Showing posts with label KBM 09. Show all posts
Showing posts with label KBM 09. Show all posts

Monday, August 17, 2009

Peserta KBM SMTA sanggup terjun dari pentas nak jumpa Ibubapa


Alhamdulillah, Progam Keindahan BersamaMu ( KBM ) siri 10/2009 di Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah, Johor Bahru telah selamat disempurnakan semalam. Seramai 142 orang peserta tingkatan 5 hadir dalam program 2 hari yang dikendalikan oleh Kelab Remaja JIM (KRJ) ini.
Tahniah dan terimakasih kepada semua pengendali dan fasilitator. Tahniah kepada semua peserta. Tahniah kepada SMTA yang akan menerima satu anugerah sekolah teknik terbaik minggu ini.
Slot Semarak Ramadhan, kutipan untuk Palestin, keahlian KRJ dan jualan cenderahati adalah antara perkara lain yang sempat diselitkan sepanjang program motivasi ini.


Antara Gambar menarik: Lagi gambar di

KMKY: Doa




KMKY bersama pak Tam, Angah, Kak Asma dan Abang Yeop


Sesi Inteam bersama Pak Im


Sesi MAM1 bersama Pak Uteh


Sesi Ibu bapa bersama Pak Anjang
Atas : salah seorang peserta, adik Zarul khusyuk mencatat sesuatu kepada ibu dan ayah
Tengah: Cenderahati dari KRJ kepada pihak sekolah
Bawah: Barisan pengendali dan fasilitator

Kutipan kepada palestin tidak dilupakan...ramadhan makin hampir. Sebanyak RM 461 berjaya dikutip pada sesi penutup


Monday, July 13, 2009

KBM SSP: Pesawat KRJ 110709 selamat mendarat

Ahad,12 Julai – Alhamdulillah, KBM Remaja siri 08/2009 selamat disempurnakan . Peserta ialah seramai 133 orang pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 SMK Seri Perhentian, Pontian (SSP).

Terimakasih diucapkan kepada pengetua SSP, Puan Hajjah Farida Mashur dan seluruh warga pendidik SSP atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan kepada KRJ. Program ini ialah kali ke –2 diadakan di SSP. Pada sesi penutup yang tamat pada jam 1.00 tengahari semalam, lebih kurang 70% ibubapa peserta telah hadir dan sebanyak RM506 telah dikutip untuk tabung Palestin

Tahniah dan terimakasih kepada para pengendali dan fasilitator. Tenaga KRJ kali ini adalah seramai 24 orang, termasuk 9 orang fasilitator baru. Terimakasih kepada saudara Hafiz Hamid (JKPRB) sebagai pengendali utama (sesi In-Team dan MAM), Pak Im (MKMS), saudara Umayr, Ammar Salleh , Amin Mokri dan Ammar Shahrin (KMKY, Hijrah dan KSIA). Terimakasih kepada orang Pontian, Cikgu Syahriah , Cikgu Khalid dan rakan-rakannya yang turut hadir membantu.

Tahniah kepada semua peserta ‘kasih’ dan ‘sayang’! Pengalaman selama 29 jam bersama kalian amat berharga buat kami. Syukur kepadMu ya Allah kerana memberikan kami kekuatan dalam KBM SSP. Ampunkanlah dosa kami, dan terimalah amal kami. Aminn..

Abang Bai dan Yeop

kakak Fasi


Abang Fasi

Abang A-A

Antara gambar2 di slot KMKY


Ewah2...lama jugak ka nak buat ni..apa2pun tahniah











Monday, July 06, 2009

KBM SMK Mt Austin...pertama di KBM

Dua foto dibawah mempunyai erti tersendiri buat KRJ Johor. Ini merupakan kali pertama KRJ Johor mencabar peserta KBM untuk membuktikan mereka berjaya melakukan formasi huruf sekolah dan KRJ pada waktu sesi riadah.

Alhamdulillah atas kerjasama dari pelajar-pelaar lelaki SMK taman Mount Austin, mereka berjaya melakukannya. Syabas dan tahniah adik-adik semua! Anda ialah batch pertama melakukannya di KBM...

Gambar dirakam sekitar jam 6.15 dan 6.30 petang di dataran sekolah.

SMKTMA: SMK Taman Mount Austin Tahniah, Tahniah!

Syukur... KBM SMK Mt Austin berjaya.

Alhamdulillah, Program KBM Remaja SMK Taman Mt Austin selamat disempurnakan pada jam 1.00 tengahari semalam (5 Julai). Peserta ialah seramai 100 orang pelajar Tingkatan 3 , 4 dan 5.

Terimakasih yang tidak terhingga kepada YDP JIMJB (Abu Nuha), Pengarah KRJ Negeri (Prof Dr Razman) , semua AJK dan aktivis KRJ yang menjayakan program ini.

Terimakasih atas kerjasama, komitment dan kepercayaan Pengetua SMK TMA (Hajah Salleha) dan semua guru2 yang telah diberikan kepada KRJ.

Tahniah kepada semua peserta Syukur kepadaMu ya Allah…atas segalanya yang Engkau anugerahkan kepada kami sehingga sempurnanya program ini.

Gambar dan report santai akan menyusul kemudian.

SURE - SUkan REmaja 2009!!!