Showing posts with label EMI. Show all posts
Showing posts with label EMI. Show all posts

Sunday, March 22, 2009

laporan EMI



AlhamduliLlah, penerbangan pesawat Eksplorasi Menara Ilmu 2009 bertemakan ‘One Aspiration, One Inspiration, One Mission, One AIM’ yang pertama kalinya dianjurkan oleh Kelab Remaja JIM Johor telah pun selamat mendarat kira-kira jam 2 petang, 22 Mac 2009. Anjuran EMI adalah gabungan KRJ, Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid dan Persatuan Alumni Sekolah Islam Hidayah (PaLS) dengan kerjasama Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) Nasional atau lebih dikenali dengan KNL.

Penerbangan kali ini menyaksikan penampilan pilot (Kem Komandan) Amin Mokri (Abang Amin) dengan kerjasama semua krew, pramugara dan pramugari; Pak Im, Muhammad Zakri Tarmidi (Abang Zakri), Zaid Omar (Abang Zaid), Salman Hishamuddin (Abang Salman), Hasif Hishamuddin (Abang Hasif), Mohd Anas Razak (Abang Anas), Kak Yatie, Kak Anie, Hazwani Sis (Kak Wanie), Amirah Dayana Azlan (Kak Myra), ‘Abidah Ali (Kak ‘Abyd), Nur Sakinah Norkhair (Kak Qyna), ‘Atiqah Shaharuddin (Kak ‘Atiq), Asma’ Aminuddin (Kak Asma’), Sarah Sahrel (Kak Sarah), Ruqayyah Nurul Iman Ainullotfi (Kak Iman), Khadijah Salim (Kak Dijah), Atiqah Kusaini (Kak Atiqah), dan Mardhiyah Mohd Jelani (Kak Mardi).

Bermula jam 830 pagi, pendaftaran dibuka untuk semua peserta di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid. Penyertaan tidaklah mencapai sasaran. Hanya 30% sahaja, tetapi kesyukuran tetap dipanjat kerana Allah telah memilih adik-adik ini untuk berada bersama mengekplorasi minda dan menara ilmu bersama KRJ.

Pendaftaran dibuka di depan pejabat Masjid Untuk pembukaan, trademark KRJ tidak boleh diasingkan lagi. Knowing Me Knowing You di bawah kendalian Abang Amin meraikan kehadiran dan kembalinya adik-adik yang majoritinya merupakan Alumni KBM KRJ ke EMI.

(Gambar) Amin bergaya dalam KMKY

Suka adik2 ni dalam KMKY Slot pertama bertajuk “ITK: Ini Tujuan Kita” disampaikan oleh Abang ‘Ammar Taqiyuddin Ainullotfi mengupas matlamat hidup dan penciptaan manusia di muka bumi ini sebagai permulaan untuk menekankan tentang matlamat yang lebih besar yang tergalas di bahu setiap daripada kita.

(Gambar) Abg ’Ammar dengan ”ITK”nya

Seterusnya, penumpang EMI sungguh bertuah kerana menerima kedatangan VIP-VIP hebat sepanjang EMI program iaitu Prof Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif, pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTM merangkap pakar aeronautic dan YDP JIM Johor, Dr Razali Ismail, pensyarah Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UTM Skudai, Dhany Sarip (Abang Dhany), mahasiswa UIA dalam pengajian sarjana Kaunseling merangkap Naib Presiden I KARISMA Nasional, Mujahid Hasanuddin (Abang Moja) juga mahasiswa UIA merangkap Timbalan Presiden KNL serta Amirah Dayana Azlan yang pernah merangkul anugerah Pelajar Terbaik peringkat diploma dan ijazah di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).


Forum yang sangat menarik. Adik2 semua seronok dengan info yang lain Kemudian, slot diteruskan dengan Game; Kerjaya @ IPT, yang modulnya direka oleh abang Salman Hishamuddin. Game yang mengambil masa lebih kurang sejam, mendedahkan kepada adik2, bahawa semua yang dipelajari di IPT, tidak semua akan digunakan, Cuma akan diaplikasikan sedikit sebanyak dalam kehidupan kerjaya.

(Gambar) Adik2 ni cuba nak teka apa yang kawan2 mereka nak cakap.


Pada malam harinya, program diteruskan lagi dengan perkongsian slot C2PC – Ciri-ciri Pelajar Cemerlang, oleh Dr Razali, dari UTM.

(gambar) Dr Razali dengan Slide gambar anak-anaknya.
















Seterusnya, untuk tirai malam itu, program diteruskan dengan slot; CSI CGPA, satu isu yang sedikit sebanyak perlu diambil tahu oleh adik2 lepasan SPM ini. Slot disampaikan oleh Abang Zakri.

(Gambar)Abang Zakri dengan gaya sengal dan bersahaja

Pagi ahad pula, abang Dhany meneruskan agenda dengan pengenalan kepada KARISMA, kenapa KARISMA? Haaa..kenelah datang EMI tahun depan ye…

(Gambar) Mahasiswa Du’at Teras Kepimpinan – tegas Abang Dhany

Dengan kerjasama PaLS, slot Tour de Career telah membuka 10 kaunter yang terdiri daripada kaunter Kaunseling (Abang Dhany), Undang-undang (Abang Dhany & Abang Moja), KARISMA (Abang Dhany & Abang Moja), Engineering (Abang Zaid & Kak ‘Abyd), Biasiswa & Pinjaman (Kak Anie), Matrikulasi/Tamhidi/Asasi Sains (Abang Hasif & Abang Anas), Business Management (Abang Amin), CENFOS UIA (Kak Iman, Kak Asma’, Kak Mardi), Bio-Technology (Kak Qyna), English (Kak ‘Atiq), Multimedia (Kak Myra), STAM (Kak Dijah, Kak Atiqah) dan diserikan lagi dengan booth KRJ (Pak Im, Kak Yatie).

(Gambar) Abang Anas bersungguh-sungguh menerangkan mengenai Ekonomi

(Gambar) Abang Moja dan Abang Dhany di Booth Law dan Kaunseling


Ni Booth Multimedia, TESL dan BioTech, meriahnya
Abang Zaid dengan Computer Engineeringnya…

AlhamduliLlah, dalam slot Langkah Bermula, peserta telah menanam azam dan tekad untuk menjadi individu soleh wa musleh, du’at multazimin dan agen penyebar dakwah dan kegemilangan Islam. Ada yang bercita-cita untuk menguasai ekonomi Islam, menjadi jurutera muslim dan sebagainya. Mudah-mudahan setiap azam dan niat baik adik-adik dipermudahkan oleh Allah untuk adik-adik mencapainya. Semoga termakbul..

Inilah Azamku ya ALLAH…


Alhamdulillah, thummal hamdulillah. Buat adik-adik di luar sana, we see you di IPT insya’Allah!


Fasi, AJK, dan peserta lelaki bergambar bersama

AJK, Fasi dan Peserta Perempuan

Tuesday, March 17, 2009

Aturcara Program EMI '09

Assalamu'alaikum, Adik-adik yang dikasihi..

Di sini Kak 'Abyd sertakan aturcara program Eksplorasi Menara Ilmu 2009 untuk rujukan adik-adik. ^__^ Jumpa di EMI, insya'Allah!


Sabtu 21 Mac 2009
0830 Pendaftaran
0900 Ucapan Pak Tam
0915 Knowing Me Knowing You
1100 Slot 1: Mission Possible
1230 ISOMA
1400 Slot 2: Life@IPT
1530 Slot 3: Jom Bekerja!
1645 Solat ‘Asar
1715 Riadhah
1800 ISOMATAZ
2100 Slot 4: C2PC
2200 Slot 5: CSI CGPA
2300 Tidur

Ahad 22 Mac 2009
0515 Qiam
0600 SOMATAZ
0645 Riadhah
0715 Khidmat Diri
0830 Slot 6: Pelajar Muslim @ IPT
0930 Slot 7: Tour de Career
1130 Slot 8: Shift Your Paradigm
1230 Slot 9: Langkah Bermula
1300 Penutup & Lunch
1400 Bersurai

Monday, March 16, 2009

EKSPLORASI MENARA ILMU 2009 (EMI '09)

Assalamu'alaikum WarahmatuLlahi Wabarakaatuh!



Adakah anda di kalangan lepasan SPM/STPM 2008?
Atau mungkin anak-anak anda?
Atau mungkin saudara mara anda?
Atau mungkin jiran tetangga anda?
Atau mungkin sahabat anda?
Atau mungkin anak usrah anda?
Atau mungkin....Sesiapa sahaja!

Kalau YA, Jom ramai-ramai ke

EKSPLORASI MENARA ILMU (EMI) 2009

julung-julung kalinya diadakan untuk LEPASAN SPM/STPM 2008

pada

21-22 Mac 2009

di

MASJID TAN SRI AINUDDIN WAHID, TAMAN UNIVERSITI

dengan bayaran RM 30 sahaja!

anjuran

KELAB REMAJA JIM (KRJ) JOHOR
PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH ISLAM HIDAYAH (PALS)
MASJID TAN SRI AINUDDIN WAHID




Daftarkan diri anda/anak anda/saudara mara anda/jiran tetangga anda/anak usrah anda/sahabat anda atau sesiapa sahaja yang seharusnya mengikuti EMI ke program
EKSPLORASI MENARA ILMU 2009

melalui

(i) EMAIL (emij09[at]gmail[dot]com) dengan tajuk: Daftar EMI


(ii) SMS ke +013-7140671 (Kak 'Abyd)
atau +013-3561853 (Kak Qyna)

(iii) Respon di Blog KRJ di bahagian iklan EMI

(iv) Jika anda mendapat brochure EMI, potong bahagian pendaftaran, isi dan poskan ke alamat yang tertera!

***Untuk SMS, hantarkan kepada urusetia EMI:
DAFTAR EMI [Nama] [No MyKad] [Sekolah] [Jurusan]

Mudah je kan! Apalagi.. Daftar sekarang!!
Penyertaan hanya dibuka untuk 100 insan bertuah sahaja!



Dengarkan bagaimana untuk menjadi

PELAJAR MUSLIM YANG CEMERLANG DALAM AKADEMIK, SAHSIAH, KOKURIKULUM

BELAJAR MACAMANA NAK DAPAT CGPA MANTOP, KIRA-KIRA POINTER DI IPT

PERKONGSIAN PELAJAR IPT, LEPASAN IPT, PENSYARAH IPT TERKEMUKA TENTANG LIFE@IPT

KENAPA PERLU JADI SOLEH & MUSLEH DI IPT

dan pelbagai aktiviti menarik untuk anda!!

Kami dah war-warkan. Kami dah iklankan.
Sekarang, terserah kepada anda.
Kami menanti pendaftaran anda!
Jumpa di sana, insya'Allah!

SURE - SUkan REmaja 2009!!!