Showing posts with label KBM07. Show all posts
Showing posts with label KBM07. Show all posts

Tuesday, October 30, 2007

FLIGHT KRJ MENYERAMKAN…

"Flight KRJ amat Menyeramkan "" itulah komen yang sempat saya baca sebelum melangkah pergi dari SMT Bukit Piatu "...

Assalamualaikum wrt….

Alhamdulillah, bertemu kembali kita di dalam blog ini, kali ini suka KRJ berkongsi berkenaan program Keindahan Bersama Mu ( KBM ) angkatan ke dua Melaka iaitu di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu. Berikut dinyatakan beberapa fakta nombor berkenaan KBM angkatan Ke-2 Melaka ini.

  • 346 Peserta ( Juara peserta KBM )
  • 200 Parents ( hadir ke slot parents )
  • 67 fasilitator ( Juara fasilitator KBM )
  • 31 Jam ( masa prgm lebih 2 jam )
  • 20 orang Guru ( hadir masa program )
  • 9 orang Team KRJ Johor ( terpilih ke Melaka )
  • 2 orang team KRJ Perak ( datang membantu )
  • 1 video klip baru ( lagu : GEMURUH )

  • Sebagai makluman, julung-julung kalinya KRJ membuat TOT (training of the trainers) kepada fasilitator, alhamdulillah TOT berjalan dgn baik, sempat jugak Pak Lang In-Team kan fasi2 ni…dan sebelum program bermula..kami makan puas2 di “open house” rumah pengetua. Juga jadual pogram yang agak pelik sedikit…program bermula pada jam 3.00pm hari Jumaat…

KNOWING ME : KNOWING YOU

So..jadual program kali yang agak pelik memaksa Abg Bai berganding bahu dengan pakar KMKY …sape lagi kalau bukan tetamu jemputan Abg Bob dari KRJ Perak juga pak yang di sukai ramai..siapa lagi…sure lah Pak Uteh..kembar nya Pak Long... So KMKY berjalan lancar, Cuma yang pelik nya, kali ni adik2 perempuan & lelaki, kedua-dua nya takmo terima gelaran “ kasih & sayang “…so apa lagi ikrar pun di buat…dan akhirnya mereka terima..hihi…

petang tu juga menyaksikan nyanyian lagu Satu Tekad yang mampu menggegarkan bumi Melaka, juga kelihatan ayam-ayam sopan KRJ yang mula mengeluarkan kepaknya apa bila muzik “ happy chicky “ di pasang…

Jangan tak tahu…Ummi SMT Bukit piatu juga turut melayan adik2 ni walaupun memakai jubah…begitulah pengorbanan yg diperlukan utk meladeni remaja2 …tapi tetap kena kawal pergaulan dan batasan nya..

MENITI ANGIN MALAM ( MAM- i )

Selepas solat isya’, program di teruskan dengan 'Demi Matahari, alhamdulillah adik2 ni memang bijak buat animasi demi matahari….kemudian pak lang menyusul dengan video2 clip dan kata2 nya yang menusuk kalbu…baru ckip pertama dah ada yg menitiskan air mata akibat sentuhan pengendali malam tu..sehinggalah ke penghujung slot MAM malam itu prgm berjalan lancar…

tetapi apabila tiba di ketika lagu “ Hidup nya Insan" ( nyanyian Hijjaz ) di pasang…( u’all tau kan masa ni apa yang akan ada )….adik2 kasih mula jadi tak keruan..ramai yang menjerit ketakutan…hingga ada juga adik sayang yang meninggikan suara akibat terlalu tersentuh…

Hal ini memaksa kak fidah yang dah terpateri di laptop utk bangun dan bantu apa yg patut, dgr citer sampai bengkak2 tangan beliau, Abg Long yang dah pulang ke rumah juga dikerah datang semula ke sekolah…( kami perlukan Ghost Buster !!!! )

MENITI ANGIN MALAM ( MAM-ii )

Sebelum bermulanya slot MAM –kedua, kami terpaksa meredakan keadaan dahulu, hampir 20 minit baru program dapat diteruskan hasil persetujuan antara KRJ dan Peserta, dan MAM malam itu banyak yang kami “ cut “ supaya tak jadi “ heavy “ sangat…

Sekali lagi Abg Bob dan Abg bai Berganding bahu malam itu…juga penghargaan kepada Pak Im yang sempat naik bas ekspress dari JB utk datang membantu di SMT Bukit Piatu ni..

Tahniah kepada mereka yang membantu malam itu kerana telah berjaya melaksanakan tugas dgbn baik walaupun baru pertama kali menjalankan tugas…

Dan prgm malam itu berakhir pada jam 2.00am selepas kami bersalam bersama 346 orang peserta…ramai tu!!! ( dengar citer malam tu ramai pengendali KRJ Johor yang lapor tak makan lagi..hihi…)

INTEAM ( Akrab Persahabatan )

Pagi sabtu itu….kami mulakan slot InTeam dgn Teka-teki oleh Abg Amin..kemudian sedikit game oleh Kak Fida. Kemudian mic diserahkan bulat2 pada Pak Lang….dan beliau terus memacu flight KRJ dgn jaya nya…pelbagai senario dan gambaran menarik yang dapat dirakamkan oleh juru camera professional KRJ…siapa lagi beb…mesti lah PakChu..alhamdulillah sesi In-Team berjalan dgn lancar…

Sebelum berakhir, kami sempat menjemput semua guru2 yag ada yang menyaksikan prgm KBM ini utk tampil kehadapan sambil di tayangkan video clip Guru ku… rupa2 nya Pak Chu sempat buat Video clip ni…

Dan In-Team kali ini…kami tutup dgn nyanyian lagu GEMURUH yang telah pun disediakan video clipnya oleh pak chu….sampai 4 kali kami ulang…habis suara beb!!!

HIJRAH SATU PERUBAHAN

Selepas selesai solat zohor 4 raka’at…prgm di teruskan dgn slot Hijrah Satu Perubahan yang dikendalikan oleh Pak Im anak lapan….hihi…dan dibantu oleh Pak Uteh…macam2 perubahan yg dapat di dengar….

  • Ada yang janji akan STOP Coupling-coupling…
  • Ada yg dah takmo Fly Over the gate..tapi nak Fly over the space…
  • Ada yang janji nak call mak setiap hari..budak asrama lah ni..
  • Ada yang janji nak tolong ayah basuh kete setiap minggu….huhu…
  • Ada yang janji takkan tinggalkan solat fardhu 5 waktu…
  • Tidak akan derhaka pada ibu ayah walaupun dgn sekadar mengatakan “ ah!! “…
  • Janji takmo kutuk2 kawan lagi….dan takkan biadab dgn guru lagi…


Dan macam2 lagi perubahan yg mahu di buat…kami doakan secara beramai2..dan juga memohon kalian yang membaca agar bersama-sama mendoakan adik2 SMT Bukit piatu ini. Jutaan terima kasih kepada Unit MEDITASI KRJ Johor ( kak Ani & kak Yati ) yang sememang nya jelas keprofesionalisme mereka berdua…chayok kak!!!

KU SAYANG IBU : KU SAYANG AYAH


Selepas solat asar…tibalah kami ke slot yang terakhir, apa yang mengejutkan ialah, kehadiran parents kali ini mmg menakjubkan, kerana hampir lebih dari separuh parents yang datang…oleh kerana masa program yang agak suntuk…maka Pak Lang terpaksa melakukan slot ini dgn secekap nya agar apa yang dihajati tidak tertinggal…

Alhamduillah segalanya berjalan dgn lancar…hingga ke penghujung prgm pun masih ada parents yang datang….maka berlarilah si anak memeluk ibu ayah nya di hadapan orang ramai,…itu lah tanda mereka amat menyayangi ibu dan ayah mereka…



Fakta yang menarik…seorang bapa telah tampil ke depan utk berkongsi bersama parents yang lain…apa yg manariknya ialah…bapa ini juga meripakan bapa kepada salah seorang pelajar Sekolah Menegah Teknik Jasin …yankni peserta KBM angkatan Pertama Melaka…alamdulillah..beliau menyatakan bahawa anak beliau yang berda di SMT Jasin banyak perubahannya…


Prgm di tutup dengan Bacaan doa dari Pak Lang…walaupun kami terpaksa tidak mengadakan sesi salam peluk seperti biasa,…tetapi adik2 kasih & saying ini tetap mahu salam dan peluk serta meluahkan rasa hati mereka kepada kami…ianya banyak menyentuh hati kami….

Di antara Komen yang sempat saya baca... " Flight KRJ Menyeramkan..."& " Kehadiran KRJ Di Utuskan Allah... "

Program Tamat !!!


Petang tu,,…tepat masuknya waktu solat maghrib..program pun tamat…kami bertungkus lumus mengemas PA System KRJ dan barang2 yang lain…

Malam itu…Kak Fidah dan Pak Lang akan ke KL untuk prgm Muzakarah Nasional…Abg Bai, Pak Uteh, Pak im, Pak chu & Amin mokri pula perlu bergegas ke SMT Jasin…

Adik2 kasih & sayang sedang menunggu kami di sana….tunggu lah cerita di SMT Jasin pulak yer…

SELAKU PENGARAH PRGM….

Saya dgn ini mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ummi ( Cikgu kamariah ), Alumni-alumni SMT Bukit piatu, ikhwah/at Karisma Melaka, Ikhwah /at JIM Melaka, Guru2 SMT Bukit Piatu, serta semua fasilitator yang terlibat….dgn ucapan

“ you all memang Hebat!!!! “

Bai : Program ini mampu menitiskan air mata ku…huhu…..

Monday, October 29, 2007

...weekend lepas KRJ kat Melaka

1. Jumaat dan Sabtu (26 dan 27 Oktober)
…Jumaat 3.00 petang hingga Sabtu 7.00 malam

Alhamdulillah… KRJ telah menjalankan KBM untuk 350 orang pelajar (bukan angka rasmi) Tingkatan 5 SMT Bukit Piatu, Melaka… satu rekod kehadiran peserta bagi kami…ya rekod juga bagi jumlah fasilitator yang hadir seramai 56 orang. Sukar untuk kami menggambarkan perasaan kami ketika ini dengan pelbagai perkara yang luarbiasa …( jadual, aura dan impaknya kepada peserta, bilangan fasi dan ibubapa yang datang diluar jangkaan, dan lain-lain..) Biarlah Pilot kami Pak Lang dan lain-lain yang menulisnya.

Sekadar nak mengucapkan tahniah dan jazakumullahukhairan kepada Pak Lang dan semua pengendali dan fasilitator, JIM Melaka dan Abang Long Hanuar, Cikgu Ummi yang telah berjaya mengumpulkan anak-anak buahnya ( alumni SMTM sebagai fasilitator), Bob (KRJ Perak…) dan khas kepada Pak Chu Masiri kerana videoklip ‘Gemuruh’ dan 4 lagi videoklip sepanjang 28 jam KBM tersebut dijalankan…juga kepada semua yang mendoakan.

Wakil KRJJ yang hadir ialah Pak Lang, Pak Uteh, Pak Chu Masiri, Pak Im, Hafiz Bai, Amin Mokri, Kak Fidah, Kak Ani dan Kak Yati…maaf kalau tertinggal nama kerana hadir lewat dan pada satu ketika seramai lebih 600 orang berada dalam Dewan Wawasan tu)


2. Sabtu (27 Oktober)…9 – 10.30 malam

Kali ini ialah program KBM Kembali 2 (Follow-up kali kedua) bersama pelajar2 asrama SMT Jasin. Rasanya hampir 100 peratus kehadiran pelajar asrama T5. Wakil KRJ yang hadir ialah Pak Im, Pak Uteh, Pak Chu, Abang Bai dan Amin Mokri. Pak Lang dan Kak Fidah dah bergegas ke KL semantara kakak-kakak lain dah bergegas pulang ke JB kerana dah lewat. Pengisian banyak kepada penekanan kepada kata2 semangat menjelang SPM…sekali lagi lagu 'Gemuruh' menjadi pembakar semangat dan modal kami…syabas sekali lagi Pak Chu.

3. Rabu (31 oktober)…10 pagi-2 petang

Ingatkan KBM dah tutup tirai 1 September lepas di SMT Jasin…rupa-rupanya ada lagi permintaan sehingga detik 31 Oktober. Kali ni mini KBM kepada seramai 200 pelajar tingkatan 5 SMT Tanjung Puteri, Johor Bahru

…teruskan perjuangan KRJ!


disertakan lirik - Gemuruh oleh Faizal Tahir

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu

Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi

Segalanya pastikan terbukti nanti

Ulang :Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

SURE - SUkan REmaja 2009!!!