Showing posts with label B2N. Show all posts
Showing posts with label B2N. Show all posts

Tuesday, June 19, 2007

B2N...v 2.0

Oleh: Asma'Amatullah Hasanuddin

Ulu Tiram, 9 JUN 2007: Jam 5 petang perkarangan Tiram Indah Village mula dipenuhi pelbagai kenderaan yang ingin menghantar putra dan putri mereka untuk menyertai satu aktiviti khas sempena musim cuti persekolahan anjuran team KRJ dan KGI . Terdapat juga beberapa bas yang menghantar pelajar2 mewakili sekolah mereka termasuklah MRSM Pontian dan Sekolah Tun Fatimah (STF)..setelah mendaftar para peserta di tempatkan ke ruang penginapan masing2 sementara menunggu acara perasmian.

Acara perasmian dikendalikan oleh Abu Nuha dengan sedikit ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Puan Fauziah Sahar selaku wakil KGI. Selesai acara perasmian kami menikmati makan malam diikuti solat maghrib dan sedikit penyampaian oleh Ust Omar Danial..pelbagai cerita ilmu dan doa dikongsikan bersama adik2 antaranya kisah paderi Ayub.
Selesai solat isyak suasana dingin malam di hangatkan dengan slot masam2 manis yang dikendalikan oleh Bro Bai dan Bro Yeop...dalam sesi ini para fesi turut diperkenalkan, termasuklah fesi berkembar antaranya 3 Ammar dan 2 Asma..dan beberapa fesi lagi ..selesai sesi ini peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan..namun dalam kemeriahan acara ini seorang adik kasih semuda 11 tahun telah menitiskan air mata mungkin kerana belum sesuai dengan suasana..beberapa fesi cuba memujuk dan akhirnya menempatkan adik ini bersama kakaknya yang juga peserta dalam satu kumpulan.

Dalam slot jalan2 cari hidayah yang diadakan pada hari kedua adik2 kasih dan sayang telah merintangi onak duri dalam mencari hidayah Allah . Mereka telah dihasut oleh syaitan dan iblis bertopangkan manusia namun diakhir kembara segala dosa dan noda itu berjaya dihapuskan dengan ibadah zikir dan amal soleh..pengalaman diajar berwuduk di sungai dan solat duha beralaskan tanah berbumbungkan langit tak mungkin dilupakan adik2 kasih dan sayang.



Petang hari kedua pula diisi dengan slot Tour de quran. Dalam slot ini pengetahuan adik kasih dan sayang tentang al-quran telah diuji oleh penunggu2 di check point yang berserakkan di sekitar tiram indah village..ada yang diuji bacaannya ada juga yang diuji hafalannya.Keputusan nya??..ada adik2 yang mengaku hanya membaca surah2 pilihan sahaja..ada yang tak pandai langsung membaca alquran dan tak kurang pula bacaanya sangat baik. Cuma jarang membacanya atau membacanya hanya dalam majlis2 tertentu..

Malam hari kedua menjadi lebih hangat dari biasa dalam slot Chit Chat Kamceng Dengan Solat dikendalikan oleh Bro Bai selaku pengerusi majlis dan barisan panel dibintangi oleh barisan pakar dan ustaz yang berpengalaman,..bermodalkan karipap dan slogan Solat tu cool tak??? menjadikan suhu persekitaran sesi citcat lebih panas..walaupun kepenatan namun adik kasih dan sayang tetap tampak ceria. Di akhir slot citcat tentang solat satu penampilan istimewa dari Abang Long membuatkan adik kasih dan sayang tak kering gusi dan lenguh pipi lantaran aksi2 Abang Long yang menggeletek hati nurani namun tetap padat dengan ilmu dan pengalaman . Sesi malam diteruskan lagi dengan penyampaian Pak Lang tentang bio mekanik solat yang penuh dengan info menarik dan menakjubkan tentang keunikkan ibadah solat...MashaAllah.

Sesuai mengerjakan solat subuh berjemaah sekali lagi adik2 kasih dan sayang dihidangkan dengan santapan rohani yang disampaikan oleh penceramah yang diimport jauh dari Batu Pahat iaitu mak Chu. Menggunakan teknologi powerpoint bervideo dan audio mata yang mengantuk menjadi segar bugar. Penyampaian bertemakan alam sebelum semasa dan selepas kehidupan cukup memberi kesan kepada para peserta B2N..pagi yang indah dimeriahkan lagi dengan sesi riadah di mana adik2 kasih telah bersenam aerobic berlatarkam muzik bak kata Cik Asma Aminuddin ala2 muzik rock and roll.

Selepas bersarapan bermulalah slot khas dimana Pak Lang dengan jayanya telah mengingatkan adik2 tentang harapan dan impian ibu bapa diselang seli dengan slide tentang harapan dan impian ibubapa..ada juga ibu bapa yang dihubungi secara live dan ucapan mereka didengari oleh sekian insan yang hadir diacara tersebut. Sesi terakhir ialah sesi bersama fasilitator kumpulan untuk mereview balik aktiviti sepanjang 3 hari dua malam..sesi terakhir ini agak menyentuh perasaan apabila adik2 kasih dan sayang turut berkongsi azam dan impian untuk berubah kearah lebih baik dan suasana saling mendoakan antara satu sama lain..

Majlis penutup di corakkan dengan warna warni kasih sayang dalam sesi bersalam-salaman. Adik2 kasih dan sayang saling bertukar no tel dan emel dengan para fesi dengan harapan perkenalan yang seketika dapat diteruskan pada masa akan datang. Selesai makan tengahhari maka berakhirlah program B2N ini. Pelbagai perasaan pengalaman dan azam dibawa pulang. Doa para fesi dan pengendali mengiringi kepulangan adik2 ini.

Thursday, June 14, 2007

B2N...v 1.0

oleh Abang Bai

assalamualaikum warahmatulah....
apa khabar semua?
Solat tu COOL ke?

inshaAllah, kali ni saya nak bercerita sedikit ttg prgm " Back 2 Nature "(B2N) yang diadakan pada 8-10 JUN 2007. Program B2N ini telah diadakan di 'port' favourite KRJ...Tiram Indah Village ar...hihi...jom...kita tengok apa yg ada...

( JUMAAT : 8 JUN 07 ) MUQADDIMAH

..pendaftaran start pukul 5pm...tapi tak ramai sangat masa tu... hujan kot... bila dah pukul 5.30pm..mula bas dari MRSM datang, dari Taman Daya datang, Megah Ria dan sebagainya...

masa tu...pendaftaran dah mula pack....more than 100 jugak ar peserta nya...
MIN AINA : ILA AINA --- > MASAM - MASAM MANIS

..utk slot ptama malam tuh...after solat maghrib...ada tazkeerah dari ustaz Umar, ni anak Dr Danial Zainal Abidin tau, bukan calang2 orang nih...kemudian ada penerangan 10 syarat dari Pak Lang...hihi...sapa ingat lagi apa syarat nya????

Kemudian..selepas isya'...tiba lah slot Abg Yeop & Abg Bai...puas peserta buat 3S malam tuh... mula2 buat 3S sesama kawan, kemudian buat 3S ikut tingkatan 1 - 5, buat 3S ikut warna baju dan tudung, dan last sekali buat 3S ikut abjad nama...fuh...mmg tercabar...cuma masa nya nampak macam terlalu lama...sorry ler kalau terlalu lama....apahal pun, malam tu adik2 kasih & sayang rasa enjoy dan tak sabar nak tunggu progam seterusnya...hihi...


SEBELUM TERLENA ....

sebelum terlena pada malam itu...adik2 kasih & sayang telah diberi pengisian tentang apa yang perlu dibuat sebelum terlena....Pak Lang telah membuat aksi yang cukup menarik...chayok Pak Lang...


( SABTU : 9 JUN 2007 )
QIAMULAIL

erm...pagi tu kami bangun seawal 4.30 pg...dan pagi tu juga ada Qiamulail...program ( malam ni dikendalikan oleh Abang'Ammar Taqi...alhamdulillah segalanya berjalan lancar sehinggalah masuk waktu solat subuh...

Selepas subuh...Mak Lang pula menyampaikan 'Rasulullah Yang Aku Teladani'...selain dari games, Mak Lang jugak menayangkan video "Jejak Rasul" semasa mereka ke Mekah baru-baru ni.

JALAN - JALAN CARI HIDAYAH...



...carik 10 jenis daun yang berlainan..
...carik pasangannya
...macamnan ambil wudhu' dala air erk, kena bukak kasut ke?
...baca kuat-kuat rukun iman
...baca kuat-kuat ayat...surah...
...solat Dhuha 2 rakaat kat Padang tu
begitulah antara yang kena dicheckpoint slot JJCH, satu trademark KRJJ di TIV ...perjalanan hampir 5 kilometer selama 3 jam...hmmm...tak banyak yang boleh diperkatakan, jadik peserta baru feel..yang pastinya mereka tak putus-putus ditarbiahkan oleh para fasilitator

pada permulaan pengembaraan kita dibekalkan dengan Al Quran, ...dengan berpandukannya dan sunnah nabi kita dapat mengharungi cobaan dan liku hidup ini...begitulah kesimpulan semasa rasionalisation oleh Adik Azizi, 16 dari MRSM Pontian

Xplore de QURAN..




..after zohor...ada pula prgm " XPLORE de QURAN. "...lebih bertujuan utk mendekatkan diri kasih & sayang kepada Al-quran...memang dasyat juga explorace ni...tetapi ternyata kasih & sayang masih komited utke explore apa yang ada sehingga lah jam 5 pm...fuh!!! mmg terangkat kening dibuatnya...thanks to abg " 'ammar taqi " and the gang yang telah menjayakan xplorace ni...teruja dibuatnya


CHIT - CHAT SOLAT...




Selepas solat maghrib...tibalah kepada Talk Show atau Chit-chat remaja tentang solat...dan tajuk malam tu ialah " KAMCENG DENGAN SOLAT "...malam tu menyaksikan Abg Yeop, Abang Munawwar ( karipap ), Kak Muss & Kak Nazifah di jemput sebagai ahli panel dan di moderate kan oleh Abang Bai...kemudian di simpulkan oleh JURI jemputan Abang long Hanuar...memang best masa ni..hihi... trademark talkshow malam tu ialah....

abg bai : SOLAT TU COOL KE????
peserta : CoooooooooooooLLLLLLL !!!


AKU DAN SOLAT KU...

..selepas isya'...Pak Lang muncul kembali dengan aksi yg lebih mantap...malam tu banyak menyentuh tentang solat dan biomekanik...di mana kita dapat lihat betapa hebat nya SOLAT ni...kemudian pak lang juga menyentuh tentang " betapa kita ini sentiasa take for granted " tentang solat kita...dan malam itu di akhiri dengan lagu ini...
" tapi aku khuatir..ketika bersamamu.."
"tidak pula pandai beradab dengan mu ..."

( mawwadah- terima kasih wahai tuhan ku )



AHAD : 10 JUN 2007
JALINAN...
pagi terakhir prgm B2N...kami nyanyi lagu Jalinan bersama-sama...puas jugak Abang Bai beraksi dengan mickofon nya...rasanya 4 kali ulang lagu tu...tapi memang puas hati bila dapat lihat kegembiraan adik2 kasih & sayang bersama KRJ...terima kasih adik2 kasih & sayang...


AZAM KU...
kemudian..datang Abu Nuha untuk beri sedikit tips dan pengalaman kepada adik2 kasih & sayang...kemudian adik2 pula diminta memenuhkan ruang buku modul yang ada...
kami mendoakan agar segala azam adik2 mendapat redha Allah swt...


HARAPAN IBU & AYAH...
untuk slot seterusnya...sekali lagi Pak Lang tampil beraksi...kali ni kami menayangkan 15 Slide tentang harapan dari ibu bapa peserta..mudah saja..kami dapatkan number phone setiap parents..kemudian minta dia nyatakan harapan mereka kepada anak2 mereka dan semua peserta yang ada...kemudian kami taip di Slide show power point dan pancarkan guna LCD...biar semua pesrta dapat melihat dan mengambil iktibar tentang pesanan yang di beri...

untukk memantapkan lagi pesanan2 yang ada..pak tam buat LIVE call kepada beberapa parents yang ada...kami call parents depan peserta, kemudian guna LOUD SPEAKER utk menjelaskan lagi perbualan...maka..kedengaran lah seluruh dewan dgn beberapa ucapan dari parents2 yang sempat kami hubungi..

slot harapan itu di akhiri dengan klip anak soleh....



" wahai ibuku wahai ayahku "
" ampunkan dosa-dosaku "


LUAHAN RASA
slot terakhir hari itu ialah luahan rasa dari peserta-peserta B2N..
alhamdulillah ramai yang berani tampil utk meluahkan apa yang tersirat di hati mereka...
kami mendoakan agar segala pengajaran & pengalaman yang dapat...di amalkan dan di kongsi bersama sahabat2 yang lain...



MAJLIS PENUTUP...
sebelum program berakhir....abg2 Fasi & kakak fasi telah menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk ??? ...dan di susuri dengan bacaan Doa dari pak lang....

program tamat dengan " salam, peluk & bisikan terakhir " antara peserat dan KRJ....

akhir kata dari saya...
semoga ukhwah yang terkalin ...kekal buat selama nya.....

terima kasih buat semua yang terlibat...terutama kepada otai2 KRJ...

( PAK LONG, PAK LANG, PAK IM, PAK TAM, ABU NUHA, PAK NGAH, ABG YEOP, ABG BAI, KAK ANI, KAK MUSS, KAK YATI, MAK NGAH )

juga kepada fasi2 yang terlibat...

( MUNAWAR, 'AMMAR TAQI, 'AMMAR SHAHRIN, 'AMMAR SALLEH, ASYRAF AMINUDIN, AFIF, QAYYUM NAZRI, AMIN MOKRI, KAK NAZIFAH, ASMA' AMIN, NISREEN, AINA,INSYIRAH, ASMA'2, )

dan mereka2 yang terlibat tetapi tak disebut nama nya....anda semua memang HEBAT...juga tidak lupa kepada " KELAB GURU ISLAH ( KGI ) "...

dan yang terakhir sekali...kepada :
" ADIK-ADIK KASIH & SAYANG "......




Wednesday, June 13, 2007

B2N: Apa Kata Peserta



Rasa puas hati kerana dapat berkenalan dgn ramai sahabat baru dari tempat lain & bertukar-tukar ilmu ....dapat mengenali gaya sekolah luar


Cara denda yang tak berat tapi berkesan
Talk show yg menarik & tak skema sangat



Slot chit-chat Kamceng Dalam Solat & Bio Mekanikal Solat banyak memberi ilmu
kepada saya tentang solat


Program KRJ ni terlalu bagus. Nasyid bagus... Kawan semua baik dan ada juga yang kurang
sopan.



Dalam bebanyak program KRJ yg kitorang pernah pergi ni lah program paling bestand kitorang nak ucapkan jutaan terima kasih kepeda Pak Lang, kalau takde dia kitaorang tak kenal KRJ ...

This programme is a superb Islamic programme!
Program ni memang cool!!! Tapi tak se'cool 'solat



Solat bukan macam karipap:sedap ambik, tak sedap buang...Tapi solat macam...macam, argh tak tau ar macam apa?...Yang penting, tanpa solat kita bukan Islam... Thanks KRJ



Insaf jugak la, sebak & terkejut jugak la sebab telefon mak saya.
Berasa diri saya dekat dgn Allah dan rakan-rakan lain hubungan seperti sebuah keluarga




Sangat efektif kpd peserta-pesertanya dan meningkatkan semangat saya utk menjadi seorang muslimah yg baik.


Saya dapat rasakan bahawa program ini dapat menjadi penawar kepada masalah gejala sosial di Malaysia


Lepas menyertai program ni, rasa lebih memahami islam walaupun dah menyertai 3 kali... ser ing diingatkan tetang hidup cara islam, sebab sebagai manusia kita memang selalu lupa & leka...selama menyertai program KRJ, hidup rasa lebih terisi untuk menghadapi alam dewasa nanti



Rasa menyesal kerana selama ni walaupun KRJ selalu datang sekolah... sebagai seorang yang telah diberi peluang utk berjumpa dgn KRJ, saya sering ponteng & mencari berjuta alasan utk tak ikuti program. Saya malu sangat bila fasi tanya mengenai ayat2 yang dihafazsaya dah 17 tahun tapi sedikit sahaja yg di hafaz


Saya bersyukur sangat dapat ikuti program inimula-mula tu saya terpaksa sangat! Tapi lama-lama, ya Allah! Bertuahnya saya dapat ikuti kem ni...saya janji akan berubah!


SURE - SUkan REmaja 2009!!!