombongan menaiki kenderaan yang aku naiki... selalu pihak polis atau lebih dikenali sebagai mabahis(kalau kat mesia panggil SB) menalefon ketua rombongan iaitu ustaz kim(bukan name sebenar)..ustaz kim pun banyak mengelak katanya saja berjalan-jalan kat area Gaza mesir... mabahis tu pon tak puas hati..... tiba2 penunjuk jalan kami juga telefon nya berbunyi... pihak mabahis sudah pon mengetahui kehadiran kami di gaza mesir... huh cuak tuu...mabahis tersebut memberikan amaran supaya kami tidak membuat kacau di Gaza...

Penunjuk jalan kami berkata..sebelum ni ade satu kumpulan yang datang ke Gaza... dan ditangkap dan dimasukkan dalam penjara selama sebulan tanpa bicara dan akhirnya dibebaskan.. .lepas dengar dia cerita makin cuak laaa.....setiap 10 minit mabahis akan menalefon kami dan bertanya lokasi kami di mana.... huh seram sejuk jadinya...tapi semangat kami untuk ke sempadan Palestin tak pernah luntur...

Akhirnya setelah 3 jam perjalann kami dapat lihat tembok2 yg dibina oleh Israel...tembok itu terlalu jauh... pemandu kenderaan tidak berani untuk menghampirinya. .. pak arab yg ikut bersama kami mengatakan ...mabahis ni power...dia boleh tau kita kat mane kalau kita pegi dekat sangat dengan tembok susah lak nanti... dia kesan melalui hand set kita...so ustaz kim pun dengan pantas menutup hand set nya...dan mengarahkan pemandu untuk memandu ke arah tembok....

Huh....mase ni cuaknya Allah saja yang tahu... semakin hampir ke tembok semakin berdebar2 hati ini....kami ketika lebih kurang 70 meter dari tembok kami sudah melihat askar Israel melihat kami dari pondok pengawal.... dan pemandu kenderaan kami memberikan isyarat seolah2 kami ini sesat jalan dan kami di minta oleh askar Iisrael itu untuk berpatah balik.......

Aku dah tak sabar nak ke sebelah Palestin...aku cuba mencapai tempat untuk membuka pintu...lalu kepalaku di ketuk oleh oleh penunjuk jalan tersebut dan berkata (diterjemah dalam BM) ko nak rase peluru tembus jantung ko ker...ko tak nampak ade askar Israel tengah menghalakan senapangnya ke sini?.... hatiku mula terbakar melihat askar Israel tersebut.... nak aja turun pegi sepak askar2 Iisrael tuu...tak pun gi baling batu..... tanganku genggam kuat menandakan marah.... teringat cerita2 yg telah di ceritakan oleh sahabat2 bagaimana rakyat Palestin ditindas dan di bunuh secara kejam.... hati ku membuak2 untuk turun dan melawan askar Israel tersebut...kawan yang berada di belakang jerit." langgar jeer pondok tuuu..."

Ustaz kim risaukan keselamatan kami..maka dia arahkan supaya kenderaan berpatah balik... aku dapat lihat askar Israel itu sudahpun mengacukan senapang sniper nyer kearah kami.... dia boleh tembak bila2 masa dan menggunakan alasan menceroboh kawasan larangan.... .kami pon berpatah balik.....hmm. .. Akhirnya niat kami untuk ke sempadan Palestin tercapai juga.... walaupon tidak masuk ke wilayah Palestin.. cukuplah sekadar dapat melihat tembok dari jarak lebih kurang 70 meter...

Kami juga ke bukit supaya dapat melihat di sebalik tembok macam mana keadaan Rafah Palestin.... .air mata mula bercucuran.. .tak tau kenapa??? Mungkin rindu yg teramat sangat ini menjadikan air mataku membasahi pipiku tanpa aku sedari....bersyukur segalanya selamat..... dan dapat melihat sendiri Palestin di depan mata.... sesungguhnya hati2 ini sentiasa berdoa keselamatanmu Palestin.... .dan hati2 ini akan sentiasa berjuang membebaskan mu....



Kesimpulan

Cerita ini mungkin membosankan tetapi saja nak kongsi pengalaman ana semasa cuti ni.... dan nak ingatkan pada semua pasal bumi Palestin.... makin hari makin ramai yang lupa mengenai bumi al-Quds nii....... Isu palestin bukan isu orang Palestin sahaja....bukan isu orang Arab sahaja..bukan sahaja isu timur tengah...tapi ini lah isu umat Islam.... tapi kita saja yang buat endah tak endah je....


Ape sumbangan kita pada Palestin??? Apa yang kita dah buat...... satu soalan untuk semua ... hmm kita semua masih leka dengan masalah kecil kita.... susah nak elak maksiat...susah nak solat jemaah ...susah nak qiam.....malas nak baca Al-Quran.... didiklah hati2 ini supaya sentiasa menyumbang pada Islam...dan sedarlah bahawa Allah itu sahaja matlamat kiter.....

Pernah tak kita berniat nak berjuang di Palestin atau mana negara islam yang sedang berperang... .. hmmm ikut sebuah hadis yang ana tak ingat kesahihannya dan sapa yang riwayatkan ...lebih kurang bunyi dia...... sesiapa yang berdoa untuk mati syahid bersungguh2 dia akan mendapat syahid walaupon mati di atas katil.... bukankah mati syahid itu cita2 kita semua.....

Semasa di Arish...sempat ana berbual dengan seorang Arab...dia kata dia tau Malaysia....dan ana kata kami orang Malaysia pun rindu untuk ke Palestin... diapun berkata (dah diterjemahkan dalam BM) kalau kau yang duduk jauh tupun dah merasa rindu..ape tah kami rakyat Palestin...kami mempunyai kebun2 di sana....kami mempunyai rumah2 si sana... kami mempunyai tanah2 di sana...tapi semuanya terhalang... ..engkau tidak akan dapat merasai apa yang telah kami rasai selama ini.... tapi yakin lah bahawa pertolongan Allah itu akan sampai.... percayalah?


Dalam doa rabitah yang kita baca pagi dan petang tu ada mendoakan kita supaya dapat mati syahid....dan semoga Allah mengakbulkan doa kita insya Allah.....


gambar atas: seorang kanak-kanak Palestine berlatar belakangkan rumahnya yang telah dirobohkan tentera Yahudi

Friday, July 06, 2007

Pelik Tapi Benar....

Pelik Tapi Benar...

1) Seorang doktor sedang merawat pesakit,
sedangkan dirinya sendiri berpenyakit.

2) Seorang mekanik sedang membaiki kereta pelanggannya,
Sedangkan keretanya dah 3 minggu rosak.

3) di Desa Jaya, Pak Long sibuk bagi anak-anak ayamnya makan,
tapi anaknya asma' dah 3 hari tak makan.

4) di kulai, Cikgu Hisyam sedang tekun mendidik anak muridnya,
sedangkan anak kandungnya sering berada di tempat tercorot.

5) di Pulai Perdana, Insp. Yeop sedang mengejar mat rempit,
sedangkan anaknya baru jer menang lumba haram kat GelangPpatah.

6) di UTM, HafizBai sedang bekerja keras menyapu sampah menjaga kebersihan,
sedangkan rumahnya baru sahaja menerima surat saman akibat tidak menjaga kebersihan.


begitulah senario kehidupan sehari-harian...
akibat terlalu mementingkan tugasan sehari...
sehingga terlupa kehidupan sendiri....

Thursday, June 21, 2007

Sekerdil Hamba

Sekerdil Hamba

saat nafsu merajai diri
kemaksiatan membuka pintu bicara
kekufuran sang durjana
menangguk di air keruh sebagai senjata
setipis iman dalam bahaya tampaknya

dijanjikan azab neraka oleh Allah
dikurnikan hikmah syurga yang Esa
namun jika dosa dan kufur menjadi landasan
mimpikan saja nikmat itu
hitunglah kepedihan azab yang maha Kuasa

sesungguh Dialah yang menciptakan umat Muhammad ini
biar sering terlalai, Ar-Rahman Maha Pengampun
biar amal ibadah sebesar zarah
segunung rahmat dipohon dariNya

Ya Tuhanku
hambamu ini terlalu kerdil
mengimpikan segenap kasih dan redhaMu
hati ini masih memohon ampun
dosaku yang menggunung Ya Allah
keampunan ku pohon penuh insaf
syurga firdaus ingin ku tatapi Ya Allah

Allahuakbar. ..
Allahuakbar. ..
Allahuakbar. ..



Farizul,
5 Umar
SMKA Johor Bahru
17 Jun 2007

Thursday, February 15, 2007

Al Kisah... ( gARa-GaRA tIKeT )

Kak Fidah wrote

Alkisah
Malam esok jugak adik-adik kita akan ke Kuantan
Satu bas KRJ sewa nak anto 15 org.

Alkisah
Selamat jalan kepada peserta Xrek
Kekalkan tradisi KRJ Johor Soleh Wa Musleh + buat yang terbaik

Alkisah
Selamat bermuzakarah utk si otai
Balik nanti kongsi ngan kami.

Alkisah
Peluang dah depan mata..tumpang aje lah Bai
Paling tidak dapat riuhkan si otai depan belakang kiri kanan.

Alkisah
Ubai memang pandai nyanyi dan ubah lirik
Termasuk gak 'Umayr dan Ihsan

Alkisah
Akak dah dengar depa nyanyi
Sampai sekarang tak leh lupa beb



Pak Im wrote

alkisah lagi..
ada sorang otai tu dah janji nak beli tiket
untuk 12 peserta x-rek
hari sabtu dia x ingat
hari ahad dia pegi kampung jawa
hari isnin baru sempat
pusing satu stesen bas larkin...nasib baik dia sempat
satu tiket pun tak dapat
tiket habis bang
tiket habis dek
call balik kat tuan pengarah
sms KF tolong carikan
nasib baik tuan pengarah tu hebat
patutla...jawatan pun tak kalah
akhirnya 12 peserta tak melopong
macam abang bai kat kolumpo
call pak cik hisham walat
dapat bas berkerusi 24
alhamdulillah, 12 peserta terhebat
akan menakluki x-rek
maklumlah diaorang ni memang hebat
selamatlah nadia anak pak lang dan sahabat
selamatlah
selamat ber'X-REK semua...

Pak Long wrote:

Alkisah
Malam esok Jumaat malam Sabtu
Ada dua orang otai akan ke KL

Alkisah
Mereka akan bermalam dulu di Seremban
sebelum ke UIA pada keesokkan harinya

Alkisah
Si Otai2 ini akan menghadiri Muzakarah disana
Cuma sehari sahaja, hingga petang Sabtu.
Kemudian akan terus balik ke JB

Alkisah
Sape pulak si otai2 tu?
Si otai2 tu adalah paklong dan ayah yob.

Alkisah
Sebab tak nak membuatkan si Bai tu
terus merasa malang dan rasa kecewa.
" Hah! nak numpang paklong balik JB tak petang
Sabtu tu ? "

Muhammad wrote

alkisah ke-2

suatu petang hari ahad, seorang lelaki pulang dari perak dengan sahabat menaiki kereta wira sahabat yang tinggal di bangi, berdekatan dgn stesen bas kajang. terus menuju ke sana, dengan harapan ade tiket bas balik ke johor pada petang tersebut.sampai dalam pukul 5.15ptg, terus menggeledah stesen bas. rupe2nye tiket bas sudah habis. amat malanglah lelaki itu (sekali jugak)lalu lelaki itu mengambil keptusan tido di rumah kawan tersebut dan terus membeli tiket balik ke johor untuk esok harinye. petang 3.30ptg.alkisah..lelaki itu adalah muhammad. nasib baik ade geng, x de la segan sangatitulah kehidupan seorang pengembara, selalu je ade cabaran mendatang. (mase tu nak balik dari mukhayyam kat perak)



----- Original Message -----
From:
B+a+i+e+L

alkisah...
suatu petang di hari selasa...
seorang lelaki telah menunggang motorsikal.. .
menuju ke stesen bas kajang.

alkisah.
lelaki tersebut mahu membeli tiket..
untuk balik ke johor bahru
hujung minggu ini...

alkisah...
lelaki itu amatlah malang sekali...( sekali jer..!!! )
kerana semua tiket telah pun habis....
maka kecewalah si lelaki malang tersebut...
alkisah...nasib baik hampir semua prgm hujung mggu ni..
telah pun dibatalkan oleh pihak penganjur...
maka kurang la sedikit keresahan di jiwa...

alkisah..
lelaki malang itu adalah saya..
sapa lagi kalau bukan penghantar emel ini...

Thursday, August 10, 2006

Sebuah Sajak: Utusan Harapan

Assalamu'alaykum warahmatullah...

Hayatilah... Ditulis bila tak berkesempatan menghantar jasad ke SMK DARY, Perak. Jadi menghantar pengharapan dan do'a sajalah...

Allahua'alam.

Bro 'Umayr Sayfurrahman

-------------------------------------
Terlonjak kegirangan perasaan,
Memandang, membaca tulisan...
Terasa keinginan,
Turut sama dan serta,
Dalam perjuangan bersama,
Di Perak sana...

Sejenak berfikir terasa pula keharuan.
Kalbu kata pergi...
Tanggungjawab pula tidak mengizinkan.

Namun kebersamaan antara kita...
Tali Allah yang mengikat persaudaraan.
Lebih rapat dari darah pertalian.
Menjadi pengubat jiwa yang rawan...

Kini...
Ku utuskan do'a dan pengharapan.
Moga bertemu di Perak sana dengan kejayaan.
Kejayaan yang merupakan kurniaan...
Dari Allah, empunya segala kekuatan.

Allahua'lam...
Sekadar nukilan,
Dari hati yang terasa...
Eratnya ukhuwwah;
Tautan 'aqidah dan fikrah.

Wassalam...

Friday, June 23, 2006

COreTan Yeop: Semerah - Sentuhan Hati ke Hati

Assalamu'alaykum warahmatullah kepada semua pembaca blog ini...

Alhamdulillah, baru hujung minggu lepas KRj telah mengadakan sedikit sebanyak program motivasi di SMK Semerah. Bagi yang tidak mengetahui, Semerah adalah sebuah pekan kecil yang terletak di antara Batu Pahat dan Muar.

Program di sekolah tersebut membawa seribu satu macam rasa dan perasaan. Manakan tidak.... Ku pernah ke sekolah itu dua tahun sebelum itu. Dua tahun sebelum yang diprogramkan adalah adik² tingkatan 5 dan 6. Kini adik² yang dulunya tingkatan 5 sudah pun menjadi abang² dan kakak² yang memimpin sekolah. Kini adik² tuh menjadi orang yang aku mampu banggakan. Kini adik² tu menjadi pembantu, "peserta tambahan" dan pe-"rai" kami datang dari kejauhan.

Adik² peserta memberi kerjasama yang cukup boleh dibanggakan. Mudah sekali kami melaksanakan program. Walau dalam suasana "blackout", program masih dapat berjalan, kasih maasih dapat kami curahkan. Tatkala letih, adik² melayan celoteh dan telatah ku yang kian merepek lantaran hari yang panas dan kipas yang tak berfungsi. Hatta ketika aku memberikan teka-teki yang begitu merapu masih sanggup kalian melayan.

Aku berasa bangga dengan keazaman yang adik² semaikan dalam slot Hijrah. Aku berasa bangga dengan adik² yang memberi sokongan kepada rakan ketika mereka sebak menyatakan harapan. Aku berasa cukup bertuah dapat menjadi pembimbing dan dapat bersama dengan adik² yang begitu bersungguh mendo'akan kawan.

Adik²... Program telah datang dan pergi. Kami telah hadir dan pulang. Ke mana kini adik² akan membawa diri? Ke mana adik² akan terus mara? Ke mana jua adik²... Hanya menuju Allah (swt) jalan yang benar. Tiada manusia mampu mengawal diri dan jiwa adik² melainkan adik² jua. Yang kami mampu hanya berdo'a agar adik² kan dilimpahi rahmah dari Allah (swt) dan dikurniakan kekuatan olehNya. Yang kami mampu hanya berdo'a adik² kan dapat meneruskan azam adik² ketika kita bersama.

Akan aku do'akan kalian dengan pengharapan agar kalian berjaya dunia kini dan di akhirat kelak. Semoga kalian perolehi hidayah Allah. Semoga kalian tetap teguh dengan agamaNya. Semoga kalian istiqamah menjaga hubungan kalian dengan Yang Esa. Akhir kata, do'a untuk kalian do'a untuk ku jua, semoga kita semua beroleh balasan yang baik dari Allah kelak di Hari Yang Kekal.

Yang Menulis Penuh Harapan,
Yeop @ Abang 'Umayr Sayfurrahman bin Ainullotfi

Monday, April 24, 2006

( Buku) ACEH…Imbauan Kenangan

I

At another time, ada seorang adik tu, minta tolong gosokkan baju kurung. Yang kami dok memikir kenapa la adik ni beria-ia sangat nak gosok baju pengasuh dia? Kami pun tanya,” Adik…baju sapa ni, gapain mau digosok?” Adik tu pun jawap, “Ini baju ibu, kak. Ya Allah! Tersentak, terasa jantung mengecut . Bertuahnya ibu mengandung kan mu. Hiba, sedih…dan simpatinya kami menatap wajah adik yang memegang baju yang selama ini dipakai oleh ibunya. Tiba-tiba kami terfikir,macam mana adik ni boleh simpan baju ibu dia padahal rumahnya sudah hancur tinggal tapak sahaja? Laa…rupa-rupanya ‘ibu’ yang dimaksudkan adik tu adalah pengasuhnya! Mereka sudah dididik seperti sebuah keluarga, saling bantu-membantu antara satu sama lain.

II
…Masa inilah Zahid datang, “ Amin, baca kejap sms ni” so ana pun baca “ teman kamu Mirza dan Rahmat sudah wafat, mereka kecelakaan semasa pulang dari tempat kamu”.

Ana tersentak…ana menahan sedih. Aargh! kenapa? kenapa? Inilah persoalan yang pertama timbul dalam fikiran…ana masih teringat pesanan ana yang terakhir kepada dia, ” Mirza, tolong tengok-tengokkan si Rahmat ni, jangan bagi dia hisap rokok lagi…nanti kita jumpa di Malaysia ya?”

Ana terus mencari kepastian, ana berjumpa Abang Udi…Abang Udi kata betul…Sebak di hati semakin terasa…ana cuba menahan lagi perasaan sehinggalah di atas kapal terbang Kartika Airlines. Apabila ternampak anak-anak Darul Aytam , 2 dan 3 melambai dari pagar lapangan terbang itu…akhirnya ana tewas dengan perasaan sendiri

III

Di sana kami diajar bagaimana nak berdakwah. Kami ke sekolah-sekolah untuk bersilaturrahim bersama pelajar-pelajar di sana. Disana kami cuba selit-selitkan dakwah Mula-mula tu memang la kekok, tapi sampai sekarang ada lagi pelajar Aceh yang masih menghubungi kami di sini. Mereka meminta pendapat dari kami. Kami juga lihat bagaimana dai’e-dai’e di sana bergerak. MasyaAllah… memang teramat-amat bagus. Dai’e kat sana macam sentiasa dahagakan mad’u. Dalam fikiran mereka hanyalah dakwah dan jihad kerana Allah.

IV
…Jawab ikhwan tersebut,” Dakwah tetap berjalan walaupun hadirnya kita atau tidak. Kerana dakwah dan perjuangan itu milik semua”.

Balasan SMS itu membuatkan aku termenung panjang. Dalam diam aku berdoa semoga aku tergolong dalam mereka yang sentiasa memperjuangkan dakwah ini. Namun, hatiku semakin runsing taktala fikiranku ligat berfikir. Agaknya ketika di universiti nanti bisakah aku menjadi sehebat mereka? Bisakah?

Kini, aku benar-benar merindui Aceh. Bukan kerana keseronokan yang aku dapat ketika menaiki kapal terbang, mahupun dapat bersiar-siar di negara orang supaya apabila pulang ke Malaysia nanti boleh aku ceritakan kepada semua. Tetapi kerana tabiyahnya yang telah memaut hatiku. Kerana ukhuwwah yang terjalin ini telah kurasa kemanisannya. Dan kerana semua telah membuatkan kehidupanku kini bercahaya dengan gemilangnya.


Ikuti pengembaraan suka dan duka Izzah Atikah Norkhair, Amin Mokri, Saif Jamaluddin dan Fauzun Abdullah Suhaimi bersama rakan R2A mereka dalam buku terbaru di pasaran, Aceh Imbauan Kenangan Terbitan Hidef Group Sdn Bhd. (07 5566370)

Buku ini diterbitkan bagi mengabadikan kenangan 37 remaja lepasan SPM 2005 yang berpeluang bemusafir selama sebulan di Nanggroe Aceh Darussalam

Bacalah dengan hadirnya hati kerana dengan hatilah buku ini ditulis.
Selamat membaca!

Tuesday, April 04, 2006

...dari Tsunami ke KRJ

artikel ditulis oleh Pak Lang
Selepas selesai solat subuh pagi tu sahabat itu menegur aku “Bila lagi nak buat follow up untuk program remaja ni?”. Aku menjawab, “...belum pasti lagi “lalu bertanya. “...ada apa-apa cadangan tak?”. Barangkali melalui pemerhatiannya ke atas remaja yang berkunjung ke surau ini banyak kelemahan dalam bab solat maka dia mencadangkan agar diadakan program bimbingan solat Aku hanya menyatakan persetujuan bila memikirkan perubahan mestilah dimulakan dengan solat dulu.

Kemudian dia terus bertanya ,” KRJ ni bawah organisasi apa?” Lantas aku memberi sedikit penerangan bahawa KRJ ni di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia iaitu sebuah badan pertubuhan dakwah... bla… bla..Dia ada juga menyatakan bahawa pernah dengar nama pertubuhan ni , almaklum bekas graduan dari Amerika.

Lepas tu dia menceritakan kisahnya ”… dulu tak berapa jinak dengan masjid, sekali sekala pergilah sembahyang jemaah”. Dipendekkan cerita dia memaklumkan bagaimana turnover dalam hidupnya berlaku sehingga sekarang ni dia merupakan antara yang cukup consistent dalam solat maghrib, isya dan subuh berjamaah di surau bermula apabila dia terpanggil untuk hadir dalam program anjuran surau dan JIM mengenai tragedi tsunami. Maka dia telah pergi mendengar dan melihat tayangan itu bersama anak kecilnya termasuk yang berumur 2 tahun. Alkisahnya selepas itu anaknya tu apabila saja berkumandang saja azan maka dia akan menyebut, “ajan , ajan! nak gi masjid”. Kalau tidak pergi ke masjid dia akan menangis. Maka si ayah tu berceritalah barangkali memang Allah mahu memberi peringatan padanya untuk berjinak dengan masjid, maka lepas hari tu dia beristiqamah untuk solat isya dan subuh. Dengan galakan dari isterinya pula pada bulan ramadhan yang lalu dia telah beristiqamah dengan solat subuh berjemaah hinggalah ke hari ini.

Aku baru berpindah ke Megah Ria tiga hari sebelum Ramadhan tahun lalu dan memang bila diperhatikan aku cukup kagum melihat manusia biasa seperti ini yang cukup istiqamah dengan amalan solat berjemaah dan alhamdulillah sahabat ini ialah antara qariah yang ringan tulang dalam membantu program KRJ. Program kami yang terkini hari pada Jumaat malam Sabtu yang lalu dialah yang sibuk menjaga bara api dan membakar ikan, daging, sotong dan ayam “barbeque” yang kami adakan untuk remaja di Taman Megah Ria.

Doakan agar sahabatku ini akan dapat terus membantu kami dalam program KRJ di taman ini.

SURE - SUkan REmaja 2009!!!