Thursday, March 22, 2007

KRJ Batu Pahat di TIGS

oleh Nurin Syahidah fasilitator KRJ ( R2J ) di Temenggung Ibrahim Girls School, Batu Pahat


10 Mac 2007

Pagi ni kami bertolak dalam jam 7 pagi dari rumah Mak Cu. Ana, Wan dan Asma menaiki estima yg dipandu akh Farhan. Kami tiba agak lewat kerana akh Farhan melencong menjemput temannya yg turut akan mengendalikan program Bina Insan dan Akur Janji di TIGS pagi ini. Mulanya ana ingatkan tiada ikhwah langsung ternyata melest sama sekali.

Setiba di sana hati ana dah mula cuak yelah bukan setakat adik2 yg menjadi peserta malah ada juga kakak2 tingkatan 6 atas dalam program ni. Selesai majlis penyerahan akh Farhan ambil alih. Well, he's very natural (kekadang ada sesetengah fasi ni cam buat2 je joke diorang tu). Tibalah saat yg mendebarkan, sesi memperkenalakn diri. Malam tadi puas kami fakir apa nak kelentong adik2 ni. Asma yg mula dulu. Dia pun cakaplah yg sekarang ni tengah kerja dengan R2J Enterprise. (tak tipukan?). adik2 tu cam tak puas hatilah pulak so adalah sorang dua yg tanya umur. Seb baik Asma x layan. Fathimah lagi power, dia kata yg dia sekarang ni sedang belajar 'dekat' UTM. (masih tak menipu).

Masa army yell adik2 ni punyelah semangat dan most of them dah biasa buat so xdelah masalah. Cume kekadang rasa diorang punye idea cam sama je. Kalo tak spongebob, bersamamu (digi). Dekat 3 4 kumpulan buat benda yg hamper sama. Satu yg ana respek masa rehat cuma 15 minit but diorang punye tahap ketepatan masa speechless.

Inteam petang tu kurang menjadi. Pak cik Roslan pun first time and dia kurang sikit kasi tumpuan pada peserta. Kebanyakan peserta gelak2, berbual masa slot ni. Memang tak give attention pada pak cik Roslan. Risau gak kalu malam nanti benda sama terjadi.

Petang tu main musang dan kambing. Punyalah bersemangat sampai ada yg cedera ringan. Main bom adalah pengalaman bagi fasi yg amat memalukan. Ada dalam 11 team termasuk fasi dan nama kumpulan berdasarkan nama makanan. Mee sup, pizza, aiskrim dan lain2. fasi punya team bernama tempe sebab ramai benar baru balik dari Jawa. Tengah panas permainan, Kak Fifi perasan yg team aiskrim dah gelak2 sebab diorang tak kene. So kami pun ngobrol dan tak pasala2 senyap. Rupa2nya kami dah kalah. Waa malunya

Malam tu agak mencuakkan. Yelah takut2 hal yg sama berulang. Tapi amat tak disangka2 tersedu2 adik2 ni menangis bila slot bersama Mak Cu yang bertindak sebagai Pak Lang malam tu. Part paling kritikal bila mana mayat di bawa masuk. Meraung satu dewan. Fathimahlah yg paling kelam-kelibut mententeramkkan adik2 ni.tak menangtangan kami. Tak sangka siang tadi yg macam tak de ape2, malam tu mereka menghamburkan segala air mata yg ada.

Slot seterusnya berjalan dengan jayanya. Mak cik Pah sebagai Kak Fida sememangnya menyentuh hati yg teramat sangat. Ustazah Fauziah menangis tatkala melakonkan watak yg selalu dipegang Abu Nuha. Memang menusuk qalbu. Pelakon tambahan seperti Fathimah, Nabihah dan Nurin bijak memainkan peranan. Ya ke?



11 Mac 2007

Slot pagi ni bersama Mak Cu. Akan tetapi berlaku masalh teknikal apabila semua plug xleh guna. Boleh tahan juga fasi2 junior ni walaupun tanpa kehadiran otai2 KRJ. Kami cuba selitkan apa2 aja yg kami tau buat pedoman adik2 ni. Tibalah slot Mak Cu. Mak Cu beri mereka peluang untuk pilih slide yg ada. Pastu adalah yg pilih slide Anak Soleh (tak silap ana). Tak perlu Mak Cu cakap apa2 mereka dah menitiskan air mata. Moga2 ia adalah air mata keinsafan. Slot bersama ibu bapa berjalan dengan lancar. Ramai ibu bapa yg hadir.

Selesai semuanya tibalah saat untuk kembali ke halaman rumah masing2. tapi, apakan daya semua tiket ke JB di bandar Batu Pahat mahupun Ayer Hitam semuanya telah habis dijual Sold out. Maklumlah ctuti sekolah baru bermula. Akhirnya keputusan di ambil kami akan pulang dengan teksi. Buatnyea pulak teksi yg kami naiki tak de AC (sebutan Indonesia). Takpe2 sebahagian dari tabiah tu. Alahmdulillah kami selamat tiba di Skudai dalam jam 6 petang.

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!