Monday, May 31, 2010

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA

Kenyataan Media CMT-LL4G 1


KENYATAAN MEDIA

Isnin 31hb Mei 2010

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.


Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

Sumber:http://www.lifeline4gaza.org/2010/05/31/kenyataan-media-cmt-ll4g-1/
www.facebook.com/lifeline4gaza
www.facebook.com/aqsa syarif
http://www.youtube.com/watch?v=HDVuQpzwsRo&NR=1

Terkini dari Kapal ke Gaza

Confirmed: Kapal kemanusiaan Mavi Marmara ditembaki oleh helikopter Israel...3 orang syahid, 30 orang terluka 10 minutes ago via web
korban bertambah...3 orang syahid...confirmed! 12 minutes ago via web
Heard over Turkish TV feed live from Mavi Marmari:"We have critically injured people here.We need help. Do not fire on us, We are civilians" 12 minutes ago via web
Masih diintimidasi...mereka menembak anggota Kafilah dari Helikopter...confirmed : 2 orang syahid dan 30 orang terluka!! 13 minutes ago via web
ISRAEL MENYERANG KAPAL KEMANUSIAAN MAVI MARMARA. 2 ORANG SIPIL MENINGGAL, 30 LUKA2!!!!! 16 minutes ago via web
CONFIRMED 2 orang syahid dan 30 orang terluka di Mavi Marmara!!!! Allahu Akbar! 19 minutes ago via web
2 orang syahid di Mavi Marmara, 30 orang terluka...confirmed!!! live streaming ON...!!! Allahu Akbar!!!! 21 minutes ago via web
BROADCASTLIVE ON 2 orang Syahid...confirmed!!! 22 minutes ago via web
BROADCASTLIVE ON 2 orang Meninggal 22 minutes ago via web
satelit mati-hidup. IHH pusat masih coba kontak dengan Kapal Mavi Marmara... 23 minutes ago via web
2 orang meninggal. 30 Orang terluka! (Menurut twit IHH yang kami terjemahkan) 25 minutes ago via web
Menurut Twit dan FB IHH (Blm dikonfirmasi): Terjadi konflik. Helikopter Israel menyerang Flotilla,&menembakkan peluru sungguhan kearah kapal 26 minutes ago via web
terjadi konflik di kapal!!! Allahu Akbar!!! 27 minutes ago via web
Israel benar2 memutus koneksi satelit dan komunikasi lain di Freedom Flotilla! Konflik terjadi lagi...mohon bantu doa 33 minutes ago via web
Posisi terakhir Mavi Marmira di 33.00984,33.54862. dua jam yang lalu 35 minutes ago via web
Sahabat Al-Aqsha pusat kehilangan kontak dengan kapal..kontak terakhir 1 jam yg lalu...jalur satelit dan streaming mati. Web IHH di-hacked 39 minutes ago via web

Friday, May 21, 2010

Program Terdekat

22 Mei, Sabtu
lepas Isya
Ceramah oleh wakil Palestin, Jualan, Kutipan untuk tabung Palestin
Anjuran Aqsa Syarif
Masjid BBU (Bandar Baru Uda ), Johor Bahru


4 Jun, Jumaat
Jualan (lepas jumaat), jamuan (lepas maghrib), Ceramah Palestin (lepas Isya)
Anjuran Aqsa Syarif
Masjid Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bharu


Jom Peduli, Jom Bantu saudara seIslam

Thursday, May 20, 2010

Moga Selamat Semuanya

Selamat menempuh peperiksaan kami ucapkan kepada adik-adik yang sedang menjalani peperiksaan Semester 1...Selamat Belajar


Selamat mendaftar di IPT buat semua
yang mendaftar hujung minggu ini

Wednesday, May 19, 2010

Konvoi Kapal ke Gaza...doakan mereka


KUALA LUMPUR, 15 Mei – Ketua misi konvoi Malaysia yang akan menyertai konvoi kapal ke Gaza, Sdr Noorazman Mohd Samsuddin, menyenaraikan enam kemungkinan yang bakal dihadapi oleh konvoi apabila berdepan dengan kapal perang Israel.

Kemungkinan pertama ialah semua kapal dan anggota konvoi dibenarkan berlabuh di Gaza tanpa apa-apa halangan. Kebarangkalian untuk senario ini berlaku adalah sangat tipis.
Kemungkinan kedua, konvoi akan disekat dan ditahan di tengah-tengah Laut Mediterranean untuk satu jangkamasa yang panjang. Israel juga mungkin akan menyerang pelabuhan Gaza untuk menghalang kapal-kapal daripada berlabuh.

Kemungkinanan ketiga, kapal-kapal konvoi akan dirampas dan peserta-peserta ditangkap oleh pihak berkuasa Israel. Tindakan ini akan menyerlahkan lagi kekejaman rejim Israel dan akan mengundang lebih banyak simpati daripada warga dunia kepada perjuangan membebaskan Gaza dan Palestin.

Kemungkinan keempat, kapal perang Israel akan menembak dan melanggar kapal-kapal konvoi. Kebarangkalian untuk senario ini berlaku adalah rendah walaupun bukan mustahil. Ini kerana tindakan menembak dan melanggar kapal-kapal konvoi adalah seumpama pengisytiharan perang Israel terhadap seluruh dunia.


Empat senario di atas adalah adalah senario yang disenaraikan oleh penganjur utama konvoi iaitu Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) yang berpengkalan di Turki.
Selain daripada empat senario di atas, Noorazman menyatakan terdapat dua lagi kemungkinan yang boleh berlaku, iaitu kemungkinan wujud unsur ‘duri dalam daging’ atau sabotaj dari dalam. Ini adalah ujian yang paling getir untuk konvoi. Oleh sebab itu para peserta konvoi disaring dan dipilih dengan teliti oleh IHH.

Senario terakhir yang mungkin berlaku ialah konvoi akan dipaksa untuk berlabuh di Ashdod, sebuah pelabuhan Israel. Barang-barang muatan akan diturunkan untuk diperiksa dan sekiranya pihak berkuasa Israel berpuas hati, mereka mungkin akan membenarkan kemasukan barang-barang ke Gaza melalui jalan darat. Perkara ini dilaporkan oleh Jurusalem Post yang memetik kenyataan seorang pegawai daripada Kementerian Pertahanan Israel awal bulan April yang lalu.

Sdr Noorazman menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memperbanyakkan doa dan munajat. Beliau juga bagi pihak peserta-peserta konvoi dari Malaysia memohon kemaafan atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan.

“Sekiranya kami tidak pulang ke Malaysia, maafkanlah kesalahan kami, halalkanlah makan minum kami dan bantulah keluarga kami.” -ihhh

http://www.lifeline4gaza.org/gaza/
http://aqsasyarif.com/
http://haluanpalestin.haluan.org.my/

Thursday, May 13, 2010

Program Hujung Minggu Ini

14 Mei, Jumaat
Halaqah di SM Teknik JB jam 8.45 malam selepas Isya di surau sekolah
16 Mei, Ahad
2.00 hingga 5.00 petang
Daurah untuk nuqaba KRJ di Pejabat JIM Taman Desa Skudai

Thursday, May 06, 2010

Program Hujung Minggu Ini

Jumaat 7 Mei
Halaqah di MRSM Pontian jam 8.45 malam
Ceramah oleh Cikgu Zulkhair - Offline dengan Syaitan di surau MRSM Pontian jam 8.45 malam
Sabtu 8 Mei - Ahad 9 Mei
KBM di SM Dato Syed Esa, Batu Pahat

LEADERS 2010

....LEADERS 2010.....

Program PRODUCE kedua untuk tahun ini
Tarikh :14-16 Jun 2010
Lokasi :Teratai Resort di Rantau Abang, Terenganu( Tepi pantai Beb )
Peserta :Produce Gen 5 ( Peserta XREK 2009 )
Yuran :RM 60 sahaja
Tarikh tutup Pendaftaran :6 Jun 2010

SURE - SUkan REmaja 2009!!!