Saturday, December 16, 2006

X-PeRT 2006 ...Coretan fasilitator

Oleh Insyirah Mokri

First of all mabruk pada semua yang terlibat utk X-PeRT '06. Sebagai perintis untukk program ni ana rasa we have done a great job . Mungkin ana tak merasa la how hard it is to organize a national program macam ni, b4 this ana cuma merasa berada dlm prgm nasional (XREK --> peserta dan pengiring) dann kalau bab organize prograam pun just program KRJ biasa kat Johor. Yang untuk X-PeRT ni pun dah last2 minute baru ana muncul

Kelainan untuk program ni memang unexpected oleh peserta, kirakan surprise la adik2 tu bila datang program. Sepananjg program ni pun kita nampk adik2 tu dapat banyak pengalaman dan ana harap its valuable for them in the future, insyaAllah .Macam yang kita discuss among fasi dan AJK after persembahan haritu, we can see the different between budak2 SMI dan budak2 non-SMI (bukan SMI Hidayah jer tau..). Macam mana background diri masing2 influence the way they act. Ana setuju la kalau nak kata budak2 SMI ni memang susah nak bergaul dalam masyarakat sebab kurang pendedahan dan dah terbiasa dok dalam bi'ah soleh di skolah masing2 + dengan sikap asabiyah masing2. Ana tak nafikan lah dulu pun ana mcm tu jugak dan KRJ have change me and let me know the reality of life disamping experience lain lar...

Ana tak tau la negeri lain punya program macam mana tapi memang KRJJ dah biasa program bersama masyarakat since dulu lagi so memang patut la program macam ni di'nasional' kan. Adik2 tu banyak la belajar how to communicate dengan masayrakat, macam mana nak sesuaikan diri dengan masyarakat yang tak terdedah dgn tarbiyah macam diaorang. Kadang2 tu nak tergelak jugak ana bila ada yang tersasul guna 'ana', 'banin', 'banat', 'antum' waktu communicate denggn org luar tapi memang biasa la tu for the starting.

Part menjual tu memang bagus la sebab memang ana realize ilmu keusahawanan ni penting especially for us, MUSLIM. Dari hadis pun ada sebut '9 per sepuluh rezeki dtg dari perniagaan' --> hadis dhaif ni sebenarnya tapi boleh di manfaatkan. One of my senior pun pernah guna hadis ni sebagai jawapan kepada persoalan 'if after habis belajar tak dapat keje, macam mana?'. Logik la kan kalau tak dapat keje kita buat bisnes, buat apa nak kejarkan 1/10 sedangkan kita ada lagi 9/10 sumber dar iperniagaan yang boleh dimanfaatkan. So, Pak Uteh kena plan bengkel keusahawanan la lepas ni...kalau bab bisnes in islamic perspective boleh la kot refer pada ana (cewah...masuk bakul angkat sdr ) takder la..ilmu ana siket jer tapi insyaAllah apa yang ana belajar mungkin boleh dimanfaatkan lagipun bila ana tengok cara jual beli yang kita selalu buat pun kadang2 ada jugak yang tak patut dan ada gak yang langgar syariat. Maybe this can be satu cabaran for KRJJ in program MRSM itupun kalau ada rezeki untuk adakan program tu la...

Part yang bagi sumbangan tu pun best. Rata2 memang adik2 ni tak pernah buat aktiviti ni kot sebab nampk kekok nak bercakap, nak buat apa, even nak bg sumbangan apa dan how much nak bagi pun tak tau . Samala macam ana dulu waktu first time buat aktivt ini...

Part memasak tu pun bagus gak tapi ana dengar kat daerah lain tak macam kat Pontian yer??? Kat tempt ana tu memang semua mix up la...bawang putih, bawang merah, bawang besor, kentang, keropok, beras dll. Yang susah nak asing tu tak la masuk sekali tapi..... sayang nyer ana terdelete pulak video adik2 tu tengah asingkan bahan2 tu....takper belajar dari kesilapan...lain kali check dulu sebelm delete content dalam CD. Kesian adik2 tu kena basuh beras banyak kali sebab takut kulit bawang termasak sekali nanti. On this part memang akhawat champion lar....

Untuk part organize program tu lg la bagus. Sama la macam SRD (Seminar Remaja Du'at) yang ana ikut dulu. Kalau tak silap ana projek adik2 ni pun lebih kurang sama mcm SRD dulu (zaman akhi Wan Am pegang Karisma) cuma in term of application adik2 ni lagi beruntung la sebab memang buat betul2, tak macam ana dulu buat main2 jer, just pretending akan buat satu ekspo tapi cuma ekspo dikalangan peserta jer and another one kena buat satu majlis perasmian untuk any event pun buat di kalangan peserta. Memang susah nak organize program tapi kalau dah biasa insyaAllah bila masuk IPT ana percaya adik2 ni la yang akan lead the activities. Pada ana in term of planning adik2 ni bagus tapi bila masuk bab yang melibatkan komunikasi dengan orang luar, kerjasama dengan org lain memang hancur .

Wah, panjang nyer ana taip, jap, tak habis lagi.... part kat Tiram Indah biasa jer kot. Yang pastinya ana nampak how strong and sweet nyer ukhuwwah tak kira among peserta or fasi, sama jer dua2, fasi jumpa fasi pun kecoh, peserta jumpa peserta pun kecoh. Bila matlamat dah sama, hati dah bertaut, merasa pahit manis bersama, ukhwah kita semakin manis dan indah terasa dan insyaAllah semakin membara semangat untuk meneruskan dakwah.

Untuk slot trekking tu biasa la safety tu kena alert sangat2 especially utk akhawat. Yang ana nampak fasi too excited untuk war game kat situ so safety kat situ macam take for granted jer .....ana faham ukhwah tu mantap sangat...tapi bila mana tanggungjawab tu kena buat so buat la sebaik mugkin lagipun ana segan bila ada pengiring sekali sepanjang trekking tu tapi part war game tu memang happening la sampai kakfida dan kak mus pun kena serang dgn budak2 nakal kat tepi sungai tu (paham2 sudah la saper yerk....) memang nakal sangat2 la budak2 kat situ, kalah monyet2 kat dalam hutan tu, he,he,he....

In term of preparation untuk jurnal tu buat ana teringat Mukhayyam Ramadhan dulu yang ana pernah join kat tempat yang sama. Punya la nak siapkan presentation sanggup bersengkang mata, nak tidor pun kat dewan tu jugak. Mostly adik2 tu memang work hard jugak lar...dan ana pun w/pun sekadar ajk masih nak menangkan team Terengganu gak so bagi la idea siket2. Owh, luper...persembahan biasa jer...nothing special...Pertan (Perak + Kelantan) dengan dikir barat, Johor dengan sketsa statik nyer, Terengganu pun sama + nyanyi lagu KRJ Terengganu, N9 sketsa + nyanyi gak, KL dan Perak nyanyi jer. Yang ana suker tu part kritik tu sebab pengkritik nyer best tapi kali ni bukan Kak Fida la yg best...Nazifah plak...memang selamber la bagi komen....good job!!

Waktu meeting dengan semua fasi dan AJK tu memang best la....macam KakFida cakap sesi kira nak training jugak fasi2 untuk bersuara, bagi pendapat . Ana tau kalau Pak Anjang ada habis la keluar semua ayat2 menyindir dia, mana yang pedas ker, masam ker, pahit ker, semua kena telan...sori Pak Anjang.... he,he,he. .... Apa yang ana nampak secar tak langsung everyone nak bercakap, nak defend team masing2, nak bagi every single information yang mereka ada + kat situ baru terasa tak ada gap atr fasi ker, AJK ker, penasihat ker....it likes macam satu family having a meeting, ada gelak ketawa, usik mengusik, kena mengena, arguing, memang seronok la ......kalau semua orang sedar before start meeting semua mengantuk tapi bila dah panas discussion tu hah.....hilang mengantuk, tak berhenti meeting tu.... cuma part SMIH tu memang sensitif la...urghhh

The last day tu alhamdulillah, bila dengar komen dari pihak JKPR pun ana seronok jer...diaorang pun appreciate our effort, memang rasa puas hati lar....yg ana tak tahan tu Abu Nuha lar....memang lawak betul tapi menjadi sangat2 , "Juara bagi persembahan terbaik jatuh kepada...... .......negeri PAHANG!"semua bersorak bagai nak rak tiba2 senyap.....apala AbuNuha dengan selambanya kata...ni mana ada negeri Pahang, ceh... semua tertipu.....

Overall semuanya.. alhamdulillah berjalan lancar....dan ana rasa jarang fasi dan peserta rapat bila progam nasional. Keep in touch dengan adik2 tu lgpun insyaAllah bila adik2 tu masuk IPT mereka ni la yang bakal menerajui dakwah di kampus pulak seperti mana pewaris2 yang ada sekarang ni, insyaAllah. Tak lupa jzkk pd semua ats usaha masing2, moga2 usaha kita diberkati Allah dan teruskan perjuangan!! !

~iNsYiRaH mOkRi~

X-PeRT 2006 ...Satu perjuangan

....X-PeRT sebenarnya bermula selepas ini
hasif hishamuddin, peserta KRJ Johor
...ribuan terima kasih kpd JIM JOHOR/KRJ JOHOR, ABG HAFIZ, ABG NIZAM, KAK NAZIFAH, KAK FARHANA, PAK UTEH SEKELUARGA, ABG HAFIZ SEKELUARGA, PAKCIK HASANI SEKELUARGA, SEMUA FESI2 dan semua yang banyk membantu.. X-PeRT '06 memang BEST.. semoga segala usaha kalian dirahmati ALLAH hendaknya..sekian, Jzkk. ..
muhsina hassan, peserta Kuala Lumpur
Alhamdulillah dan Tahniah kpd pihak penganjur yg berjaya melaksanakan xpert buat julung kalinya.. dan tahniah kpd team krj yg memenangi kumpulan terbaik dan anugerah akademi realiti.. jug tahniah kpd org kuat2, Pak Long, Abu Nuha, Kak Fida, Pak anjang, Pak Uteh dan mereka yang tak dapat nak disebut...

Kami team Terenganu selamat tiba jam 4.30 pg.. bawa peserta jalan2 cari makan dulu..

sekian..
khairudin..pengiring Terengganu

SATU PERJUANGAN

Syukur pada Yang Esa
Rahmat pemberian-Nya
persaudaraan. .. keharmonian. .
Jalinkan kasih sayang
Hulurkanlah bantuan...
kepada yang memerlukannya
Mari kita bina...satu ummah maju jaya
Mulai diri, keluarga...sahabat, masyarakat dan negara
Dengan satu perjuangan.. .
Satu arah tujuan...
Di bawah rahmat yang Esa
Kita melangkah seiringan
Satu perjuangan

(ulang rangkap 1 - 3)

Rintangan pasti melanda
Jangan undur walau selangkah
Teruskan perjuangan.. .hingga ke akhirnya
Andai kau gugur, andai kau syahid
kau diredhai-Nya

(ulang rangkap 3)

Friday, December 15, 2006

X-PeRT 2006 Melabuh Tirai

Isnin 11 Disember 2006
Alhamduluillah, Ekspedisi Pemimpin Remaja tahan Lasak ( X-PeRT 2006 )telah melabuhkankan tirainya tengahari semalam. Pelbagai peristiwa dan kenangan menarik telah diperolehi. Mengambil kesempatan mengucapkan JZKK kepada semua yang telah sama-sama menjayakan program ini. Dari warga JKPR, JIM Negeri Johor, JIM JB, Wanita Negeri & JB, AJK dan Pengerak-penggerak KRJJ, anak-anak Karisma Johor, anak2 Pewaris Johor, para fasilitator, Pengerak2 JIM di Taman U, Taman Puteri Kulai, Simpang Renggam, Parit Ismail Benut Pontian, Kluang, Batu Pahat, Parit Raja, para pengiring, anak-anak peserta X-Pert 2006 dan semua sekali yang telah menjadikan program ini kenangan manis buat semua. Serta maaf diatas apa jua kekurangan dan kesilapan sepanjang program dijalankan. Muga Allah berkati dan menerima apa jua bentuk amalan yang sekelumit cuma.
Puisi yang di sampaikan oleh Abang Yeop ('Umayr) semasa
malam Akademi Realiti X-Pert 2006

Dari Terengganu dan juga Kelantan
Dari Utara hingga ke Selatan
Masing-masing dengan semangat watan
Untuk menunjukkan yang mereka ni jagoan

Yang datang tu bukan tua-tua belaka
tetapi anak-anak yang muda remaja
semangat yang ada sukar diduga
tetapi mampu menguatkan agama,nusa dan bangsa

Peserta yang hadir bukan calang-calang
mereka nie hebat bukan kepalang
4 hari nie bersama malam dan siang
yang akan sentiasa hidup untuk berjuang

Mereka datang nie semua sehati
sanggup hidup dan juga semati
tetapi boleh ke dipegang pada janji
untuk jadi teman sejati

Datang mereka bukan sebarangan
bukan juga datang dengan angan-angan
bukan juga tanggungjawab yang ringan
tetapi penuh dengan satu perjuangan

Perjuangan perlukan pengorbanan yang nekad
yang mungkin berlaku setiap dekad
dan boleh berlaku pada setiap saat
tetapi mereka semua datang dengan satu tekad

Itulah dia doa dari kami
semoga akan sentiasa kekal abadi
dulu, kini dan hingga akhirnya nanti
moga hidup kita sentiasa Allah berkati.


(Paklong JIM JB)

Saturday, December 09, 2006

X-PeRT 2006 Hari Kedua, Jumaat 8 Disember

Dari pak Lang

Semalam telah bermula XPERT…. Peserta telah mula sampai awal pagi semalam di lokasi masing masing……. Lokasi nya dimana…… disini yang menyebabkan KRJ Johor sukar nak menjawab pertanyaan khususnya dari penggerak penggerak KRJ negeri sebelum ini… program buat kat mana? Program buat kat mana? … Kerana peserta mengikut negeri yg ditetapkan dikehendaki menuju ke 6 destinasi / lokasi; Batu Pahat, Kulai, Benut, Simpang Renggam, Kluang, Tmn U (JB)…. Di harap ini dapat memberi jawapan kenapa KRJ Johor hanya buat blur saja bila di tanya di mana program bermula…. Beberapa lokasi dibatalkan kerana bilangan peserta yang kurang dari yg sepatutnya.

Ini bermakna KRJ johor perlu menyediakan tenaga 6 pasukan di 6 lokasi tersebut, ana difahamkan sejumlah 30 fasi terlibat………. Yakni hampir separuh dari bilangan peserta program.

Sekarang ini KRJ Selangor dan Perak di Batu Pahat; KRJ KL di Kulai, KRJ NS di Tmn U (JB), KRJ Johor di Kluang, KRJ Kelantan di Simpang Renggam (perempuan) dan Kluang (Lelaki), KRJ Perlis di Simpang Renggam, Krj Trengganu di Benut.

Sememang ada peserta yang agak tergamam dengan program, setibanya mereka di lokasi, terus diberi tugasan… tanpa dimulakan dengan apa-apa majlis perasmian mahupun bertemu dengan peserta dari negeri negeri lain…. Selepas diberi tugasan… kena berjual beli (fund raising acitivity) … buat aktiviti kebajikan etc… seperti yg dilapurkan oleh Sdr Kamal Khalil.
Hari ni bagaimana…… mereka diminta menyantuni remaja di lokaliti… mereka perlu rancang aktiviti.. tentu sekali banyak bergantung kepada kreativiti, membolehkan remaja dapat bersama dengan mereka …… Banyak cerita cerita menarik yg dah didengari… tadi seorang fasi beritahu ana terpaksa juga cakap kat mereka "tolong ya lelaki jgn panggil diri sebagai ana nanti org ingat nama awak tu "ana" pulak….."….
Setakat tu dulu melaporkan dari tempat kerja.


Dari Pak Cu diBatu Pahat

Batu Pahat (8 disember, 5.10 petang) Program memanjat Gunung Soga sedang berlangsung sekarang walau dalam keadaan hujan tetapi peserta tetap bersemangat. .. dengan penyertaan seramai 37 orang remaja tempatan (10 perempuan, 27 lelaki) dan jumlah keseluruhan adalah 61 orang

Dari Kluang oleh wartawan X-PeRT (Pak Long)

Perlawanan Futsal diantara Peserta X-Pert dengan Remaja Kluang sedang berlangsung dengan hebatnya...
Kedudukannya sekarang : Remaja Kluang (2) - Peserta X-Pert (1)


Malam ini peserta X-Pert yang berkampung di Kluang akan menganjurkan prog ceramah umum seperti berikut:
Tarikh : 8/12/2006 (Jumaat)
Masa : Selepas Isyak
Tempat : Surau At-Taqwa, Taman Perwira, Kluang
Penceramah : Dr Hishamuddin Alham


Harap maklum
paklong

Dari Simpang Renggam oleh Musannafah


salam...
ana, Musannafah, sekali lagi melaporkan dari Simpang Renggam .sekarang, 4.45 ptg, team Kelantan + Perlis sedang berjuang utk slot 'teman sejati'
alhamdulillah, ada juga peserta yg datang ke program mereka, dlm 20 org +++
semalam, setibanya kami di pekan simpang renggam, utk slot pak belalang kami di bawa bertandang ke rumah seorang ibu tunggal kena melalui jalan yg agak terpencil, di kiri kanan kebun kelapa sawit setibanya di rumah Pn Marintan, kami pun masuk ke dalam, bertaaruf dan bermua'yasyah sebagaimana semestinya


luckily, kehidupan puan marintan ni tak lah sesusah sebagaimana yg dilaporkan di lokaliti lain (pendapat peribadi) sebab anak dia 3 org dah besar panjang, mostly masuk U
tapi macam tu pun, adik2 tu pada mulanya agak kekok, rumah kampung...
ana ingatkan nak biar je diorang berinteraksi sendiri, tapi agak sepi maka terpaksalah ana + 2 org fasi lagi tu memulakan bicara merancakkan suasana then, barulah adik2 tu mula kecoh, hmm...boleh tahan (ada juga yg sepi seribu bahasa) no wonder, puan.marintan tu pun peramah orangnya, jadi memang takde masalah adik2 ni nak borak dengan dia, meminjam kata-kata pakcik hamdan; "org jawa..memang budaya mereka meraikan orang.."

di sana, not much yg adik2 ni buat, tolong buat air (utk diminum sendiri) dan kemaskan barang2 dapur nak bersihkan laman, dah cukup bersih. yang lain, makcik tu tak benarkan
siap suruh kami bermalam di rumahnya lagi! setelah beri sumbangan, kami pun minta izin pulang

teringat kata pakcik hamdan, kat simpang renggam ni susah nak cari orang miskin esbab org yg nampak macam miskin tegar pun ada astro kat rumah... pelik??? then, kami di bawa ke rumah ibu kpd pakcik hamdan, yang juga markas PAS

slot musang berjanggut, takde masalah...banat kesemuanya.. memang on time
masak pun sedap, tak caya tanyalah tuan rumah, kelas A dia bagi!
masak kari 'pertan' adik2 tu kata (kari perlis+kelantan) bila diberi task seterusnya, mereka agak down, tak confident boleh buat program "akak percaya ke kami boleh buat?"(kata mereka)
maka ana+ fasi2 berusaha utk naikkan semangat mereka alhamdulillah, paginya mereka buat gerak kerja dgn begitu bersemangat sekali .....sekian sahaja dari ana buat kali ini
di lain masa tak pasti boleh beri laporan maya lagi tak, sebab seawal pagi besok perlu ke destinasi seterusnya, tak tahu ada CC tak

Sekian adanya, wassalam.
p/s:


Dari Taman U oleh Hafiz (Bai)


....ana Bai, Fasi yang baru berdaftar dgn Kementeriam Fasilitator Negara untuk program X-pert 06 di johor, so ana in chagre taman University, dekat dgn rumah sewa ana..

5.45 am..
- ana ke masjid taman U, menurut pak tam, peserta n9 akan berjemaah di masjid taman U, tapi setelah selesai Bacaan Surah as-sajadah pun diorang masih belum tiba...
- selesai solat, baru nampak wajah2 adik peserta n9, abg Fasi, Abg pengiring dan BAPAK AJK ( pak tam)...
- menurut pak tam, mereka semua terlalu letih ( kesian ) semalam, sampai terlajak subuh..kira - kira jam 6.30am, diorang da selesai solat subuh, ana pun memula kan langkah untuk mengenali diorang, so we strat with read Mathurat together....
- pukul 7am, diorang start discuss sikit pasal program yang bakal diorang GEGARkan di taman U ni, yelah sempena musim GEMPAR bumi di serata dunia ni kan...hehe.. .so prgm ptg hingga malam ni diberi nama KEM REMAJA KOOL...hehe. ..KOOL la sangat....
- sekarang ni diorang tengah wat sedikit preparation, sementara ana ambil peluang untuk cerita apa yang patut. ana dah minta diorang supaya TRY convince dgn masyarakat ( parents) yang ada ni, BUKAN senang nak ajak anak2 diorang ke PROGRAMM REMAJA...dah la tu..bebudak ni bukan nya penghuni d sini...so..tulah cabaran dia... " HOW TO CONVINCE WITH MASYARAKAT "... ana rasa kalau setakat naj Create dan handle program, it Does not matter la bagi diorang kot...
- so ana dah nak p tengok apa citer diorang ni...diorang plan tadi nak pi jaya jusco, nak p cari remaja katanya...ana cadangkan, better p cyber cafe, sekkarang ni ramai budak2 remaja dok sebuk main HAFL-LIFE ( game ) kan..so ambik la peluang nie...
- rasanya kalau nak tunggu time solat jumaat, ana rasa tak sempat diorang nak cari 30 peserta ( seperti yang diorang sasarkan tadi )...
- so...sehingga ketemu lagi malam nie...
tunggu dan nantikan berita selanjut nya....

wassalam....

Friday, December 08, 2006

X-PeRT 2006 Hari Pertama, Khamis 7 Disember

8.00 am
tak banyak yang boleh dilakukan hari ni...kerja!. Harapnya Abu Nuha and gang dah ready di 6 tempat...tu aje aku boleh berdoa....harapnya fida dan yeop dah siapkan teknikal things yang ditugaskan...harapnya transport semua O.K... Pak Tam di Taman U...oh ya, Bai! bila nak balik ni Bai?...Tak siap clue kat Larkin dan Tiram lagi ni!, Pak Uteh, Hasani dan Hafizuddin di Kulai, Mus...dah O.K ke?...InsyaAllah...seawal 9.30 SMS pertama...dari fidah, bebudak terengganu kata" kak, kami nak balik la...susah sangat!"...aku ketawa sendirian

11.30 sampai 5.30


...masih teragak-agak clue 4 dan 5 nak buat macam mana

...e-mail bertalu-talu sampai, report dari fasi dan pengendali...masyaAllah, semangat betul diaorang.... berikut adalah e-mail yang sempat di masukkan ...



Dari simpang Renggam

salam;
ana, musannafah, ajk incharge Simpang Renggam..melaporkan sekarang 3.20ptg, 7 Dis 06, kami berada di bandar simpang renggam team kelantan+perlis (banat kesemuanya) bersama 2org fasi tengah berbincang utk slot Pak belalang di Surau berdekatan CC ni ana ambil kesempatan ini utk melaporkan berita terkini melalui emel alhamdulillah, utk slot 3 Abdul, mereka telah laksanakan dengan jayanya


di luar jangkaan, adik2 tu dapat kumpulkan jualan dlm amaun yg agak banyak dlm masa yg terhad, well, macam tak percaya, hebat...hebat. ..

tapi utk slot Pak Belalang ni masa teranjak sikit, sebab tadi bas buat hal sikit
ditambah dengan lenggang mak limah para peserta.anyway, wish all of us (team simpang renggam) dipermudahkan urusan.that's all for now dari simpang renggam berita seterusnya di lain masa insyallah... roger n out ...out of service???



Dari Kulai

alhamdulillah, perjalanan program di kulai berjalan dengan lancar walaupun pada mula nya agak kelam kabut sedikit akibat kelewatan peserta dr kuala lumpur.
program bermula pd pkul 10.45 pg (selepas diberi taklimat prog). semasa program 3 abdul ni,peserta dr kL ni mengalami sedikit kesukaran disebabkan tidak diberitahu utk membawa brg2 utk dijual. sebagai alternatif, mereka mengambil langkah yg bijak dengan menjual payung,air kotak, air cawan dll. mmg kreatif adik2 ni semua. mereka dibekalkan rm150 dan mendapat utng bersih dlm lingkungan rm7o. banyak tu...
utk program seterusnya,iaitu dimana peserta diminta mencari masjid ar-rahman, peserta keliru kerana diberi tahu x ada masjid yg lain selain masjid jamek kulai?mcmn tu ye.. apa2 pun,adik2 semua smpi ke checkpoint dgn jaya nya.
utk program pak belalang pula,kami terpaksa bermula lambat dr masa yg diperuntukkan disebabkan cuaca yg mencemburui kami(hujan ). program yg sepatutnya bermula pd pkul 2.30 terpaksa bermula pd pkul 3.20 ptg. utk prog ini,adik2 membeli brgn2 seperti beras 10 kg yg diberi diskaun dr rm 16 kpd rm 10,pandai adik2 ni mengambil hati penjual. utk rumah pertama iaitu rumah puan hanesah,kami terpaksa mengharungi ranjau duri yg teramat sehinggakan akak2 fasi pun x larat(penat berjalan). di rumah makcik hanesah ni,adik2 lelaki membersihkan halaman rumah manakala adik2 perempuan berbual mesra dgn makcik dan membersihkan halaman hadapan rumah. pernah lihat jamban kat luar rumah tanpa ada pintu,atap mahupun dinding. disini kami menyelami kesusahan keluarga ini.
setelah selesai,kami menuju ke lg sebuah rumah yg jauhmya kira2 3o km dr sini...kami terpaksa bertapak kembali memandangkan bas dan teksi tidak melalui jalan in(terpinggir dan jauh dr laluan utama). kemudian para peserta meminta arah utk kerumah seterusnya dr penduduk2 di sini. setelah menaiki bas(pemandu bas ni dah kenal kami memandangkan dah 2 kali kami naik bas yg pemandunya sama sehingga menyebabkan pemandu tersebut pening kepala utk menyuruh kami membayar berapa) kami tiba ke terminal bas. disini akak2 n abg2 fasi terpaksa meninggalkan adik2 kerana dah x larat. kami menaiki teksi (adil x?hehehe) utk ke rumah seterusnya..
kami tiba dahulu dan beberapa ketika kemudian adik2 lelaki smpai di ikuti adik2 perempuan yg menaiki kereta perdana (pakcik ni baru lepas solat asar dan menumpangkan mereka ke rumah). disini kami dihidangkan air dan buah lai setelah kami selesai melakukan tugasan kami...
program musang berjanggut,peserta2 lelaki dr kL semua ni mmg pakar dlam bidang masakan. sedap2. rugi kak fida x merasai kelazatan makanan yg dey all masak (pak uteh pun x dpt merasa jgk,hehehe).
program yg sepatutnya dibuat pd pkul 6.5a terpaksa ditangguhkan dan dimulakan pd pkul 9 malam. setelah diberi penjelasan dan penerangan yg panjang lebar dari pak uteh (selaku bos kami), sampul surat yg ke 4 diberi. disini kami melihat kesungguhan adik2 dalam m'organize aktiviti utk di buat pd pkul 4.30ptg pd hari ini (khamis).


Dari Taman U

Aslm,
Wow, hebat Mus di simpang renggam. Pak Tam di sini reporting... .tapi dah nak malam baru dapat main computer, maklumlah duniawi menghimpit kiri kanan...terpaksa lari sana lari sini nak beremail pun tak dan...mujur Pak Anjang datang terima SOS, so dapatlah program Pak Belalang dijalankan oleh PakAnjang.


Anyway, dgn kehebatan fasi Kak Gjang, Kak Dania dan Abg Esam kerja di Station Kulai beres, alhamdulillah. Laporan from Gjang menunjukkan kesungguhan peserta...di sini all from N9...4 banin, 4 banat and 3 pengiring (1L and 2P)...BTW Melaka tarik diri, tunggu punya tunggu till 10 a.m. tak nampak btg hidung...last- last dgr cancel. Life must go on..so dgn N9 program berjalan.... jualan okay...lupa nak tanya dapat berapa. Nampak gaya remaja ni banyak usahawan kecil...walau kecil alright bangat.
Pak Belalang makes them to see kehidupan yg tak bernasib baik. Terkedu juga bila dengar cerita from kumpulan banin yang pi lawat nenek forget her name. Yag tinggal dgn nenek hanya haiwan-haiwan spt kucing, labi-labi, ayam etc...Si nenek memanggil semuanya sbg anak-anak. One of the peserta dgrnya terkesan and peluk nenek (betapa affected dia dgn keadaan dirumah tersebut). Susah juga nak berceloteh sini cos' tak bersama mereka eye to eye. Begitu juga dgn banat...that' s another story.
Bila ttg musang berjanggut, ana dpt privilege to sample masakan banin. Almaklum
mereka ke rumah ana. Well quite good for bukan profesional. Lucu tengok mereka masak, hancur habis dibuat kentang..almaklum tak reti nak peel dgn pisau. Ada yang sayur ditos berminit-minit digoncangnya tapis nak keluarkan air from sayur kobis. Ni perlu first hand experience dgn depa baru dapat the feeling, nak certa tak mmampu memberi gambar sebenarnya. Rasanya bila balik rumah tentu tak kering gusi cerita dgn ibubapa. Hopefully masak di rumah belajar so that dapat berdikari. Banyak yang mereka pelajari, quite an adventure walaupun tak le "remaja tahan lasak" spt jangkaan mereka bila berXpert.
So now dah di rumah prepare nak tidur waiting for the next day...jadi Pak Tam pen-off till next issue.

Dari Batu Pahat

Nampaknya semua daerah telah memberikan laporan terkini... Batu Pahat tak mahu ketinggalan melaporkan apa yang berlaku.Batu Pahat (7 Disember - Khamis). Batu Pahat menerima kedatangan krj perak seawal 5.00 pagi dan mereka telah berehat dirumah akhi Salim (perempuan) dan prof zainal (lelaki) sebelum memulakan program di stesen bas batu pahat pada pukul 9 pagi dan memulakan sesi menjual barang yang dibawa... dikhabarnya mereka agak kaku untuk menjual barang... al-maklum tak pernah buat kerja ini seumur hidup... team dari Selangor yang tiba agak lewat.. 11 lebih juga terpaksa menjual barang seadanya.. hinggakan kedua-dua team gagal untuk makan tengahari kerana takut barang jualan tidak dapat dilangsaikan. Seterusnya mereka tiba di masjid parit raja sekitar 3 petang dan menerima sedikit teguran membina dari abang yoeb dan seterusnya bersiap untuk sesi pak belalang. Sesi tersebut dapat dilakukan selepas asar dan dipecahkan kepada tiga kumpulan yang masing-masing menziarahi sebuah rumah. Ana membawa team perak lelaki tidak bersama ke rumah usang nenek kerana khuatir ana seorang yang akan berbual... dan telahan ana betul kerana fasi lebih banyak berbual dari peserta... mereka agak kaku untuk berbual... paling tidak program ini mengajar peserta untuk berinteraksi dengan masyarakat melalui jualan barang dan ziarah ini. Sedikit buah tangan diberikan kepada setiap rumah hasil jualan yang telah diperolehi.Sesi musang berjanggut berlangsung agak lewat.. 6.30 petang... peserta perempuan di tadika iman taman manis dan perserta lelaki dirumah ana. Yang perempuan tidak menghadapi masalah, jam 8.00 malam dah siap makan. Tetapi peserta lelaki makan hampir 10 malam... tuan rumah sudah kelaparan yang bersangatan. .. tapi apakan daya tuan rumah kena jadi tetamu... Komen peserta... masakan lain ok... tapi bila masak kari tak tahu... kenalah isteri anak bantu seminima mungkin jika tidak tuan rumah tak makan malam dibuatnya.Sekarang ini mereka sedang berbincang kerana program seterusnya peserta akan mengendalikan sepenuhnya bersama beberapa remaja di sini. Khabarnya selepas solat jumaat mereka akan bertolak ke surau Bukit Perdana dan menjalankan aktiviti di sana di antantaranya memanjat Gunung Soga yang berhampiran dengan surau tersebut.. Sekian... doakan kami disini

Masiri

dari taman U tu belum abis....akan datang pak im akan poskan gambar-pulak

SURE - SUkan REmaja 2009!!!